12/06/2026
IAC berasa bangga atas pengisytiharan pelantikan Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-’Abidin Ibni Tuanku Muhriz sebagai Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan.
Sebagai Presiden Pengasas yang menubuhkan IAC sejak 14 tahun lalu, YAM Tunku Zain merupakan penggerak utama dan pengerusi kami yang sentiasa meletakkan kebajikan anak-anak autisme dekat di hati baginda. Komitmen dan keprihatinan mendalam yang dicurahkan oleh baginda menjadi tunjang kekuatan agensi ini dalam memperjuangkan nasib anak-anak istimewa ini.
Hubungan erat antara Institusi Diraja Negeri Sembilan dan IAC telah lama terjalin melalui pelbagai detik bersejarah. Pusat IAC Nilai telah dirasmikan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz pada tahun 2022, manakala Taman Sensori (Sensory Garden) p**a dirasmikan oleh DYMM Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani pada tahun 2024.
Melalui sokongan berterusan ini, IAC berjaya membuka ruang dan peluang keemasan bagi membolehkan anak-anak autisme berkembang serta belajar berdikari melalui program intervensi awal dan terapi yang komprehensif. Semoga YAM Tunku sentiasa dilimpahi rahmat dan kesihatan dalam memikul amanah baharu ini.
Daulat Tuanku.