Arus Perpaduan

Arus Perpaduan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Arus Perpaduan, Youth Organization, Kampung Orang Asli Kuang,, Rawang.

*PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI APBM SELANGOR @ MASYARAKAT ORANG ASLI HULU KUANG, SELAYANG*Sabtu, 19 Oktober 2024; Ahli Parlim...
20/10/2024

*PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI APBM SELANGOR @ MASYARAKAT ORANG ASLI HULU KUANG, SELAYANG*

Sabtu, 19 Oktober 2024; Ahli Parlimen Belia Malaysia (Negeri Selangor) dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor & Kelab Belia Kampung Setia (KBKS) telah menganjurkan Program Khidmat Komuniti Ahli Parlimen Belia Malaysia Peringkat Negeri Selangor di Kampung Orang Asli, Hulu Kuang, Selayang.

Pelbagai aktiviti menarik yang telah menyambut baik penyertaan seramai 300 lebih penduduk Orang Asli sekitar Selayang. Antara programnya adalah Pertandingan Bola Jaring Beliawanis, Bola Sepak 9 Sebelah Belia / Beliawanis & Sepak Takraw. Turut disediakan Pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan & Jelajah Aspirasi TVET.

Program Khidmat Komuniti ini telah dirasmikan oleh YB Tuan William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang & turut bersama YBhg. Datuk Hasnal Rezua Merican, Penyelaras DUN Kuang.

Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada Jabatan Belia & Sukan Negara, Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor, JAKOA, Kelab Belia Kampung Setia (KBKS), AADK & Urusetia Kampung Orang Asli Hulu Kuang di diatas kerjasama yang cukup baik bagi menyempurnakan program tersebut.

Sekian

APBM Selangor | Arus Perpaduan

1 HARI LAGI ‼️PROGRAM  KHIDMAT KOMUNITI PARLIMEN BELIA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2024*“Jelajah Kasih Anak Selan...
18/10/2024

1 HARI LAGI ‼️

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI PARLIMEN BELIA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2024

*“Jelajah Kasih Anak Selangor Bersama Masyarakat Orang Asli Hulu Kuang”*

🗓️ 19 Oktober 2024 (Sabtu)
⏰ 8.00 Pagi - 4.00 Petang
📍 Kampung Orang Asli Hulu Kuang

Aktiviti Menarik:
- Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah KOA (Belia & Beliawanis)
- Pertandingan Sepak Takraw KOA
- Pertandingan Bola Jaring KOA

Booth Pameran & Kemahiran TVET :
- Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Gombak
- Jelajah Aspirasi TVET (Peluang sambung belajar)

Anjuran Bersama: Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor, Arus Perpaduan (APBM), Kelab Belia Kampung Setia (KBKS), PBSD Gombak, JAKOA Negeri Selangor, AADK Daerah Gombak, Rakan Muda, Aspirasi TVET

_Jangan lupa untuk hadir & memeriahkan lagi suasana program bersama masyarakat Kampung Orang Asli Hulu Kuang_

2 HARI LAGI ‼️PROGRAM  KHIDMAT KOMUNITI PARLIMEN BELIA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2024*“Jelajah Kasih Anak Selan...
17/10/2024

2 HARI LAGI ‼️

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI PARLIMEN BELIA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2024

*“Jelajah Kasih Anak Selangor Bersama Masyarakat Orang Asli Hulu Kuang”*

🗓️ 19 Oktober 2024 (Sabtu)
⏰ 8.00 Pagi - 4.00 Petang
📍 Kampung Orang Asli Hulu Kuang

Aktiviti Menarik:
- Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah KOA (Belia & Beliawanis)
- Pertandingan Sepak Takraw KOA
- Pertandingan Bola Jaring KOA

Booth Pameran & Kemahiran TVET :
- Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Gombak
- Jelajah Aspirasi TVET (Peluang sambung belajar)

Anjuran Bersama: Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor, Arus Perpaduan (APBM), Kelab Belia Kampung Setia (KBKS), PBSD Gombak, JAKOA Negeri Selangor, AADK Daerah Gombak, Rakan Muda, Aspirasi TVET

_Jangan lupa untuk hadir & memeriahkan lagi suasana program bersama masyarakat Kampung Orang Asli Hulu Kuang_

PROGRAM  KHIDMAT KOMUNITI PARLIMEN BELIA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2024*“Jelajah Kasih Anak Selangor Bersama Ma...
17/10/2024

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI PARLIMEN BELIA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2024

