Food Security

Call Directions Website Contact the organization
Ladang 15 UPM Bekal Telur SegarSetiap pagi, lebih 1,000 biji telur segar dikutip dari Ladang 15, Fakulti Pertanian UPM h...
27/08/2025

Ladang 15 UPM Bekal Telur Segar

Setiap pagi, lebih 1,000 biji telur segar dikutip dari Ladang 15, Fakulti Pertanian UPM hasil ternakan ayam baka HISEX Brown yang terkenal produktif serta jinak. Projek ini dikendalikan oleh Pembantu Veterinar, Mior Mohd Nizam bersama pasukan, bukan sekadar untuk pembelajaran pelajar tetapi juga memenuhi keperluan komuniti kampus.

Kesihatan dan keselesaan ayam dijaga rapi melalui kebersihan reban serta pemantauan berterusan. Proses penggredan telur dijalankan setiap pagi mengikut piawaian pasaran (AAA,AA, A, B, C, D), manakala telur retak dimanfaatkan sebagai makanan ternakan ruminan dan menyokong amalan kelestarian.

Setiap pengeluaran dicatat harian dan dianalisis bulanan. Walaupun manual, sistem ini terbukti efisien. Ladang 15 turut merujuk piawaian syarikat besar seperti QL Resources bagi memastikan kualiti produk setara dengan industri.

Telur segar Ladang 15 sentiasa mendapat sambutan dalam kalangan warga UPM dan masyarakat setempat. Harga ditawarkan mengikut gred semasa dengan jaminan penggantian sekiranya ada isu kualiti.

Projek ini membuktikan peranan UPM dalam menyokong kelestarian makanan, memperkukuh komuniti dan melahirkan generasi muda berpengetahuan dalam bidang penternakan.



BMF DAILY | BMF Territory | Proklamasi Perangi Ekonomi Haram | Buy Muslim First - 1 Juta Penyokong BMF | Bmf Station - Community | Food Security | BMF TV | BMF MART | Buy Muslim First - WAKAF ECO | BMF - On The Go | Yayasan BMF | www.FoodSecurity.com | BMF DAILY | 1 JUTA PENYOKONG BMF | I β™₯ MISI | NO RIBA 🚫 | BMF - Jalan Jalan Cari Makan | www.MuafakatRakyat.com

Ikan-ikan bandar raya yang ditangkap di Sungai Skudai dalam program Fish to Feed itu akan diproses sekump**an penyelidik...
18/08/2025

Ikan-ikan bandar raya yang ditangkap di Sungai Skudai dalam program Fish to Feed itu akan diproses sekump**an penyelidik UTM untuk dijadikan makanan ternakan seperti ayam.

πŸ‰ Food Security πŸ‰
www.FoodSecurity.com
BMF - Jalan Jalan Cari Makan

Pahang keluar beras prebiotik, pertama di negara ini sesuai untuk pengidap diabetesTEMERLOH: Pahang muncul sebagai neger...
16/08/2025

Pahang keluar beras prebiotik, pertama di negara ini sesuai untuk pengidap diabetes

TEMERLOH: Pahang muncul sebagai negeri pertama mengeluarkan beras prebiotik di negara ini menerusi produk dikenali sebagai Beras Pahang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keistimewaan Beras Pahang ialah kandungan gulanya yang rendah dan sesuai untuk penghidap diabetes, selain diperkaya dengan prebiotik yang baik untuk kesihatan usus serta sistem penghadaman.

"Beras ini sudah berada di pasaran namun dalam jumlah terhad. Buat masa ini, kita utamakan jualan di Pahang sebelum diedarkan ke negeri lain," katanya selepas merasmikan Mini MAHA Pahang 2025 di Dataran Temerloh, hari ini.

Difahamkan, beras yang ditanam di jelapang padi Ganchong, Pekan, itu lebih enak, wangi dan lembut dengan nutrisi semula jadi, selain dijual pada harga RM8 sekilogram sepanjang Mini MAHA Pahang 2025.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, program Mini MAHA Pahang yang pertama kali dianjurkan itu menerima sambutan menggalakkan dengan lebih 80,000 pengunjung, dan akan diteruskan di lokasi berbeza setiap tahun.

Mengulas prestasi sektor pertanian negeri, beliau memaklumkan berdasarkan Laporan Interim Banci Pertanian Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Pahang kini penyumbang kedua terbesar sektor pertanian negara selepas Johor dengan nilai jualan mencecah RM25.12 bilion.

"Daripada jumlah itu, 88 peratus disumbang subsektor tanaman. Kelapa sawit mencatatkan nilai tertinggi iaitu RM14.18 bilion, manakala sayur-sayuran dari Cameron Highlands menyumbang RM3.6 bilion.

"Durian Musang King p**a mencatatkan nilai RM2.42 bilion dan pengeluaran susu segar sebanyak 9.05 juta liter bernilai RM47.25 juta menjadikan Pahang pengeluar tertinggi di Malaysia," katanya.

