Muafakat Rakyat - Geng Subuh Macam Jumaat

Muafakat Rakyat - Geng Subuh Macam Jumaat PUSAT KOMUNITI MALAYSIA
https://www.my1community.com.my

ᖴᖇᗴᗴ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !! 🇵🇸✌ اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞Al-'Anfāl:63 - Dan (Dia lah) yang ...
10/04/2024

ᖴᖇᗴᗴ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !! 🇵🇸✌

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞

Al-'Anfāl:63 - Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

An-Nisā':95 - dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk dengan pahala yang amat besar.

🕌 I ♥ MASJID 🕌
Kuliah Jumaat KE Jumaat
Muafakat Rakyat - Geng Subuh Macam Jumaat

KITA ADA ALLAH YANG SAMA ( MUAFAKAT RAKYAT )

TANDA SEORANG MUNAFIKARTI MUNAFIKBermula perkataan مُنَافِقُ (munafik) berasal dari perkata نفاق (nifaq) yang berarti te...
04/03/2024

TANDA SEORANG MUNAFIK

ARTI MUNAFIK

Bermula perkataan مُنَافِقُ (munafik) berasal dari perkata نفاق (nifaq) yang berarti tersembunyi atau menyembunyikan.

Berkata Imam Al-Qastallani :

والنفاق لغة مخالفة الظاهر للباطن

Artinya : “Dan nifak pada bahasa berarti menyalahi zahir bagi batin.”

Dan nifak atau munafik pada istilah bermakna menyembunyikan keburukan dengan menzahirkan kebaikkan.

Dan ulamak menyebut beberapa makna munafik seperti berikut :

من يُضْمِر العداوةَ ويظهر الصَّداقة

Artinya : “Seorang yang menyembunyikan permusuhan dan menzahirkan persahabatan.”

من يظهر خلاف ما يُبطن

Artinya : “Seorang yang menzahirkan perkara yang menyalahi apa yang disembunyikan.”

مَن يُخْفي الكُفْرَ ويُظهر الإيمان

Artinya : “Seorang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan iman.”

Tersebut pada Kitab Mustalahat Al-Fiqhiyah :

إسرار الكفر وإظهار الأيمان

Artinya : “(Nifak artinya) merahsiakan kufur dan menunjukkan beriman.”

Maka orang yang bersifat dengan نفاق ini disebut sebagai مُنَافِقُ yakni munafik.

Dan sungguhnya nifak ini terbahagi kepada dua bahagi yaitu nifak iktikad dan nifak amal.

MUNAFIK KAFIR

Nifak iktikad atau disebut juga dengan nifaq iman atau nifak akbar ialah nifaq yang menjadikan pelakunya itu kafir yang disebut sebagai kafir munafik.

Bermula asal nifak itu tersembunyi di dalam hati tetapi dapat dikenal dengan perbuatan dan perkataan seseorang itu.

Jika dilihat pada zahirnya dia adalah seorang Islam seperti menggunakan nama Islam atau tinggal dalam keluarga Islam atau keterampilannya tidak menunjukkanya sebagai orang bukan Islam atau melakukan ibadah orang Islam seperti solat atau puasa atau bayar zakat atau pergi haji atau berhari raya seperti seorang Islam akan tetapi hatinya sebenarnya tidak beriman yaitu dalam hatinya tidak s**a kepada Islam atau hukum Islam atau kepada kerja-kerja Islam atau kepada Al-Quran atau hadith Nabi saw atau syariat Islam atau kehidupan sebagai seorang Islam atau hatinya yakin bahawa peraturan barat yang moden misalnya lebih baik dari peraturan Islam.

Maka orang-orang yang munafik ini bila dia bercakap dapatlah diketahui bahawa dia sebenarnya kafir munafik yaitu cakapnya mempertikaikan Allah atau merendahkan Nabi saw atau mengkritik Al-Quran atau mempelekehkan hukum Islam seperti hudud dan qisas atau mempersendakan hukum aurat dalam Islam atau memuji undang-undang kafir atau memuji musuh-musuh Islam atau memuji orang-orang yang menentang peraturan dan syariat Islam dan seumpamanya akan tetapi apabila tiba musim Ramadhan dia sibuk dengan juadah berbuka puasa dan kurma dan sibuk dengan penyediaan hari raya dan seumpamanya.

