IKRAM Muda Hulu Selangor

IKRAM Muda Hulu Selangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from IKRAM Muda Hulu Selangor, Non-Governmental Organization (NGO), 19, Jalan Adenium 2G/6, Pusat Perniagaan Adenium, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor., Rawang.

Pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam

10/04/2026

Kuil Haram: 5 Prinsip Tangani Isu Agama dan Kaum

"Pendekatan yang lebih bijaksana ialah kembali kepada fakta semakan dokumen dan saluran penyelesaian yang betul. Dengan cara ini, keharmonian dapat dipelihara dan nilai saling menghormati terus diperkukuh."

Baca artikel penuh di ruangan komen ๐Ÿ“ฒ

10/04/2026
05/04/2026
31/03/2026

โœจ Sekalung Tahniah kepada semua pelajar SPM 2025! โœจ

Segala usaha, pengorbanan dan doa yang telah dicurahkan akhirnya membuahkan hasil. Apa jua keputusan yang diterima hari ini, ingatlah bahawa ia bukan penamat, tetapi permulaan kepada perjalanan yang lebih besar ๐Ÿ’ช

Teruskan melangkah dengan yakin, bina masa depan dengan penuh harapan, dan jangan pernah berhenti berusaha menjadi versi terbaik diri sendiri. Yakinlah setiap usaha yang ikhlas pasti dinilai dan diberi ganjaran oleh-Nya.

๐ŸŒŸ Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang bakal ditempuhi. Semoga setiap langkah diberkati dan dipermudahkan ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Ikhlas daripada,
IKRAMTeens Malaysia
"Menyerlah Jauh Daripada Biasa"

31/03/2026

SYABAS & TAHNIAH BUAT SEMUA CALON SPM 2025 ๐ŸŽ“โœจ

Akhirnya sampai ke garisan penamat! ๐Ÿ’ช
Segala penat lelah, air mata, kopi tengah malam โ˜• dan usaha tanpa hentiโ€ฆ hari ini semuanya terbayar.

Apa pun keputusan yang diterima, ingatlah itu bukan penamat, tapi permulaan kepada perjalanan yang lebih besar ๐Ÿš€
Rehat sekejap, celebrate kejayaan korang ๐ŸŽ‰ tapi jangan lupa teruskan langkah ke arah impian yang lebih tinggi!

Kami percaya, kalian adalah generasi yang bakal mencorak masa depan negara ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas dari IKRAM Muda Malaysia

โ€œMenjana Solusi Demi Kesejahteraan Masa Depan Negaraโ€

Selamat Hari Raya Ikhwah Dan Akhawat.Jika Ramadan ajar kita erti sabar,Hari raya dan seterusnya menjadi ujian sama ada k...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Ikhwah Dan Akhawat.

Jika Ramadan ajar kita erti sabar,
Hari raya dan seterusnya menjadi ujian sama ada kita mampu kekalkan "sabar".

Moga kita bukan hanya menjadi pejuang Ramadan,
tapi pejuang di sepanjang masa.

Taqabbalallahu minna wa minkum.

Muaz.
Beraya di Hulu Yam Bharu.

2 wakil dari IKRAM Muda Hulu Selangor berada di dalam barisan kepimpinan IKRAM Muda Selangor. Semoga dipermudahkan urusa...
16/03/2026

2 wakil dari IKRAM Muda Hulu Selangor berada di dalam barisan kepimpinan IKRAM Muda Selangor. Semoga dipermudahkan urusan antum semua.

Insyallah, mudah-mudahan ada KHAIR untuk agama, masyarakat Dan semua.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEMILIHAN 4 AJK IKRAM MUDA SELANGOR SESI 2026-2030 & BARISAN KEPIMPINAN IKRAM MUDA SELANGOR SESI 2026-2030

Berdasarkan keputusan pengundian yang telah berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad, 14โ€“15 Mac 2026, Jawatankuasa Pemilihan IKRAM Muda Selangor (JKPIMS) dengan ini mengumumkan keputusan Pemilihan IKRAM Muda Selangor bagi sesi 2026โ€“2030 seperti berikut:

Ketua IKRAM Muda Selangor
Muhammad Najmuddin bin Md Ariffin, IKRAM Kawasan Shah Alam

Timbalan Ketua IKRAM Muda Selangor
Farah Ilani binti Ali Asharaf, IKRAM Kawasan Hulu Selangor

Ahli Jawatankuasa IKRAM Muda Selangor
- Muhammad Farhan Bin Ibrahim, IKRAM Kawasan Putra Mahkota
- Muhammad Muaz Bin Mohd Fadzil, IKRAM Kawasan Hulu Selangor
- Nurul Hidayah Binti Norhizam, IKRAM Kawasan Ampang Jaya
- Nur Sakinah Binti Roslan, IKRAM Kawasan Kajang

