JPKK KAMPUNG SUNGAI CHOH SIMPANG

JPKK KAMPUNG SUNGAI CHOH SIMPANG Halaman Rasmi Jpkk Kampung Sungai Choh Simpang untuk laporan , aktiviti dan informasi terkini yang berkaitan.

Dimaklumkan bahawa Program Pertandingan Memasak Makanan Tradisional Bengkulu yang dijadualkan pada 24 Mei 2026 terpaksa ...
22/05/2026

Dimaklumkan bahawa Program Pertandingan Memasak Makanan Tradisional Bengkulu yang dijadualkan pada 24 Mei 2026 terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pihak JPKK KAMPUNG SUNGAI CHOH SIMPANG memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

Bersempena sambutan Hari Guru, pihak JPKK Kampung Sungai Choh telah menyampaikan sedikit tanda penghargaan berupa kek ke...
22/05/2026

Bersempena sambutan Hari Guru, pihak JPKK Kampung Sungai Choh telah menyampaikan sedikit tanda penghargaan berupa kek kepada beberapa institusi pendidikan di sekitar kampung sebagai simbol terima kasih atas jasa dan pengorbanan para guru.

Sesungguhnya, guru bukan sahaja mengajar membaca dan menulis, malah menjadi insan penting dalam membentuk sahsiah, masa depan serta kejayaan generasi akan datang.

Terima kasih cikgu atas segala ilmu, kesabaran dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini. Semoga semua guru terus diberi kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam mendidik anak-anak bangsa ❀️




Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada  Welly Assorted Motor Rawang  atas kesudian me...
22/05/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Welly Assorted Motor Rawang atas kesudian membawa anak-anak Kampung Sungai Choh Simpang menyertai lawatan ke Farm Fresh @ UPM menerusi program Rehlah Edu Ekologi Anak Kampung Siri 2 πŸŒΏπŸ„πŸ₯›

Program ini memberi peluang kepada anak-anak untuk menimba ilmu sambil merasai sendiri pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah berkaitan alam sekitar, penternakan moden serta kepentingan menjaga ekosistem dan sumber makanan.

Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat, membuka minda serta menjadi pengalaman bermakna buat anak-anak kampung dalam membentuk generasi yang lebih berilmu, berdaya saing dan cintakan alam sekitar πŸ’š

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan mendapat ganjaran yang baik serta dipermudahkan urusan semuanya 🀝✨




19/05/2026

⚠️ MAKLUMAN & PERINGATAN KEPADA PENDUDUK TAMAN HIDAYAH ⚠️

Pihak JPKK telah menerima beberapa aduan daripada penduduk setempat berhubung isu pembakaran sampah secara terbuka di kawasan Taman Hidayah sejak akhir bulan April yang lalu.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan pencemaran udara serta mengancam kesihatan penduduk sekitar, terutama warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai masalah pernafasan.

Sehubungan itu, kami memohon kerjasama semua penduduk agar menghentikan segera aktiviti pembakaran terbuka. Jagalah kesejahteraan dan keselesaan bersama. Jangan pentingkan diri sendiri sehingga memberi kesan kepada komuniti setempat.

Pihak JPKK akan mengemukakan aduan rasmi kepada Ahli Majlis & pihak berwajib untuk tindakan dan pemantauan selanjutnya.

Kerjasama semua amat dihargai demi memastikan persekitaran kampung yang bersih, sihat dan selamat untuk semua. πŸ™


Semarak Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Daerah Hulu Selangor telah berlangsung dengan meriah pada 13 Mei 2026 b...
14/05/2026

Semarak Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Daerah Hulu Selangor telah berlangsung dengan meriah pada 13 Mei 2026 bertempat di SMK Sungai Choh. πŸŽ‰βœ¨
Program yang menghimpunkan golongan belia ini menjadi platform dalam menyemai semangat kepimpinan, perpaduan serta penglibatan aktif anak muda dalam pembangunan komuniti dan negara. πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ

Pengerusi JPKK Kampung Sungai Choh Simpang juga telah dijemput untuk turut serta memeriahkan program ini sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan dan penglibatan belia di peringkat daerah.

