BMF DAILY

16/11/2025

Semangat modal RM200

Kuala Kangsar: Usianya baru 23 tahun, namun kecekalan dan semangat juang Noor Amyra Zulkefli menjadikan dirinya antara usahawan muda desa yang berjaya mengembangkan perniagaan keluarga hingga dikenali ke seluruh negara.

Anak kelahiran Kampung Labu Kubong, Lubok Merbau itu kini menguruskan ABZ D Dusun Enterprise, perusahaan rempeyek tradisional hasil air tangan ibunya, Maniza Ahmad, 51, yang mula beroperasi di dapur rumah ketika pandemik Covid-19 melanda negara.

Menurut Amyra, idea memulakan perniagaan rempeyek tercetus apabila ibunya yang juga jurulatih tari di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) tidak dapat keluar mengajar ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Waktu itu mama cuma ada modal permulaan RM200, hasil bantuan seorang rakan.



Install app Misi

📲 https://misirakyat.com/?reg=bmfstation 🛵

🛵🛵 I ♥ MISI 🛵🛵
BMF DAILY BMF DAILY
1 JUTA PENYOKONG BMF
Buy Muslim First - 1 Juta Penyokong BMF

Media Empire Community | MEDIA EMPIRE COMMUNITY

BUKTI KELANTAN MAJU !! Ambo baca saknih dalam Sinar Harian seorang anak jati Bachok, Paizol Akman Awang, 52, berjaya mem...
15/09/2025

BUKTI KELANTAN MAJU !! Ambo baca saknih dalam Sinar Harian seorang anak jati Bachok, Paizol Akman Awang, 52, berjaya membuka ladang ternakan lembu Wagyu pertama di Kelantan yang dinamakan Ladang Kelfarm, bermula sebagai hobi pada 2022 dengan modal RM1.7 juta membeli baka dari Thailand dan kini berkembang kepada 120 ekor lembu di lima lokasi termasuk tapak utama di Seribong. Dengan sokongan KPKM dan UPEN yang membantu membina kandang bernilai RM1 juta di tanah seluas 5.3 hektar, projek ini membuka lebih 30 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Walaupun berdepan cabaran kos makanan tinggi dan penjagaan seekor lembu mencecah RM15000 dalam tempoh 30 bulan, potensi p**angan boleh mencecah RM50000 seekor, menjadikannya satu usaha berimpak tinggi untuk ekonomi negeri serta inspirasi kepada generasi muda Negeri Kelantan.

BMF DAILY | BMF Territory | Proklamasi Perangi Ekonomi Haram | Buy Muslim First - 1 Juta Penyokong BMF | Bmf Station - Community | Food Security | BMF TV | BMF MART | Buy Muslim First - WAKAF ECO | BMF - On The Go | Yayasan BMF | www.FoodSecurity.com | BMF DAILY | 1 JUTA PENYOKONG BMF | I ♥ MISI | NO RIBA 🚫 | BMF - Jalan Jalan Cari Makan | www.MuafakatRakyat.com | BMF - Destinasi Percutian Anda

Bantuan SARA jadi modal buat kek, mahasiswi untung ratusan ringgitSHAH ALAM – Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berni...
15/09/2025

Bantuan SARA jadi modal buat kek, mahasiswi untung ratusan ringgit

SHAH ALAM – Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100 dimanfaatkan seorang mahasiswi sebagai modal perniagaan kecilnya ketika cuti semester dengan membeli bahan asas untuk membuat kek batik indulgence.

Menurut ibunya, Farrah Heeda Abd Ghaffar, 47, anak keduanya, Azreeqa Adzreen Mohd Kamanorhisham, 22, tidak pernah duduk diam ketika cuti panjang dan sering mencari pengalaman di bakeri atau menerima tempahan daripada kenalan.

“Ika, pelajar Diploma Pastri dan Bakeri di Food Institute of Malaysia, Petaling Jaya, sudah lama membuat kek batik dan tiramisu secara kecil-kecilan setiap kali cuti belajar.