Beliau berkata Negeri Pahang turut menerajui industri ternakan bernilai tinggi seperti lembu wagyu, sekali gus mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai pengeluar ternakan premium negara.

– BERNAMA

Food Security
www.FoodSecurity.com
BMF - Jalan Jalan Cari Makan

⚠️ EXTRA JOSS BUKAN UNTUK KANAK-KANAKTubuh kecil, jantung masih berkembang, sistem saraf masih membina kekuatan itulah r...
14/08/2025

⚠️ EXTRA JOSS BUKAN UNTUK KANAK-KANAK

Tubuh kecil, jantung masih berkembang, sistem saraf masih membina kekuatan itulah realiti kanak-kanak. Tetapi bayangkan semua itu dipaksa bekerja lebih laju kerana satu minuman tenaga. Hanya satu sachet sudah cukup untuk mengganggu degupan jantung, merosakkan tidur, dan menjejaskan tumpuan mereka di sekolah.

Sebenarnya, belakang sachet Extra Joss, amaran ini jelas tertulis: Tidak disyorkan untuk kanak-kanak, wanita hamil atau ibu menyusu, dan individu yang mempunyai tekanan darah tinggi. Ini bukan hiasan pada bungkusan ia pengakuan bahawa kandungannya boleh membawa mudarat.

Setiap sachet mengandungi kira-kira 50mg kafein, bersama gula tambahan dan pemanis tiruan,

Kafein memberi tenaga segera, tetapi kesannya kepada kanak-kanak berisiko tinggi, degupan jantung tidak teratur, tekanan darah meningkat, tidur terganggu, keresahan, sakit perut, kerosakan gigi, obesiti, dan ketagihan kafein sejak usia muda.

Kanak-kanak tidak perlukan tenaga dari serbuk segera. Mereka perlukan tidur yang cukup, pemakanan seimbang, dan air kosong untuk kekal cergas.

Ibu bapa, guru, dan peniaga hentikan penjualan dan pemberian Extra Joss kepada kanak-kanak.

BMF DAILY | BMF Territory | Proklamasi Perangi Ekonomi Haram | Buy Muslim First - 1 Juta Penyokong BMF | Bmf Station - Community | Food Security | BMF TV | BMF MART | Buy Muslim First - WAKAF ECO | BMF - On The Go | Yayasan BMF | www.FoodSecurity.com | BMF DAILY | 1 JUTA PENYOKONG BMF | I β™₯ MISI | NO RIBA 🚫 | BMF - Jalan Jalan Cari Makan

13/08/2025

Pernah fikir tak macam mana telur yang dijual kat pasaran tu sama ada sama atau tak dengan apa yang peniaga cakap. Meh la kejap g periksa.



BMF DAILY | BMF Territory | Proklamasi Perangi Ekonomi Haram | Buy Muslim First - 1 Juta Penyokong BMF | Bmf Station - Community | Food Security | BMF TV | BMF MART | Buy Muslim First - WAKAF ECO | BMF - On The Go | Yayasan BMF | www.FoodSecurity.com | BMF DAILY | 1 JUTA PENYOKONG BMF | I β™₯ MISI | NO RIBA 🚫 | BMF - Jalan Jalan Cari Makan

Minuman Yang Merosakkan Tulang Anda Secara SenyapPernah terfikir kenapa tulang semakin rapuh walaupun anda minum susu se...
08/08/2025

Minuman Yang Merosakkan Tulang Anda Secara Senyap

Pernah terfikir kenapa tulang semakin rapuh walaupun anda minum susu setiap hari? Ternyata ada beberapa minuman harian yang menjadi "pembunuh senyap" kekuatan tulang anda tanpa disedari.

Minuman berkarbonat adalah musuh utama tulang sihat. Asid fosforik dalam minuman bergas ini mengganggu penyerapan kalsium dan secara perlahan melarutkan mineral penting dari tulang anda tahun demi tahun.

Kopi yang kita sukai juga menyumbang kepada masalah ini. Kafein berlebihan meningkatkan pembuangan kalsium melalui air kencing. Minum lebih dari 3 cawan sehari boleh mengurangkan ketumpatan tulang secara signifikan.

Alkohol adalah perompak kalsium paling bahaya. Ia bukan sekadar mengganggu penyerapan kalsium, malah merosakkan sel pembina tulang secara langsung. Semakin kerap diminum, semakin cepat osteoporosis menyerang.

Minuman tenaga yang pop**ar di kalangan muda juga menyimpan bahaya. Gabungan kafein tinggi dan gula berlebihan mencipta persekitaran asid dalam badan yang memaksa tubuh mengorbankan kalsium dari tulang untuk meneutralkannya.

Teh pekat yang dianggap sihat juga ada risikonya. Kandungan oksalat yang tinggi dalam beberapa jenis teh boleh mengikat kalsium dan menghalang penyerapannya dalam usus.

Minuman berasaskan soya tanpa fortifikasi kalsium juga perlu diawasi. Asid fitik dalam soya boleh mengganggu penyerapan mineral penting jika diambil berlebihan tanpa kawalan.