Semoga semangat belia terus mekar dan menjadi pemangkin kepada masyarakat yang lebih progresif dan berdaya saing. 🌟





Terima kasih SK Sg Choh atas jemputan  pada hari ini. Tahniah atas penganjuran hari sukan yang berlangsung dengan tertib...
10/05/2026

Terima kasih SK Sg Choh atas jemputan pada hari ini. Tahniah atas penganjuran hari sukan yang berlangsung dengan tertib dan meriah.

πŸ“£ HEBAHAN PERTANDINGAN MEMASAK 🍲✨Assalamualaikum & salam sejahtera,Jom sertai Pertandingan Memasak Makanan Tradisi Bengk...
09/05/2026

πŸ“£ HEBAHAN PERTANDINGAN MEMASAK 🍲✨

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Jom sertai Pertandingan Memasak Makanan Tradisi Bengkulu yang penuh rasa & warisan! 🌿πŸ”₯

πŸ—“ Tarikh: 24 Mei 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Tempat: Bengkel Kuih Kak Rosmah

πŸ‘©β€πŸ³ Terbuka kepada penduduk Kampung Sungai Choh

πŸ‘₯ Penyertaan berkumpulan (3 orang)

πŸ› Sediakan 2 menu masakan menu tengah hari tradisi Bengkulu

πŸ’° Yuran: RM15/kumpulan

πŸ† Hadiah menarik menanti!
πŸ₯‡ RM300 | πŸ₯ˆ RM200 | πŸ₯‰ RM150 | Saguhati RM100

πŸ“Œ Tempat terhad kepada 12 kumpulan sahaja!

πŸ“² Daftar segera:
Hubungi : 011-29544022 / 01155885002 (Salmah)

πŸ“Œ Anjuran:
JPKK Kampung Sungai Choh Simpang

Ayuh kita martabatkan warisan Bengkulu bersama! πŸ’›
Jangan lepaskan peluang ini!

Jom meriahkan kampung kita sambil menjadi lebih sihat! πŸ’ͺ🌿πŸ”₯ WEIGHT LOSS CHALLENGE KG SG CHOH SIMPANG kini bermula!Inilah ...
09/05/2026

Jom meriahkan kampung kita sambil menjadi lebih sihat! πŸ’ͺ🌿

πŸ”₯ WEIGHT LOSS CHALLENGE KG SG CHOH SIMPANG kini bermula!

Inilah peluang anda untuk turunkan berat badan, tingkatkan kesihatan dan MENANG HADIAH wang tunai!

βœ… Terbuka kepada semua penduduk kampung berumur 16 tahun ke atas
πŸ“… Cabaran selama 9 minggu (24 Mei – 25 Julai 2026)
❌Bersaing secara adil. Dilarang menggunakan kaedah Bariatric, Mounjaro/Ozempic dll.

πŸ† Hadiah sehingga RM250 + saguhati!

Tak perlu tunggu sempurna, yang penting mula!
Ubah diri, ubah hidup, & jadi lebih baik bersama komuniti πŸ’š

πŸ“Œ Tempat terhad kepada 50 peserta sahaja!

Daftar sekarang sebelum terlepas peluang!

πŸ“² Hubungi AJK JPKK untuk pendaftaran:
011-2627 6426 (Puan Zaharah)
018-902 4603 (En. Haiqal)

πŸ”Ή Anjuran JPKK Kg Sg Choh Simpang

09/05/2026
Alhamdulillah 🀍Anak-anak  dari Komuniti Hulu Selangor telah berjaya mempromosikan Tat Bengkulu melalui mini showcase yan...
20/04/2026

Alhamdulillah 🀍
Anak-anak dari Komuniti Hulu Selangor telah berjaya mempromosikan Tat Bengkulu melalui mini showcase yang diadakan di Panggung Anniversary, Taman Botani KL bersempena program KL Jazz in the Park pada 18 April yang lalu.

Kami warga Sungai Choh tumpang berbangga atas kejayaan dan kegigihan anak-anak ini dalam memperkenalkan Bengkulu kepada para pengunjung, terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga pelancong luar negara. Lebih membanggakan, Tat Bengkulu turut mendapat sambutan hangat sehingga sold out! ✨

Semoga projek IDCT ini terus melakar kejayaan dan seterusnya layak mara ke peringkat yang lebih tinggi. Teruskan usaha, kami sentiasa menyokong segala usaha anda! πŸ’ͺ




.0

Address

Rawang
48000

Telephone

+60195898978

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK KAMPUNG SUNGAI CHOH SIMPANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share