Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang

Directions Website Contact the organization

Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang Looking for a place to embrace Islam in Penang? Visit Hidayah Centre Foundation Penang. Your journey starts here. MISI :
1. OBJEKTIF :
1.
(1)

Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang, 70-1-70, D'Piazza Mall, Jalan Mahsuri, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia Tel : 012-5503272 Hidayah Centre Foundation Cawangan Pulau Pinang beroperasi secara sepenuh masa sebagai pembimbing saudara baru. Kump**an sasarnya adalah saudara baru yang berhadapan dengan masalah keluarga dan sosial serta memerlukan tempat perlindungan, begitu juga yang telah lama memeluk Islam tetapi masih memerlukan bantuan. VISI :
"Menjadi sebuah badan bukan kerajaan yang unggul dalam dakwah dan sokongan saudara baru di rantau Asia Pasifik". Berkongsi mesej Islam yang sejagat kepada seluruh lapisan masyarakat.
2. Membetulkan salah faham terhadap Islam
3. Memberi sokongan kepada saudara baru sebagai satu tanggungjawab kemanusiaan.
4. Menjalinkan hubungan baik, memimpin dan membantu individu Muslim dan organisasi Islam dalam usaha memperkasa usaha yang sama di Malaysia dan rantau Asia Pasifik. Menyediakan tempat perlindungan untuk saudara baru.

2. Menjadi pusat bimbingan ilmu bagi memantapkan iman saudara baru.

3. Memberi sokongan moral untuk berhadapan dengan keluarga dan masyarakat yang belum Islam.

4. Membantu pencarian sumber kewangan untuk yang mereka yang benar-benar memerlukan.

5. Menawarkan pelbagai jenis bantuan yang lain terutamanya kepada yang masih lagi mempunyai kerisauan dan keraguan setelah memeluk agama Islam.

6. Menyebarkan dakwah kepada yang belum Islam.

7. Bantuan lain yang diperlukan oleh saudara baru. MOTTO :
"Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf." "Share the Message, Empower The Reverts"


"Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu..." (Al Qasas :77)

"Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda..." (Ar-Ruum: 39)

Sabda Rasulullah SAW :

"Barangsiapa memohon perlindungan kerana Allah maka hendaklah kamu lindunginya, barangsiapa memohon bantuan kerana Allah maka hendaklah kamu membantunya...." "Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya." Akaun untuk menyumbang : Maybank Islamic atas nama THE TRUSTEE OF HIDAYAH CENTRE FOUNDATION (5505-1085-0031)

Dapatkan maklumat terkini mengenai kami di:
1. Telegram : http://telegram.me/hidayahcentrefoundationpenang
2. Instagram : Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang
3. Youtube : https://www.youtube.com/user/HidayahCentrePenang
4. Blog :https://hidayahcentre.org.my/

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐ƒ๐„๐Š๐€๐‡ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara lahir daripada kebersamaan, saling menghormati, ...
18/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐ƒ๐„๐Š๐€๐‡ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara lahir daripada kebersamaan, saling menghormati, dan keharmonian dalam dalam kepelbagaian bangsa dan kaum.

Islam mengajar kita untuk membawa mesej rahmat, berlaku baik dan membina hubungan yang harmoni sesama insan. Melalui infaq anda kepada Hidayah Centre Foundation, usaha dakwah kepada masyarakat majmuk serta pemerkasaan mualaf dapat terus dilaksanakan di seluruh Malaysia.

Setiap sumbangan anda membantu menyebarkan mesej Islam yang penuh kasih sayang, memperkukuh kefahaman dan menyumbang kepada masyarakat yang lebih bersatu.

๐Ÿคฒ Jom bersama menyemai kebaikan melalui Sedekah Jumaat.

๐Ÿ“Œ Sumbangan boleh disalurkan melalui:
๐ŸŒ catalog.billplz.com/HCF/pf/sedekahhcfpenang
๐Ÿฆ Bank Islam: 1211 30 1077 4168

Hidayah Centre Foundation
โ€œSampaikan Islam, Perkasakan Mualafโ€

KEMPEN KENALKAN NABI MUHAMMAD ๏ทบ๐Ÿ“ Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang๐Ÿ“… 9โ€“10 September 2026Alhamdulillah, selesai Program Pera...
14/09/2026

KEMPEN KENALKAN NABI MUHAMMAD ๏ทบ
๐Ÿ“ Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang
๐Ÿ“… 9โ€“10 September 2026
Alhamdulillah, selesai Program Perasmian dan Pameran Kempen Kenalkan Nabi Muhammad ๏ทบ yang berlangsung selama dua hari di KOMTAR.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pameran, perkongsian tentang Nabi Muhammad ๏ทบ dan Street Dakwah kepada masyarakat bukan Islam di sekitar KOMTAR.
Melalui pendekatan santai dan mesra, kami berkongsi tentang siapa Nabi Muhammad ๏ทบ, akhlak Baginda serta mesej kebaikan dan rahmat yang dibawa kepada seluruh manusia.
๐Ÿค Berbeza kepercayaan, tetap boleh saling mengenali dan memahami.
Semoga usaha kecil ini menjadi langkah untuk memperkenalkan Nabi Muhammad ๏ทบ kepada lebih ramai masyarakat serta menyemai Malaysia yang harmoni. โค๏ธ