Semoga amanah kepimpinan yang dipikul ini dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, hikmah dan kesungguhan dalam memperkasa agenda dakwah dan tarbiah, seterusnya memacu IKRAM Muda Selangor ke arah kecemerlangan yang diberkati serta diredhai Allah SWT. ๐Ÿคฒ

Analisa Pengundian
Semua pihak dijemput untuk meneliti analisa pengundian yang akan dimuat naik dalam masa terdekat di pautan berikut:

https://sites.google.com/ikram.org.my/imsmemilih2026/utama?authuser=0

Penghargaan
JKPIMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan penglibatan aktif dalam menjayakan Pemilihan IKRAM Muda Selangor 2026โ€“2030, khususnya Pasukan JK Pemilihan IKRAM Muda Pusat, SUN Selangor, pasukan JKTMIN, JKTMIK serta para nuqaba, dan seluruh ahli IKRAM Muda Selangor yang telah menunaikan tanggungjawab mengundi.

Sesungguhnya sumbangan dan kerjasama semua pihak amat bermakna dalam memastikan kelancaran proses pemilihan ini. Semoga segala usaha dan pengorbanan diberi ganjaran sebaik-baiknya di sisi Allah SWT. โœจ

Jawatankuasa Pemilihan
IKRAM Muda Selangor 2026-2030

๐ŸŒโœจ LAPORAN KESELURUHAN PROGRAMMYSAVEFOOD x TAK NAK BAZIR โœจ๐ŸŒIKRAM MUDA HULU SELANGORAlhamdulillah ๐ŸคฒSepanjang 7 hari pelak...
16/03/2026

๐ŸŒโœจ LAPORAN KESELURUHAN PROGRAM
MYSAVEFOOD x TAK NAK BAZIR โœจ๐ŸŒ
IKRAM MUDA HULU SELANGOR

Alhamdulillah ๐Ÿคฒ

Sepanjang 7 hari pelaksanaan program di dua tapak bazar Ramadan, sebanyak 636.3 KG makanan dan minuman telah berjaya diselamatkan daripada pembaziran.

๐Ÿ“ Bazar Sentosa (Jalan Orkid)

๐Ÿฅค Minuman: 262.7 kg
๐Ÿฉ Kuih Muih: 131.8 kg
๐Ÿœ Nasi/Mee/Bihun/Kuey Tiaw Goreng: 39.2 kg
โžก Jumlah: 433.7 KG

๐Ÿ“ Bazar Taman Bunga Raya

๐Ÿฅค Minuman: 77.3 kg
๐Ÿฉ Kuih Muih: 74.9 kg
๐Ÿœ Nasi/Mee/Bihun/Kuey Tiaw Goreng: 50.4 kg
โžก Jumlah: 202.6 KG

โœจ JUMLAH BESAR KESELURUHAN (2 TAPAK): 636.3 KG

Semoga setiap usaha kecil ini memberi impak besar dalam mengurangkan pembaziran makanan serta menjadi asbab pahala berterusan buat semua sukarelawan, peniaga dan penyumbang yang terlibat.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak sepanjang program ini berlangsung. ๐Ÿ’š

Program ARBA Park Ramadan Archery Fest telah berlangsung pada 7 Mac 2026 di ARBA Equine Archery Park, Hulu Yam Bharu, Se...
10/03/2026

Program ARBA Park Ramadan Archery Fest telah berlangsung pada 7 Mac 2026 di ARBA Equine Archery Park, Hulu Yam Bharu, Selangor. Program anjuran ARBA Equine Archery dengan kerjasama ARBA Park, IKRAM Hulu Selangor, IKRAM Muda Hulu Selangor, , IKRAM Wangsa Maju dan Molek Kopi.

Program bermula jam 3.30 petang hingga 10.00 malam. Aktiviti utama melibatkan pertandingan memanah format 3D, STATIK dan FAST SHOOTING untuk kategori umur 4 hingga 18 tahun. Program turut menyediakan juadah iftar kepada peserta dan pengunjung. Solat Terawih dipimpin oleh Imam jemputan khas dari Darul Quran Kuala Kubu Bharu.

Seramai 34 peserta menyertai Ramadan Archery Fest pada 7 Mac.

Sebelum program kemuncak tersebut, ARBA Park turut menganjurkan Ramadan Night Challenge bagi acara Horseback Archery dari 19 Februari hingga 6 Mac 2026. Program tersebut melibatkan penyertaan seramai 21 peserta.