Mereka inilah munafik-munafik yang sebut sebagai kafir yang paling keji dalam segala jenis kafir.

Tersebut pada hadith Abu Hurairah r.a. Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabada :

وَإِنْ صَامَ وَصَلَّى وَزَعَمَ أَنَّهُ مُسْلِمٌ

Artinya : “Walaupun dia berpuasa dan sembahyang dan dia sangka dia masih seorang Islam.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

Maksudnya sekalipun orang munafik itu sangka dirinya termasuk orang Islam sungguhnya dia bukanlah seorang Islam disisi Allah.

Berkata Syeikh Souhnun :

النِّفَاقُ نَوْعَانِ نِفَاقٌ فِي الإِيْمَانِ وَنِفَاقٌ فِي العَمَلِ، فَالمنُافِقُ فِي الإِيْمَانِ هُوَ الذِي يُظْهِرُ الإِسْلامَ وَيُخْفِي الكُفْرَ فِي قَلْبِهِ كَأَنْ يِكُونَ عِنْدَهُ شَكٌّ بِصِحَّةِ الإِسْلامِ فَهَذَا مُنَافِقٌ وَهُوَ دَاخِلٌ تَحْتَ قَوْلِهِ تَعَالى (إِنَّ المنَافِقِيْنَ فِي الدَّرْكِ الأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ) (سورة النساء 145)، الكُفَّارُ في الدَّركِ الأَسفَلِ مِنَ النَّارِ أَي في نِهَايَةِ قَعرِ جَهنَّمَ.
إذًا المنَافِقُ في الاعتِقَادِ هُوَ الشَّخصُ الَّذِي يَعتَقِدُ الكُفرَ وَيُظهِرُ خِلافَهُ، بِلِسَانِهِ يَقُولُ لا إلـٰهَ إلا اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ وَبِقَلبِهِ لا يَعتَقِد

Artinya : “Bermula nifak itu ada dua bahagi yaitu nifaq pada iman dan nifaq pada amalan. Maka orang yang munafik pada iman ialah orang yang menzahirkan akan Islam dan menyembunyikan akan kufur di dalam hatinya seperti ada pada dirinya syak dengan kesahihan Islam. Maka munafik jenis ini yang masuk dalam firman Allah Taala : Sungguhnya sekelian orang munafik itu akan berada di dalam lapis yang paling bawah dalam neraka Jahannam – An-Nisak : 145. Artinya mereka ini ialah sekelian kafir yang berada di lapisan neraka Jahannam yang paling bawah. Maknanya orang munafik pada iktikad ini ialah seroang yang beriktikad akan kufur dan menunjukkan yang menyalahinya dengan lisannya berkata akan dua kalimah syahadah dan hatinya tidak pun beriktikad.”

Dan termasuk munafik ialah orang-orang yang apabila ada seruan supaya kembali kepada memertabatkan undang-undang Islam dalam negara atau kembali kepada ajaran Islam maka mereka ini akan mengemukakan berbagai alasan dan halangan supaya Islam tidak dijadikan peraturan dalam negara dan tidak diamalkan ajaran Islam.

Firman Allah Taala :

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا

Artinya : “Dan apabila dikatakan kepada mereka marilah kamu sekelian kita kembali kepada hukum yang telah diturunkan olih Allah dan kepada mengikut Rasul-Nya nescaya kamu akan dapat melihat sekelian orang munafik itu akan melakukan pelbagai halangan dan alasan.” (An-Nisak : 61)

Dan tanda yang banyak dapat dilihat pada seorang munafik pada zaman kita ini ialah kasih kepada orang kafir dan benci kepada ulamak dan menyokong perkara maksiat dan memburuk-burukkan program agama.

MUNAFIK AMALAN

Sungguhnya nifak amal tidak menjadikan seorang Islam itu kafir tetapi fasiq kerana melakukan olihnya akan kelakuan orang munafiq.