FORUM HARMONI & HI-TEA 2026โ€œBerbeza Kepercayaan: Bersama Membina Harmoni Malaysiaโ€12 September 2026 - Alhamdulillah, For...
14/09/2026

FORUM HARMONI & HI-TEA 2026
โ€œBerbeza Kepercayaan: Bersama Membina Harmoni Malaysiaโ€

12 September 2026 - Alhamdulillah, Forum Harmoni & Hi-Tea 2026 telah berlangsung dalam suasana penuh mesra, menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang dan kepercayaan.
Program ini menjadi ruang untuk berkenalan, mendengar, memahami dan menghormati perbezaan dalam masyarakat Malaysia.
Ia juga selari dengan semangat Kempen Kenalkan Nabi Muhammad ๏ทบ, yang mengajak masyarakat mengenali sosok Nabi Muhammad ๏ทบ sebagai insan yang membawa rahmat, akhlak mulia dan nilai kemanusiaan.
Berbeza kepercayaan bukan penghalang untuk kita saling menghormati.
Semoga usaha kecil ini terus menjadi jambatan untuk membina Malaysia yang lebih harmoni, saling memahami dan hidup bersama dalam keamanan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค
Berbeza Kepercayaan.
Bersama Membina Harmoni Malaysia.





๐ŸŒฑ ๐—ฆ๐—˜๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—› ๐—๐—จ๐— ๐—”๐—”๐—ง | ๐’๐˜๐€๐‡๐€๐ƒ๐€๐‡ & ๐‚๐€๐๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐”๐€๐‹๐€๐…โ€œ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’†๐’๐’–๐’Œ ๐‘ฐ๐’”๐’๐’‚๐’Ž ๐’‚๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’”๐’‚๐’•๐’– ๐’‘๐’†๐’“๐’Ž๐’–๐’๐’‚๐’‚๐’. ๐‘ผ๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐’•๐’†๐’“๐’–๐’” ๐’Š๐’”๐’•๐’Š๐’’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’‰, ๐’Ž๐’†๐’“๐’†๐’Œ๐’‚ ๐’‘๐’†๐’“๐’๐’–๐’Œ๐’‚๐’...
10/09/2026

๐ŸŒฑ ๐—ฆ๐—˜๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—› ๐—๐—จ๐— ๐—”๐—”๐—ง | ๐’๐˜๐€๐‡๐€๐ƒ๐€๐‡ & ๐‚๐€๐๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐”๐€๐‹๐€๐…

โ€œ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’†๐’๐’–๐’Œ ๐‘ฐ๐’”๐’๐’‚๐’Ž ๐’‚๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’”๐’‚๐’•๐’– ๐’‘๐’†๐’“๐’Ž๐’–๐’๐’‚๐’‚๐’. ๐‘ผ๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐’•๐’†๐’“๐’–๐’” ๐’Š๐’”๐’•๐’Š๐’’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’‰, ๐’Ž๐’†๐’“๐’†๐’Œ๐’‚ ๐’‘๐’†๐’“๐’๐’–๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚.โ€

Bagi kita, Islam mungkin sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan. Namun bagi seorang mualaf, perjalanan mengenal Allah, belajar solat, menyesuaikan diri dengan keluarga dan membina kehidupan baharu bukanlah sesuatu yang mudah.

Ada yang diuji dengan kesunyian.
Ada yang berdepan tekanan keluarga.
Ada yang memerlukan bimbingan, sokongan dan bantuan untuk terus kuat di jalan Allah.

๐Ÿคฒ Jom jadikan sedekah hari Jumaat kita sebagai sebab seorang mualaf terus kuat dan istiqamah.

๐Ÿ“Œ Sumbangan boleh disalurkan melalui:
๐ŸŒ catalog.billplz.com/HCF/pf/sedekahhcfpenang
๐Ÿฆ Bank Islam: 1211 30 1077 4168

Hidayah Centre Foundation
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

๐ŸŒฑ ๐—ฆ๐—˜๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—› ๐—๐—จ๐— ๐—”๐—”๐—ง | ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—”๐—› & ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก โ€œ๐ƒ๐š๐ค๐ฐ๐š๐ก ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐š๐ค๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ค ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐ข๐ง๐ฌ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฉ ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก.โ€Setia...
04/09/2026

๐ŸŒฑ ๐—ฆ๐—˜๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—› ๐—๐—จ๐— ๐—”๐—”๐—ง | ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—”๐—› & ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก

โ€œ๐ƒ๐š๐ค๐ฐ๐š๐ก ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐š๐ค๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ค ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐ข๐ง๐ฌ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฉ ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก.โ€

Setiap pendakwah dan sukarelawan membawa amanah besar untuk menyampaikan Islam, mendekati masyarakat dan membimbing mereka yang mencari hidayah.

