31/05/2026
Alhamdulillah.
Pihak Persatuan Penduduk Sari Alamanda (PPSA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ybrs Tuan Saifuddin Shafi Muhammad, selaku Penyelaras DUN Batang Kali, atas sumbangan 3 bahagian korban yang telah disalurkan untuk diagihkan kepada penduduk Sari Alamanda serta komuniti sekitar.
PPSA juga merakamkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepada Tuan Pengerusi PPSA Encik Rizzal Rahman, untuk mewakili Pejabat Penyelaras DUN Batang Kali dalam menguruskan dan mengedarkan agihan daging korban ini. Alhamdulillah, amanah yang diberikan telah dapat dilaksanakan dengan baik, teratur dan lancar.
Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada pihak KRT Taman Ros atas kerjasama yang sangat baik, komitmen serta semangat gotong-royong dalam memastikan proses pengagihan berjalan dengan sempurna.
Semoga segala sumbangan, kepercayaan dan usaha murni ini diberkati Allah SWT, dilimpahi rezeki yang berpanjangan serta dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda.
Jazakumullahu khairan kathira. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat.