25/05/2026
SALAM PERPADUAN WARGA M-RESIDENCE 2 🤝
Mesyuarat Perlantikan Semula AJKRT sesi 2026/29
24 May 2026 (Ahad)
Bertempat :Dewan Clubhouse M-Residence2.
Masa : 5:00petang
Alhamdulillah, Mesyuarat Perlantikan Semula AJK KRT M-Residence 2 telah selesai dengan lancar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan AJK KRT sesi 2024–2026 atas segala jasa, komitmen, masa dan tenaga yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan demi kesejahteraan komuniti kita.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada barisan AJK KRT M-Residence 2 sesi 2026–2029, melibatkan seramai 25 orang AJK yang telah dilantik.
Barisan kepimpinan utama baharu sesi 2026-2029
Pengerusi – Hafiz
Timbalan Pengerusi – Zamzuri
Setiausaha – Harris Muttu
Timbalan Setiausaha – Melissa
Bendahari – Wan Suraya
Sekalung penghargaan dan terima kasih juga diucapkan atas kehadiran Pegawai Perpaduan Daerah Gombak Zon Sungai Buloh yang turut hadir bagi menjayakan mesyuarat.
Harapan kami agar barisan baharu ini dapat terus memperkukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, keselamatan dan keharmonian komuniti di M-Residence 2.
Kami juga berharap KRT M-Residence 2 dapat bergerak ke arah sebuah KRT yang lebih progresif, aktif dan berdaya maju, dengan lebih banyak program komuniti, kebajikan, keselamatan, pendidikan serta penglibatan penduduk yang lebih menyeluruh.
KRT bukan hanya tanggungjawab AJK, tetapi memerlukan sokongan dan kerjasama seluruh penduduk. Bersama-sama kita jadikan M-Residence 2 sebuah komuniti yang lebih erat, harmoni dan membanggakan.
Terima kasih atas sokongan semua. Semoga dipermudahkan segala urusan dan amanah yang diberikan.