HCF terus berusaha melahirkan lebih ramai insan yang bersedia turun ke lapangan dengan ilmu, kemahiran dan keyakinan.

Sedekah Jumaat anda hari ini boleh menjadi sebahagian daripada perjuangan ini.

Ayuh bersama menyokong usaha melatih dan memperkasa para pendakwah serta sukarelawan demi kelangsungan dakwah dan pemerkasaan mualaf.

๐Ÿ“Œ Sumbangan boleh disalurkan melalui:
๐ŸŒ catalog.billplz.com/HCF/pf/sedekahhcfpenang
๐Ÿฆ Bank Islam: 1211 30 1077 4168

Hidayah Centre Foundation
"Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf"

๐ŸŒฟ ๐—ฃ๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—•๐—œ ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐— ๐—”๐—— ๏ทบ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒJom kenali sosok agung Nabi Muhammad ๏ทบ melalui sejarah, akhl...
01/09/2026

๐ŸŒฟ ๐—ฃ๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—•๐—œ ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐— ๐—”๐—— ๏ทบ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Jom kenali sosok agung Nabi Muhammad ๏ทบ melalui sejarah, akhlak dan rahmat Baginda. ๐Ÿค

๐Ÿ“… 9โ€“10 September 2026 (Rabuโ€“Khamis)
โฐ 9.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Konkos (Ruang Legar Terbuka), Tingkat 3 KOMTAR

โœจ Non-Muslim dijemput hadir!
Terbuka kepada semua. Jom hadir, fahami dan sebarkan kebaikan bersama.

"๐‘บ๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐’”๐’๐’‚๐’Ž, ๐‘ท๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’–๐’‚๐’๐’‚๐’‡"

30/08/2026
FORUM JOM JADI AGEN SYURGA | SMKA SHEIKH TAHIR TAJUDDINAlhamdulillah, pada 28 Ogos 2026, Hidayah Centre Foundation berke...
30/08/2026

FORUM JOM JADI AGEN SYURGA | SMKA SHEIKH TAHIR TAJUDDIN
Alhamdulillah, pada 28 Ogos 2026, Hidayah Centre Foundation berkesempatan bersama lebih 130 orang pelajar SMKA Sheikh Tahir Tajuddin dalam Forum โ€œJom Jadi Agen Syurgaโ€.
Forum ini membawa pelajar melihat bahawa dakwah adalah tanggungjawab setiap Muslim mengikut kemampuan masing-masing.
Perkongsian daripada Hj. Mohd Yusni bin Ghazali, Pengarah Zon 2 Hidayah Centre Foundation, dan Bro. Abdul Malik @ Partiban, Mualaf Santunan Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang, membuka ruang kepada pelajar untuk memahami kepentingan berdakwah dengan hikmah, akhlak dan kasih sayang.
Lebih bermakna apabila Bro Abdul Malik turut berkongsi pengalaman perjalanan beliau mengenali Islam dan cabaran yang dilalui selepas memeluk Islam.
Semoga forum ini menjadi satu titik kecil yang menyalakan semangat dalam diri adik-adik untuk menjadi โ€œAgen Syurgaโ€ membawa kebaikan, menunjukkan akhlak yang indah dan menjadi sebab orang lain mengenali Islam. ๐Ÿค
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SMKA Sheikh Tahir Tajuddin, khususnya para guru dan semua yang terlibat atas jemputan, kerjasama dan layanan yang sangat baik kepada pihak Hidayah Centre Foundation.
Semoga Allah SWT memberkati usaha kita bersama dalam menyampaikan mesej Islam dengan penuh hikmah dan kasih sayang.
Jom Jadi Agen Syurga!




Gathering Mahabbah OgosAlhamdulillah, seramai 28 hadirin terdiri daripada mualaf dan Rakan Hidayah telah menjayakan Gath...
28/08/2026

Gathering Mahabbah Ogos

Alhamdulillah, seramai 28 hadirin terdiri daripada mualaf dan Rakan Hidayah telah menjayakan Gathering Mahabbah bulan Ogos ini.

Majlis turut meraikan semua hadirin yang lahir pada bulan Merdeka ini dengan hidangan kek istimewa dari Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang.

Tazkirah p**a Disampaikan oleh orang lama HCF iaitu Bro Asyraf Tan bertajuk 'Sama tapi tak serupa'. Semoga pertemuan kali ini membuahkan kasih sayang dan merapatkan ukhuwah sesama mualaf, rakan dan seluruh warga Hidayah Centre.

Address

Relau
11900

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 10:00 - 12:00
14:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang:

Shortcuts

Share