*“Jelajah Kasih Anak Selangor Bersama Masyarakat Orang Asli Hulu Kuang”*

🗓️ 19 Oktober 2024 (Sabtu)
⏰ 8.00 Pagi - 4.00 Petang
📍 Kampung Orang Asli Hulu Kuang

Aktiviti Menarik:
- Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah KOA (Belia & Beliawanis)
- Pertandingan Sepak Takraw KOA
- Pertandingan Bola Jaring KOA

Booth Pameran & Kemahiran TVET :
- Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Gombak
- Jelajah Aspirasi TVET (Peluang sambung belajar)

Anjuran Bersama: Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor, Arus Perpaduan (APBM), Kelab Belia Kampung Setia (KBKS), PBSD Gombak, JAKOA Negeri Selangor, AADK Daerah Gombak, Rakan Muda, Aspirasi TVET

_Jangan lupa untuk hadir & memeriahkan lagi suasana program bersama masyarakat Kampung Orang Asli Hulu Kuang_

**MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA DAERAH KLANG 2024** Ahli Parlimen Belia Malaysia yang terdiri daripada Sdr. Akmal, Naj...
31/07/2024

**MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA DAERAH KLANG 2024**

Ahli Parlimen Belia Malaysia yang terdiri daripada Sdr. Akmal, Najeeh serta Sdri. Sarah dan Theiviya menghadiri Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Klang Tahun 2024 pada 31 Julai 2024 yang berlangsung di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

Majlis ini dipengerusikan oleh Encik Mohd Muzahir Bin Marhani Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Klang dan dirasmikan oleh Tuan Abdul Razak Bin Maksud Ketua Penolong Pegawai Daerah Pejabat/Tanah Klang.

Sebanyak 4 usul telah dikemukakan dan menerima maklum balas daripada agensi yang berkenaan manakala 2 usul lagi akan dibawa ke peringkat negeri. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam mengemukakan idea dan cadangan untuk pembangunan belia khususnya di Negeri Selangor.



𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗔𝗟 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛 | 𝟭 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗥𝗔𝗠 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛 / 𝟳 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟰𝗠 “𝑫𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒉𝒊𝒋𝒓𝒂𝒉 𝒊𝒕𝒖 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒔𝒂𝒍𝒂...
07/07/2024

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗔𝗟 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛 | 𝟭 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗥𝗔𝗠 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛 / 𝟳 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟰𝗠

“𝑫𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒉𝒊𝒋𝒓𝒂𝒉 𝒊𝒕𝒖 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒅𝒐𝒔𝒂”
- 𝑯𝒂𝒅𝒊𝒔 𝒓𝒊𝒘𝒂𝒚𝒂𝒕 𝑰𝒃𝒏 𝑴𝒂𝒋𝒂𝒉

Marilah kita sambut tahun baru Hijrah ini dengan berhijrah menuju kebaikan. Jadikan tahun baharu ini lebih baik dari tahun yang lalu.

Salam Maal Hijrah 1446,
ikhlas daripada Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Selangor.

“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”


APBM SELANGOR BERSOLIDARITI BERSAMA SELANGOR FC. Merujuk kepada titah DYMM Sultan Selangor di dalam Kenyataan Akhbar Bag...
28/06/2024

APBM SELANGOR BERSOLIDARITI BERSAMA SELANGOR FC.

Merujuk kepada titah DYMM Sultan Selangor di dalam Kenyataan Akhbar Baginda bertarikh 26 Jun 2024, kami Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Selangor menjunjung kasih titah tuanku dan bersolidariti dengan seluruh rakyat Selangor mengecam tindakan Malaysian Football League (MFL) yang telah mengenakan hukuman yang sangat berat terhadap pasukan Selangor FA.

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk bersikap adil ke atas kesemua 14 pasukan yang bertanding di dalam Liga Super, MFL seolah-olah dilihat tidak mengambil serius tentang insiden jenayah yang telah ditimpa pemain bola sepak Negara & Selangor iaitu Saudara Faisal Halim pada 5 Mei lepas.

Keputusan Selangor FA untuk tidak hadir sewaktu perlawanan Piala Sumbangsih telah diputuskan awal setelah mengambil kira faktor keselamatan para pemain dan selaras dengan itu, kami APBM Negeri Selangor mengambil pendirian bahawa amatlah tidak wajar untuk Selangor FA dihukum atas keutamaan mereka terhadap situasi luar jangka yang berlaku kepada pemain Selangor FA dan nescaya ianya amat memberi impak besar kepada pasukan malah kepada seluruh Rakyat Selangor.