Berkata Ulamak :

وَأَمَّا المنَافِقُ فِي الفُرُوعِ أو المنَافِقُ فِي العَمَلِ فَهُوَ المسلِمُ الَّذِي يُؤمِنُ بِاللهِ وَرَسُولِهِ

Artinya : “Dan adapun munafik pada furu’ atau munafik pada amalan maka yaitu seorang Islam yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.”

Disebut dalam hadith dengan sebutan munafik yang bermaksud perangai munafik yakni barangsiapa dari kalangan orang Islam yang ada pada dirinya perangai-perangai yang empat perkara itu maka dia seperti orang munafik atau kelakuannya seperti orang munafik.

Berkata Imam Nawawi :

والذي قاله المحققون إن معناه : أنَّ هذه خصال نفاق ، وصاحبها شبيه بالمنافقين في هذه الخصال ومتخلق بأخلاقهم

Artinya : “Bermula yang dikata olih ulamak muhaqqiqun bahawasanyanya makna hadith ini ialah sekelian perangai munafik ini adalah pelakunya diserupakan dengan orang-orang munafiq padanya dan berperangai ia dengan perangai mereka itu.”

Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar :

ومحصل هذا الجواب الحمل في التسمية على المجاز أي صاحب هذه الخصال كالمنافق

Artinya : “Dan hasilnya jawab bagi kemusykilan ini menyebut tanda munafik itu maknanya sebutan atas jalan majaz (sindiran) artinya siapa yang bersifat dengannya maka dia seolah orang munafik.”

KHIANAT BILA DIBERI AMANAH

Menunaikan amanah adalah satu kewajipan daripada kewajipan-kewajipan dalam Islam dan besarnya tanggungjawab menunaikan amanah ini sehingga dikatakan bahawa hanya orang yang takut kepada Allah sahaja yang menunaikan amanah.
Sungguhnya Allah Taala telah berfirman :

فَإِنْ أَمِنَ بَعْضُكُمْ بَعْضاً فَلْيُؤَدِّ الَّذِي اؤْتُمِنَ أَمَانَتَهُ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ

Artinya : “Maka jikalau sebahagian kamu memberi amanah akan sebahagian yang lain maka hendaklah ditunaikan amanah tersebut dan hendaklah dia takut kepada Allah Tuhannya.” (Al-Baqarah : 283)

Yang dimaksudkan dengan khianat pada amanah ialah seorang itu apabila diamanahkan dengan suatu pekerjaan dia tidak menjaganya dan tidak menunaikan amanah tersebut bahkan dikhianatinya kepercayaan yang telah diberikan kepadanya.

Berkata Fuqahak :

إذا ائتمنه الناس على أموالهم أو على أسرارهم أو على أولادهم أو على أي شيء من هذه الأشياء فإنه يخون فهذه من علامات النفاق

Artinya : “Apabila diberikan kepercaan akan seseorang olih manusia atas harta mereka itu atau rahsia mereka itu atau anak-anak mereka itu artinya suatu dari segala perkara ini mka orang itu mengkhianatinya maka inilah alamat-alamat kemunafikan.”

Khianat pada amanah atau disebut sebagai pecah amanah ini adakalanya berkait dengan harta seperti seorang yang diamanahkan menjaga wang jualan bahkan dia yang mencurinya dan yang menjadi kakitangan kerajaan menyalahgunakan harta jabatan dan yang menjadi bendahari masjid yang menggelapkan wang masjid dan yang menjadi pemerintah menyalahgunakan kuasa yang ada padanya untuk mengkayakan diri dan kaum keluarganya. Dan pelbagai lagi perbuatan tidak amanah yang tersangat banyak berlaku pada zaman ini.
Dan kadangkala amanah itu berkait dengan kehurmatan seperti seorang yang dimanahkan menjaga suatu rahsia tetapi dia yang membocorkannya dan yang dimanahkan untuk menjaga kebajikan satu keluarga tapi dia yang mengaibkan keluarga tersebut dan yang diamanahkan menjaga keselamatan anak yatim umpamanya tapi dia yang melakukan perkara keji ke atas anak-anak yatim teserbut dan yang seumpamanya.

