02/08/2025
Konsep Kepelbagaian Biologi dalam Sistem Ladang Bersepadu (IFS):
IFS yang mengamalkan pelbagai jenis tanaman dan ternakan bukan saja meningkatkan hasil, malah menjadikan ladang lebih tahan lasak, stabil dan mesra alam. Ia umpama ladang mini ekosistem, di mana setiap elemen saling lengkap melengkapi.
Jenis Ladang: 1.5 ekar
Komponen utama: Tanaman campuran, ayam kampung, itik, ikan keli, lebah kelulut, dan herbal ulaman.
β
Bagaimana Kepelbagaian Biologi Dilaksanakan:
1. Tanaman Pelbagai Jenis:
Tanaman dedaun : bayam, sawi
Ubi : keledek, ubi kayu
Buah : betik, pisang
Herba: misai kucing, serai wangi.
Sistem tanaman selingan dan putaran tanaman digunakan untuk elak pembiakan Mahluk perosak
2. Ternakan Pelbagai Spesies:
Ayam kampung dan itik diternak serentak. Ayam memakan serangga tanah, itik makan siput dan rumpai air.
Najis dapat digunakan untuk baja kompos.
3. Kolam Ikan & Itik Bersama:
Kolam mengandungi ikan keli dan talapia.
Air sisa digunakan untuk siraman baja foliar ke tanaman.
4. Lebah Kelulut:
Ditempatkan di sudut ladang untuk pendebungaan tanaman.
Meningkatkan hasil buah & penghasilan madu sebagai sumber pendapatan tambahan. (Yang ini best)
π± Kesan Positif Kepelbagaian Biologi:
1.Kurang Serangan Perosak & Penyakit:
2.Tiada tanaman mono yang menarik perosak tunggal secara berlebihan.
3.Pemangsa semula jadi antaranya seperti itik dan ayam bantu kawal pop**asi serangga.
4.Lebih Tahan Terhadap Perubahan Cuaca:
Jika satu tanaman rosak akibat cuaca, tanaman lain masih boleh dituai.
Ladang kekal produktif sepanjang tahun.
5.Ekosistem Seimbang:
βΌοΈTarikan serangga baik, kawalan serangga jahat secara semula jadi.
Mikroorganisma tanah berkembang sihat dengan baja organik pelbagai sumber.
Semoga bermanfaat
Muafakat Rakyat - Wakaf Tani