Penggerak - Persatuan Penggerak Ekonomi Mukmin

Penggerak  - Persatuan Penggerak Ekonomi  Mukmin Penggerak Terus Bergerak

Ziarah Kaseh 🤍Alhamdulillah, berkesempatan menziarahi Rumah Orang-Orang Tua Tahfiz Darul Muttaqmin Bumi Hijau.Pertemuan ...
25/03/2026

Ziarah Kaseh 🤍

Alhamdulillah, berkesempatan menziarahi Rumah Orang-Orang Tua Tahfiz Darul Muttaqmin Bumi Hijau.

Pertemuan yang penuh makna… melihat senyuman mereka walau diuji usia dan kesihatan, cukup memberi keinsafan dan menyentuh hati.

Semoga setiap langkah kecil kita ini menjadi asbab kebahagiaan buat mereka dan ganjaran berpanjangan di sisi Allah.

Marilah kita sama-sama terus menyantuni dan menghargai insan-insan yang pernah berjasa dalam kehidupan ini. 🤲✨

PENGGERAK Ziarah Kaseh 🤍Hari ini kami menziarahi rumah Puan Naemah Ismail di Kg Melayu Sri Kundang, Rawang.Apa yang kami...
18/03/2026

PENGGERAK Ziarah Kaseh 🤍

Hari ini kami menziarahi rumah Puan Naemah Ismail di Kg Melayu Sri Kundang, Rawang.

Apa yang kami lihat benar-benar menyentuh hati… keadaan rumah yang sangat daif, atap rosak akibat ribut dan mengalami kebocoran. Ya Allah… dalam diam, masih ada saudara kita yang hidup dalam keadaan sebegini.

Tujuan perkongsian video ini bukan untuk membuka aib, tetapi sebagai satu kesedaran buat kita semua bahawa masih ada yang memerlukan perhatian dan bantuan kita.

📍 Alamat:
No 140C, Kg Melayu Sri Kundang
48050 Rawang

Kami dimaklumkan Puan Naemah tidak mempunyai telefon untuk dihubungi.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, boleh terus ke alamat tersebut.

Semoga sedikit usaha kita menjadi asbab kebaikan dan meringankan beban beliau. 🤲✨



Highlight ⊕

18/03/2026

PROGRAM RAMADHAN PENGGERAK
ZIARAH KASEH

Ziarah pertama PENGGERAK ke Teratak Che Dah Blok E, Kg Melayu Sri Kundang.

Menyantuni rumah asnaf dan anak yatim dalam usaha berkongsi rezeki serta menyebarkan kasih sayang sempena bulan Ramadan yang mulia.

Semoga setiap langkah ziarah ini menjadi asbab keberkatan, mengeratkan ukhuwah dan membawa kegembiraan kepada mereka yang disantuni. 🤍

Terima kasih Adila Bahari bersama Penggerak..



/anakyatim
fans

PROGRAM RAMADHAN PENGGERAKZIARAH KASEHZiarah pertama PENGGERAK ke Teratak Che Dah Blok E, Kg Melayu Sri Kundang.Menyantu...
18/03/2026

PROGRAM RAMADHAN PENGGERAK
ZIARAH KASEH

Ziarah pertama PENGGERAK ke Teratak Che Dah Blok E, Kg Melayu Sri Kundang.

Menyantuni rumah asnaf dan anak yatim dalam usaha berkongsi rezeki serta menyebarkan kasih sayang sempena bulan Ramadan yang mulia.

Semoga setiap langkah ziarah ini menjadi asbab keberkatan, mengeratkan ukhuwah dan membawa kegembiraan kepada mereka yang disantuni. 🤍

Terima kasih Adila Bahari bersama Penggerak..



/anakyatim

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir serta bersama-sama menjayakan program ini.Komitmen,...
16/03/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir serta bersama-sama menjayakan program ini.

Komitmen, kerjasama dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan amat bermakna dalam memastikan program berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan.

Semoga segala usaha dan sumbangan ini dibalas dengan kebaikan serta menjadi amal yang diberkati. 🤍


PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK Program Bubur Lambuk dan Sumbangan Budi ini di anjur oleh PENGGERAK bersama Penduduk Maplewoo...
15/03/2026

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK

Program Bubur Lambuk dan Sumbangan Budi ini di anjur oleh PENGGERAK bersama Penduduk Maplewood.

Tarikh : 14 Mac 2026 (Sabtu)
Masa. : 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Di Pekarangan Blok Maplewood

Program gotong-royong dan agihan bubur lambuk ini sebagai tanda kebersamaan dan Sumbang Budi kepada komuniti setempat.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab ukhuwah yang lebih erat dan keberkatan buat semua 🤍

Turut hadir memeriahkan suasana
Dato' Hasnal Rezua Merican
Puan Salasiah Desa



10/03/2026

PROGRAM RAMADHAN ZIARAH RUMAH PENYAYANG DARUL ILMI

Tarikh : 10032026(Selasa)
Masa. : 10am
Tempat : Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak.

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Ziarah ke Rumah Penyayang Darul Ilmi.

Program ini dianjurkan bersama oleh Pertubuhan Mercu Insan dan Persatuan PENGGERAK Ekonomi Mukmin BTP sebagai tanda kasih, keprihatinan dan sokongan kepada anak-anak yang memerlukan.

Semoga ziarah dan sumbangan kecil ini membawa kegembiraan kepada mereka serta mengeratkan ukhuwah sesama insan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga setiap usaha kecil ini menjadi amal jariah yang berpanjangan. 🤍






fans

Address

Rawang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penggerak - Persatuan Penggerak Ekonomi Mukmin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share