BERDUSTA BILA BERCAKAP

Berdusta adalah haram dengan ijmak dan ialah salah satu kelakuan yang keji.

Berkata Imam Nawawi :

قد تظاهرتْ نصوصُ الكتاب والسنّة على تحريم الكذب في الجملة، وهو من قبائح الذنوب وفواحش العيوب. وإجماعُ الأمة منعقدٌ على تحريمه مع النصوص المتظاهرة

Artinya : “Sungguhnya telah terang segala nas-nas Al-Quran dan hadith atas diharamkan berdusta pada keseluruhan. Berdusta ialah setengah dari dosa-dosa yang sangat keji dan aib yang sangat kotor dan ijmak sekelian umat telah terjadi atas mengharamkannya serta segala nas yang sangat terang.” (Kitab Al-Azkar)

Bukanlah bermakna apabila orang Islam itu berdusta maka dia menjadi orang munafik seperti yang difahami olih kebanyakan manusia tetapi perbuatannya berdusta itu adalah satu dosa dan dia dianggap telah mengikuti perangai orang munafik.

Berkata Imam Nawawi :

إن المقصود بالحديث هو تشبيه المسلم المتّصف بهذه الأخلاق الذميمة بالمنافق، فالحديث على سبيل المجاز، لا على سبيل الحقيقة

Artinya : “Bahawasanya maksud dengan hadith itu ialah menyerupakan orang Islam yang bersifat ia dengan akhlak yang keji orang munafik maka hadith itu atas jalan majaz yakni sindiran bukannya atas jalan hakiki yakni sungguh-sungguh jadi munafik.”

Maksud hadith ini ialah amaran ke atas umat Islam supaya mereka memhami sungguh-sungguh bahawa dusta itu ialah perbuatan yang dicela dan perangai yang hina dari sifat-sifat munafik dan satu cabang dari cabang-cabang kekufuran. Dusta itu adalah alamat bagi lemahnya jiwa dan tiada dipercayai dan keadaan seseorang yang rendah harga diri.

Dusta adalah kelakuan yang menjauhkan dari rahmat Allah Taala. Dan dusta juga menjauhkan seseorang dari manusia dan dari aqal yang cerdik kerana tiadalah s**a kepada berdusta itu melainkan orang-orang yang bodoh dan adalah manusia atas apa jua bangsanya amatlah benci kepada dusta dan kepada orang yang berdusta.

Dan sungguhnya s**a berdusta itu akibatnya dia akan dikenal sebagai orang yang banyak berdusta di sisi Alllah Taala dan orang yang banyak dusta itu akhirnya kepada azab neraka.

Diriwyatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. Nabi sollallahu alaihi wasallam telah bersabda :

وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إلَى النَّارِ، وَمَا يَزَالُ الْعَبْدُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

Artinya : “Takutlah kamu sekelian akan berdusta maka dari kerana sungguhnya dusta itu menunjuk kepada kejahatan dan sungguhnya kejahatan itu menunjuk kepada neraka. Dan seorang yang selalu berdusta itu ditulis disisi Allah sebagai seorang yang banyak berdusta.” (Hadith riwayat Abu Daud & Trimizi)

Berkata Imam Nawawi :

قَالَ بَعْضُ الْعُلَمَاءِ وَهَذَا فِيمَنْ كَانَتْ هَذِهِ الْخِصَالُ غَالِبَةً عَلَيْهِ فَأَمَّا من يندر ذلك منه فَلَيْسَ دَاخِلًا فِيهِ فَهَذَا هُوَ الْمُخْتَارُ فِي مَعْنَى الْحَدِيثِ

Artinya : “Berkata sebahagian ulamak : Dan ini (dikatakan amalan munafik) ialah apabila empat perkara ini sudah menjadi kebiasaan bagi seorang itu. Maka adapun mereka yang jarang melakukan yang demikian itu maka tiada ia masuk dalam hadith ini. Inilah pendapat yang dipilih pada makna hadith.” (Kitab Syarah Muslim)

TIDAK MENUNAIKAN JANJI

Firman Allah Taala :

وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْؤُولاً

Artinya : “Dan sempurnakanlah kamu sekelian akan perjanjian sungguhnya janji itu adalah ia akan dipesoalkan.” (Al-Isra’ : 34)

Sungguhnya Islam mengajar umatnya apabila berjanji hendaklah ditunaikan janji tersebut melainkan ada halangan berlaku atau lain-lain daripada uzur.

