22/04/2025
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
1.Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mengenai โmendahulukan kemenangan politik daripada menunaikan haji dan umrahโ berdasarkan pengajaran dari sirah Nabi Muhammad SAW dalam persitiwa Perjanjian Hudaibiyah adalah kenyataan yang tegas lagi benar.
Kenyataan beliau ini jelas memberikan teguran dari sudut mengambil peduli dan kecaknaan terhadap betapa pentingnya kuasa politik Islam yang mesti dilaksanakan termasuklah dalam urusan memilih pemimpin di mana pengamalan dalam negara Malaysia adalah menerusi pilihan raya berasaskan sistem demokrasi.
2. Hukum mengundi dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi jelas adalah wajib sebagai wasilah untuk menegakkan kepimpinan Islam dan syariat.
Ini kerana mengundi dikira sebagai pengundi memberikan saksi kepada calon yang bertanding sama ada layak diangkat menjadi pemimpin atau tidak.
Sebab itu, hukum mengundi dikira sebagai hukum memberikan penyaksian, maka pengundi mesti memberikan penyaksian yang benar, bukan penyaksian yang palsu.
3. Mengundi menjadi tunjang kepada sistem demokrasi negara kerana ia merupakan medium untuk memilih pemimpin yang akan mentadbir sama ada di peringkat Dewan Undangan Negari mahupun Parlimen.
Maka keluasaan dalam mentadbir sesuatu wilayah merupakan hal yang melibatkan politik perlu difahami dari konteks al-siyasah iaitu bertujuan melaksanakan hukum agama Allah secara perundangan dan mentadbir maslahah urusan manusia berpandukan syariat-Nya.
Apabila kuasa politik tersebut dijadikan wasilah untuk menegakkan syariat, maka mengundi menjadi wajib kerana termasuk dalam kaedah :
"ู
ุง ูุง ูุชู
ุงููุงุฌุจ ุฅูุง ุจู ููู ูุงุฌุจ"
Maksud: Sesuatu kewajipan yang tidak sempurna melainkan dengannya, maka ia juga menjadi wajib).
4. Mengundi dalam pilihan raya dalam sistem demokrasi sesebuah negara termasuk dalam salah satu bentuk jihad bagi memperjuangkan Islam menerusi pendekatan aman.
Walaupun ia bukan jihad qital (peperangan yang mengangkat senjata) tetapi ia tetap dikira jihad kerana jihad adalah merangkumi apa sahaja perbuatan yang bertujuan memperjuangkan bagi menegakkan Islam apatah lagi dalam konteks politik di zaman ini di mana kuasa eksekutif tersebut sangat penting bagi tujuan penggubalan sesuatu undang-undang yang akan memperuntukan punca kuasa pelaksanaan kepada sesuatu perundangan termasuklah hal yang melibatkan undang-undang syariah dalam negara.
Inilah jihad kontemporari dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi secara pendekatan aman yang diterima.
5. Sehubungan itu, dalam konteks memahami jika berlaku pertembungan antara dua perkara maka umat Islam perlu memahami dari konteks aulawiyat (keutamaan) serta muwazanah (pertimbangan) seperti dalam konteks jika berlaku pertembungan antara mengundi dan menunaikan haji atau umrah dalam masa yang sama.
Dalam hal ini, kewajipan mengundi termasuk dalam wajib mudhaiyaq yang ia perlu dilaksanakan dalam waktu pilihanraya, tidak pada waktu yang selainnya.
6. Manakala kewajipan haji p**a bersifat kewajipan muwassaโ dan tidak wajib segera (al-tarakhi). Itu pun jika ia adalah kali pertama yang berstatuskan wajib namun jika sudah kali kedua dan kesekian kalinya maka hukumnya adalah sunat, begitu juga dengan umrah.
Lantaran itu, haji sekalipun merupakan rukun Islam yang wajib dilaksanakan namun ia adalah kewajipan sekali dalam seumur hidup bagi yang mampu.
Tetapi mengundi adalah keperluan berulang kerana ia menentukan siapa yang akan memimpin dalam tempoh lima tahun berikutnya bagi sesuatu penggal kebiasaannya.
7. Jika perbincangan dari konteks maslahat p**a ialah mengundi lebih besar dari sudut kesannya kerana ia melibatkan maslahat umum berbanding dengan haji yang bersifat individu.
Perlu diberikan perhatian bahawa maslahah yang dicapai melalui pemilihan pemimpin Islam adalah bersifat kolektif dan menyeluruh kepada masyarakat. Sedangkan manfaat Haji lebih bersifat kerohanian individu. Maka, kesan meninggalkan haji hanya ke atas individu, tetapi kesan meninggalkan undi boleh mengakibatkan kerosakan negara.
8. Itu merupakan gambaran perbincangan fiqh jika berlaku pertembungan berdasarkan aulawiyat dan muzanah. Namun jika kita memahami apa yang cuba disampaikan oleh Tan Sri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ialah kepentingan menjaga kuasa politik Islam yang kurang diberikan perhatian oleh umat Islam kerana menganggap politik seolah-olah tiada kaitan dengan perintah agama Islam.
Kenyataan beliau ini konsisten sejak dahulu dalam mendidik masyarakat Islam khususnya mengenai syariat Islam yang syumul termasuklah soal berpolitik. Ini kerana kesan dari jarum sekularisme menjadikan umat Islam tidak mempedulikan politik yang akhirnya pemikiran sekular di mana โagama suku, politik sukuโ.
9. Tidak ada pun mana-mana frasa dalam kenyataan beliau tersebut yang meremehkan ibadah Haji yang merupakan salah satu rukun Islam.
Tidak juga kenyataan tersebut menunjukkan suruhan secara langsung membatalkan Haji atau menundanya, ini kerana waktu mengundi adalah tidak bertembung dengan keberangkatan ke Haji.
Apa yang hendak ditekankan dalam kenyataan tersebut ialah kepentingan memahami besarnya politik Islam dan kesannya apabila umat Islam mengabaikannya berdasarkan pengajaran dari sirah Baginda SAW.
10. ILMAM Malaysia melihat kenyataan ini adalah kenyataan yang tegas lagi benar jika kita fahami dari kaca mata ilmiah. Jangan kerana sosok tubuh yang berucap tersebut merupakan lawan atau musuh politik, maka semuanya ditolak, dibantah mentah-mentah apatah lagi mencipta naratif yang sengaja memburukkan Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan kefahaman yang misleading.
ILMAM Malaysia juga menyeru masyarakat Islam agar terus memahami soal politik Islam dengan panduan ilmu yang sahih agar kewajipan serta tanggungjawab melibat soal kenegaraan ini dapat dilunaskan sebaik mungkin.
Dr Muhammad Zuhaili
Presiden ILMAM Malaysia
22 April 2025