Kami mengambil maklum bahawa MFL telahpun membuat pusingan “u-turn” dengan mengurangkan hukuman yang telah dikenakan kepada Selangor FA dan menarik balik beberapa hukuman lain. Namun, keputusan terbaru itu juga agak tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.

Dalam masa yang sama, kami juga ingin mengucapkan terima kasih & tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh YAB Dato’ Amirudin Shari atas langkah proaktif beliau dalam mengumpulkan dana untuk membayar denda yang telah diberikan kepada Selangor FA.

Justeru, tatkala masyarakat dunia kini memberikan penekanan yang sangat tinggi kepada kesihatan mental dan emosi, janganlah MFL turut ketinggalan dalam soal ini dan lebih mementingkan keuntungan dan pendapatan semata-mata. Jangan dianak tirikan pemain-pemain bola sepak negara kita. Tanpa mereka, binasalah sukan keramat ini.

Anak Selangor Untuk Selangor.

Aidil Adha mengajarkan kita tentang pengorbanan yang mendalam. Seperti kisah Nabi Ibrahim yang bersedia mengorbankan put...
17/06/2024

Aidil Adha mengajarkan kita tentang pengorbanan yang mendalam. Seperti kisah Nabi Ibrahim yang bersedia mengorbankan putranya sebagai bukti kesetiaan kepada Allah SWT.

Salam Aidil Adha bagi seluruh muslimin dan muslimat. Semoga di Hari Raya Aidil Adha ini, kita dapat mengambil iktibar dari pengorbanan dan kesyukuran, serta mempererat silaturahim dalam menghormati nilai-nilai ketakwaan dan kebersamaan.

Ikhlas daripada,
Ahli Parlimen Belia Selangor

Aidil Fitri adalah bulan kegembiraan, di mana kita bersama-sama merayakan kemenangan setelah berpuasa sebulan penuh. Nam...
17/06/2024

Aidil Fitri adalah bulan kegembiraan, di mana kita bersama-sama merayakan kemenangan setelah berpuasa sebulan penuh.

Namun, di balik kegembiraan itu, Aidil Adha mengajarkan kita tentang pengorbanan yang mendalam. Seperti kisah Nabi Ibrahim yang bersedia mengorbankan putranya sebagai bukti kesetiaan kepada Allah SWT.

Salam Aidil Adha bagi seluruh muslimin dan muslimat. Semoga di Hari Raya Aidil Adha ini, kita dapat mengambil iktibar dari pengorbanan dan kesyukuran, serta mempererat silaturahim dalam menghormati nilai-nilai ketakwaan dan kebersamaan.

Ikhlas daripada;
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Selangor

Dirgahayu Tuanku!Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Selangor dengan tulus, merafak sembah, merakamkan penghargaan dan u...
03/06/2024

Dirgahayu Tuanku!

Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Selangor dengan tulus, merafak sembah, merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi pada Isnin, 3 Jun 2024 bersamaan dengan 25 Zulkaedah 1445H.

Kami, Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Selangor dengan sepenuh penghormatan mendoakan agar pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan, dilanjutkan usia dan sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Insya-Allah.

Daulat Tuanku!

Selamat bersidang kepada semua 56 perwakilan ADN Muda Selangor 2024. Ayuh manfaatkan persidangan ini sebagai medan dan r...
27/05/2024

Selamat bersidang kepada semua 56 perwakilan ADN Muda Selangor 2024.

Ayuh manfaatkan persidangan ini sebagai medan dan ruang bagi berkongsi pandangan dan idea bernas demi memperkukuhkan pembangunan belia di negeri Selangor.

Semoga segala idea dan usul yang dibahaskan mampu mencipta masa depan Selangor yang lebih baik.

Selamat Hari Belia Negara! 🇲🇾✨Pada hari ini, kita menyambut kekuatan, semangat, dan tekad generasi muda, yang merupakan ...
15/05/2024

Selamat Hari Belia Negara! 🇲🇾✨

Pada hari ini, kita menyambut kekuatan, semangat, dan tekad generasi muda, yang merupakan tiang utama masa depan negara. Golongan belia adalah aset yang amat berharga bagi negara, sebagai pemimpin masa depan, pencetus inovasi, dan agen perubahan!

Dengan gagasan-gagasan baru, tenaga yang mengagumkan, dan semangat yang berkobar, generasi muda mampu membentuk Malaysia menjadi tempat yang lebih baik. Tanggungjawab yang besar terletak pada bahu kita untuk mencapai kemajuan yang lebih cemerlang dan masa depan yang lebih cerah . Yakin Boleh !

Address

Kampung Orang Asli Kuang,
Rawang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arus Perpaduan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share