Yang dilarang disini ialah tidak menunaikan janji dengan sengaja samada janji dengan Allah seperti seorang yang bernazar atau janji dengan manusia.

Dan janji dengan manusia itu adakalanya berkait dengan harta benda dan adakalanya dengan tenaga. Contoh berjanji dengan harta benda ialah seorang yang berjanji untuk membayar hutang atau berjanji untuk memberi harta atau seumpamanya.

Dan contoh berjanji dengan tenaga itu ialah seperti seorang berjanji hendak mengangkat suatu barang atau seumpamanya.

Maka sekelian janji tersebut wajib ditunaikan dan menyalahinya dengan sengaja dikatakan berperangai dengan perangai munafik.

Dan sebagaimana dusta tidaklah dikatakan sebagai munafik itu dengan semata-mata sekali dua menyalahi janji akan tetapi dikatakan sebagai munafik itu ialah dengan banyak kali menyalahi janji atau menjadi kebiasaannya menyalahi janji apabil berjanji.

Ketahui olihmu bahawa tempat diwajibkan menunaikan janji itu ialah apabila perkara yang dijanjikan itu tiada menyalahi ia pada syarak. Adapun perkara yang menyalahi syarak maka tidak wajib menunaikannya bahkan haram menunaikannya.

Contohnya seorang yang telah berjanji untuk menghantar akan kawannya ke tempat minum arak maka janji seperti ini haram ditunaikan bahkan wajib atas yang berjanji itu menyalahi akan janjinya kerana menolong perbuatan yang maksiat adalah haram.

Begitu juga sebagai contoh jika seorang telah berjanji untuk membenarkan isterinya keluar dari rumah tanpa memakai tudung kerana pergi ke satu majlis maka wajib suami tersebut menyalahi janjinya itu kerana haram hukumnya seorang isteri keluar dari rumah dalam keadaan mendedahkan mana-mana bahagian aurat pada tubuhnya dan lagi perempuan yang tidak menutup aurat itu ialah perempuan fasiq yang tidak takut kepada neraka.

JAHAT BILA BERTENGKAR

Maksudnya ialah apabila seorang itu bertengkar atau berdebat atau menegakkan suatu ucapan maka dia akan melampau batas yakini mengeluarkan perkataan yang batil dan karut yang diharamkan olih agama maka ia juga adalah salah satu dari perangai orang munafik yang sangat keji.

Berkata Qadhi Iyadh :

وإذا خاصم فجر: أى مال عن الحق وقال الباطل والكذب

Artinya : “Makna’dan apabila berbalah dia jahat artinya berpaling dari kebenaran dan mengucapkan perkataan yang batil dan bohong.” (Kitab Ikmal Al-Mu’lim)

Yang dimaksudkan dengan berkata yang batil itu ialah seperti berbohong atau memaki hamun atau mencarut atau melaknat atau seumpamanya dari ucapan yang diharamkan olih syarak.

Kebelakangan ini dapat dilihat perkara seperti ini dimana apabila ada berlaku perbantahan di media sosial masing-masing akan memaki hamun pihak lawan atau mencarut atau disumpah seranahnya.

Ketahui olihmu s**a berbantah itu sendiri sudah dibenci olih Allah apatah lagi jika jahat laku ketika berbantah.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. adalah Nabi Sollallahu alaihi wasallam telah bersabda :

أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

Artinya : “Yang paling dibenci olih Allah ialah orang-orang yang sangat s**a berbantah-bantah.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

Semoga Allah Taala memelihara kita semua dari berperangai dengan sekelian perangai orang munafik ini. Aamiin.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

ᖴᖇᗴᗴ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !! 🇵🇸✌

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞

Al-'Anfāl:63 - Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

An-Nisā':95 - dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk dengan pahala yang amat besar.