Minuman manis bergula adalah ancaman tersembunyi. Gula berlebihan mencetuskan keradangan kronik yang mengganggu proses pembinaan tulang yang sihat.

Minuman isotonik yang sering dianggap sihat untuk sukan sebenarnya mengandungi natrium tinggi. Natrium berlebihan menyebabkan tubuh membuang lebih banyak kalsium melalui buah pinggang.

Minuman berperisa buah dalam kotak juga tidak terkecuali. Selain gula tinggi, pengawet kimia dalam minuman ini boleh mengganggu keseimbangan mineral tulang dalam jangka panjang.

Susu coklat atau strawberi yang diproses sering kehilangan banyak khasiat asalnya. Gula tambahan dalam minuman ini mengatasi manfaat kalsium yang sepatutnya diperoleh.

Minuman diet atau rendah kalori pun bukan penyelesaian. Pemanis buatan dalam minuman ini boleh mengganggu mikrobioma usus yang penting untuk penyerapan kalsium.

Minuman berasaskan bijirin yang diproses juga kurang baik. Proses penapisan menghilangkan banyak mineral semula jadi yang penting untuk kesihatan tulang.

Jus buah pekat yang dijual di kedai sering ditambah gula. Gabungan fruktosa tinggi dan asid buah boleh mengganggu metabolisme kalsium dalam tubuh.

Minuman berasaskan krim yang kaya dengan fosfat tiruan juga berisiko. Fosfat berlebihan akan mengganggu nisbah kalsium-fosforus yang seimbang dalam tulang.

Air berklorin berlebihan dari paip juga perlu dipertimbangkan. Klorin tinggi boleh mengganggu keseimbangan mineral dalam tubuh jika diambil secara berterusan.

Minuman panas dalam cawan styrofoam adalah gabungan bahaya. Selain kandungan dalam minuman itu sendiri, bahan kimia dari pembungkus boleh mengganggu hormon yang mengawal metabolisme tulang.

Minuman berperisa vanila atau karamel buatan sering mengandungi fosfat tambahan. Bahan ini akan bersaing dengan kalsium untuk diserap oleh tubuh.

Penyelesaiannya bukan dengan berhenti@ minum terus, tetapi dengan mengambil secara sederhana. Sentiasa imbangi dengan makanan kaya kalsium dan vitamin D untuk melindungi tulang.

Tulang yang kuat dibina melalui pilihan harian yang bijak. Mulai hari ini, lebih peka dengan apa yang diminum kerana kesihatan tulang menentukan kualiti hidup anda di masa depan.

Jadi, sudah tiba masanya untuk menilai semula tabiat minum anda? Pilihan di tangan anda sama ada mahu memiliki tulang kuat atau terus meruntuhkannya sedikit demi sedikit.

🚨 Food Security 🚨
www.FoodSecurity.com

28/07/2025

Dia menggunakan simen putih supaya sayur kelihatan lebih segar san tahan lama..

BMF DAILY | Proklamasi Perangi Ekonomi Haram | Buy Muslim First - 1 Juta Penyokong BMF | BMF Territory | BMF TV | BMF MART

🚨 Food Security 🚨
www.FoodSecurity.com

πŸ”₯ 2 Hari Kursus Penuh Ilmu!Jom sertai Kursus Asas Ternakan Ikan dalam Sistem Bioflok & Penghasilan Makanan Ikan anjuran ...
21/07/2025

πŸ”₯ 2 Hari Kursus Penuh Ilmu!
Jom sertai Kursus Asas Ternakan Ikan dalam Sistem Bioflok & Penghasilan Makanan Ikan anjuran ARC bersama pakar industri dan akademik!

πŸ“… 26 & 27 Julai 2025
πŸ“ Ladang ARC, Bestari Jaya
πŸ’Έ Yuran: RM100 sahaja
πŸŽ“ Tenaga Pengajar: Prof Dr Sharr Azni, Dr Intan Faraha, Mohd Hafiz Nordin

πŸ“Œ Terbuka kepada semua β€” penternak baru, pelajar, usahawan & sesiapa yang nak belajar asas sistem bioflok dan formulasi makanan ikan.

βœ… Tempat TERHAD!
πŸ“² Daftar sekarang: [imbas QR di poster]

🐟 Food Security 🐟
www.FoodSecurity.com
Proklamasi Perangi Ekonomi Haram

Pesawah muda, Mohd. Izuan Zainal Abidin dari Tanjong Karang tidak pernah jemu berbakti kepada tanah sejak lebih sedekad ...
24/06/2025

Pesawah muda, Mohd. Izuan Zainal Abidin dari Tanjong Karang tidak pernah jemu berbakti kepada tanah sejak lebih sedekad lalu demi kelangsungan keterjaminan makanan negara.

πŸ‰ Food Security πŸ‰
www.FoodSecurity.com

Address

Jalan RP5, Taman Rawang Perdana
Rawang
48000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Food Security posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Food Security:

Shortcuts

Share