Kedua dua program menghimpunkan komuniti pemanah muda serta peminat sukan sunnah di kawasan Hulu Selangor dan kawasan sekitar. Program berjalan lancar dengan sokongan rakan kerjasama serta penyertaan aktif para peserta. ๐Ÿน๐ŸŒ™

10/03/2026

๐ŸŒŸ IRIS IKRAM HULU SELANGOR 2026 ๐ŸŒŸ

Assalamualaikum semua ๐Ÿค
Program yang dinanti-nantikan kini kembali!

IRIS IKRAM Hulu Selangor 2026 menawarkan pengalaman penuh ilmu, ukhuwwah, aktiviti menarik dan kenangan manis.

โš ๏ธ Tempat adalah TERHAD!

๐Ÿ“Œ Cara Pendaftaran:
1๏ธโƒฃ Satu wakil sahaja bagi setiap keluarga untuk mengisi borang.

2๏ธโƒฃ Pastikan satu nombor telefon = satu pendaftaran.

3๏ธโƒฃ Dalam borang, terdapat ruang untuk setiap program โ€” sila lengkapkan semua ruang program yang ingin disertai supaya penyertaan sah dan tidak terlepas sebarang aktiviti.

4๏ธโƒฃ Bawa keluarga & sahabat anda! Jangan tunggu, daftar sekarang sebelum tempat penuh.

โœจ Klik pautan pendaftaran di bawah dan sahkan penyertaan anda hari ini!

https://tinyurl.com/IRIS2026DaftarAktiviti

Jumpa anda di IRIS IKRAM Hulu Selangor 2026! ๐ŸŒธ

๐ŸŒโœจ MYSAVEFOOD x TAK NAK BAZIR โœจ๐ŸŒ *IKRAM MUDA HULU SELANGOR*HARI KE-3 RABU 25 FEB 2026๐Ÿ“ Bazar Taman Bunga Raya * Minuman:...
26/02/2026

๐ŸŒโœจ MYSAVEFOOD x TAK NAK BAZIR โœจ๐ŸŒ
*IKRAM MUDA HULU SELANGOR*
HARI KE-3 RABU 25 FEB 2026

๐Ÿ“ Bazar Taman Bunga Raya
* Minuman: 14 kg
* Nasi/Mee/Bihun/Kuey Tiaw Goreng: 5.7 kg
* Kuih Muih: 22.8 kg
โžก Jumlah: 42.5 KG

๐Ÿ“ Bazar Bukit Sentosa
* Minuman: 67.9 kg
* Nasi/Mee/Bihun/Kuey Tiaw Goreng: 5.4 kg
* Kuih Muih: 24.4 kg
โžก Jumlah: 97.7 KG

๐Ÿ”ฅ JUMLAH KESELURUHAN HARI INI: 140.2 KG ๐Ÿ”ฅ

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan misi menyelamatkan makanan hari ini. Kita jumpa esok hari ye.

Bukan IKRAM MUDA Hulu Selangor je yang buat MYSAVEFOOD ye, satu Malaysia sedang bergiat aktif.
25/02/2026

Bukan IKRAM MUDA Hulu Selangor je yang buat MYSAVEFOOD ye,
satu Malaysia sedang bergiat aktif.

๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—ฌ๐—ฆ๐—”๐—ฉ๐—˜๐—™๐—ข๐—ข๐—— ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐Ÿฎ3 FEB ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ6๐Ÿ’š

Pemuda GEMA dengan kerjasama ReMeal, serta sokongan pelbagai rakan strategik, telah melaksanakan program MYsaveFOOD bagi mengurangkan pembaziran makanan sepanjang Ramadan. Sehingga 23 Mac 2026, program ini berjaya menyelamatkan 4,106.30 kg makanan dan minuman dari 47 bazar di seluruh negara.

Pencapaian utama:
โœ… RM59,855.32 nilai makanan diselamatkan
โœ… 8623.35 KG kg pelepasan gas rumah hijau dikurangkan
โœ… 31 sukarelawan terlibat dalam operasi pengumpulan dan agihan

Kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa kerjasama erat daripada pelbagai pihak termasuk sukarelawan, pihak berkuasa tempatan, peniaga bazar, serta badan bukan kerajaan (NGO) yang turut serta dalam usaha menyelamatkan makanan untuk manfaat masyarakat. Pemuda GEMA komited untuk meneruskan inisiatif ini bagi memastikan kelestarian makanan dan kesejahteraan komuniti.

Sekian, terima kasih.

๐Ÿ”—Live update data MYSaveFood: remeal.app/mysavefood

Address

19, Jalan Adenium 2G/6, Pusat Perniagaan Adenium, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor.
Rawang
48300

Telephone

+60360780827

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Muda Hulu Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share