🕌 I ♥ MASJID 🕌
Kuliah Jumaat KE Jumaat
Muafakat Rakyat - Geng Subuh Macam Jumaat

ᖴᖇᗴᗴ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !! 🇵🇸✌ اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞Al-'Anfāl:63 - Dan (Dia lah) yang ...
03/03/2024

02/03/2024

Subuh Macam Jumaat, Lebih 1,500 Peserta RXZ Fighter Penuhi Masjid Sultan Ahmad Shah

ᖴᖇᗴᗴ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !! 🇵🇸✌ اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞Al-'Anfāl:63 - Dan (Dia lah) yang ...
23/02/2024

ᖴᖇᗴᗴ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !! 🇵🇸✌

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞

Al-'Anfāl:63 - Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

An-Nisā':95 - dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk dengan pahala yang amat besar.

🕌 I ♥ MASJID 🕌
Kuliah Jumaat KE Jumaat
Muafakat Rakyat - Geng Subuh Macam Jumaat

ᖴᖇᗴᗴ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !! 🇵🇸✌ اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞  Al-'Anfāl:63 - Dan (Dia lah) yan...
20/02/2024

ᖴᖇᗴᗴ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !! 🇵🇸✌

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞

Al-'Anfāl:63 - Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

An-Nisā':95 - dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk dengan pahala yang amat besar.

🕌 I ♥ MASJID 🕌
Kuliah Jumaat KE Jumaat
Muafakat Rakyat - Geng Subuh Macam Jumaat

ᖴᖇᗴᗴ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !! 🇵🇸✌ اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞Gelombang subuh macam jumaat (Muja...
20/02/2024

ᖴᖇᗴᗴ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !! 🇵🇸✌

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞

Gelombang subuh macam jumaat (Mujahadah Subuh) hari ini di Pulau Pinang. MasyaAllah, ramai anak muda pagi ini.
Rezeki Pak Mat dapat sertai qariah masjid dan komuniti pemotoran hari ini. Semoga diteruskan sampai bila-bila.

🕌 I ♥ MASJID 🕌
Kuliah Jumaat KE Jumaat
Muafakat Rakyat - Geng Subuh Macam Jumaat

19/02/2024

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞

Al-'Anfāl:63 - Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

An-Nisā':95 - dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk dengan pahala yang amat besar.

🕌 I ♥ MASJID 🕌
🕌 Kuliah Jumaat KE Jumaat 🕌
🕋 🕋
Muafakat Rakyat - Geng Subuh Macam Jumaat

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞ASARAl-'Anfāl:63 - Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di...
18/02/2024

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞

ASAR

Al-'Anfāl:63 - Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

An-Nisā':95 - dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk dengan pahala yang amat besar.

🕌 I ♥ MASJID 🕌
🕌 Kuliah Jumaat KE Jumaat 🕌
🕋 🕋
Muafakat Rakyat - Geng Subuh Macam Jumaat

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞ZOHORAl-'Anfāl:63 - Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan d...
17/02/2024

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞

ZOHOR

Al-'Anfāl:63 - Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

An-Nisā':95 - dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk dengan pahala yang amat besar.

🕌 I ♥ MASJID 🕌
🕌 Kuliah Jumaat KE Jumaat 🕌
🕋 🕋
Muafakat Rakyat - Geng Subuh Macam Jumaat

15/02/2024

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ﷺ 💞

MAGHRIB

Al-'Anfāl:63 - Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

An-Nisā':95 - dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk dengan pahala yang amat besar.

🕌 I ♥ MASJID 🕌
🕌 Kuliah Jumaat KE Jumaat 🕌
🕋 🕋
Muafakat Rakyat - Geng Subuh Macam Jumaat

Address

Jalan RP5, Taman Rawang Perdana
Rawang
48000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muafakat Rakyat - Geng Subuh Macam Jumaat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share