“Kebiasaannya, kalau cuti panjang dia memilih bekerja di bakeri, manakala jika cuti singkat dia membuat pencuci mulut (dessert) sendiri. Kali ini, dia mahu mencuba resipi indulgence dan menggunakan duit SARA untuk membeli bahan asas seperti Milo, biskut Marie dan susu,” katanya kepada Sinar Harian.

Farrah Heeda berkata, kos lain seperti bekas kek dan coklat ditambah sendiri olehnya bagi menyokong usaha anak perempuannya itu.

“Hasilnya, dia dapat menghasilkan sekitar 90 bekas kek batik indulgence. Semuanya habis dijual dengan harga RM10 sebekas dan dia memperoleh p**angan kira-kira RM350,” ujarnya.

Selain kek batik, katanya, Ika juga mengambil tempahan brownies dan tiramisu secara kecil-kecilan, semuanya dibuat di rumah dengan jadual fleksibel sepanjang cuti semester yang bermula Ogos hingga Disember ini.

Farrah Heeda berkata, sambutan pelanggan amat menggalakkan sehingga anaknya turut menerima tempahan brownies istimewa untuk cucu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas kisah itu dikongsi di media sosial, permintaan terhadap produknya meningkat dan ada pihak tampil menyumbang chiller atau peti sejuk komersial bagi membantu urusan penyimpanan.

Menurut Farrah Heeda, anaknya berhasrat membuka kafe sendiri suatu hari nanti, dan perniagaan kecil ini menjadi latihan awal untuk mencapai cita-cita tersebut.

“Bagi saya, kisah ini menunjukkan walaupun jumlah bantuan tidak besar, jika pandai digunakan ia boleh menjadi modal berguna untuk anak muda terus berniaga dan berdikari,” jelasnya.

BMF DAILY | BMF Territory | Proklamasi Perangi Ekonomi Haram | Buy Muslim First - 1 Juta Penyokong BMF | Bmf Station - Community | Food Security | BMF TV | BMF MART | Buy Muslim First - WAKAF ECO | BMF - On The Go | Yayasan BMF | www.FoodSecurity.com | BMF DAILY | 1 JUTA PENYOKONG BMF | I ♥ MISI | NO RIBA 🚫 | BMF - Jalan Jalan Cari Makan | www.MuafakatRakyat.com | BMF - Destinasi Percutian Anda

Asbab Mamat nilah yg telah mengubah pikiran dan tindakan Ibu Azzah untuk jadi seorang usahawan ibu sambal.Segalanya berm...
10/08/2025

Asbab Mamat nilah yg telah mengubah pikiran dan tindakan Ibu Azzah untuk jadi seorang usahawan ibu sambal.

Segalanya bermula bila ibu terpilih sebagai mentee pada Khairul Aming dalam program Tik Tok Creator Idol pada bulan Febuari 2025 tahun ini.

Dua hari selepas balik, ibu terus nekad nak jual ibu sambal.

Dua minggu selepas tu, ibu dah berjaya keluarkan produk ibu sambal. Dan terus jual dalam tiktok.

Bulan 3 jualan sambal cecah hampir 20ribu ringgit.

Bulan 4 ibu mula cari kilang.

Bulan 5, ibu berjaya ada kilang, dan bawa masuk mesin, dan juga manager bahagian operation juga pengurusan. Alhamdulillah tanpa buat pinjaman, mula bisnes tanpa hutang.

Bulan 6, ibu dah mula menjual di platform tiktok beg kuning.

Bulan 7 ibu dah capai jualan puluh ribu sebulan.

Bulan 8. Sudah terjual hampir 4 ribu paket sambal.

Alhamdulillah. Sungguh tak sangka perjalanan bisnes sambal dah sampai ke tahap ini.

Segalanya bermula dari satu keputusan.

Malam ni, melihat dan duduk dalam live Khairul Aming, meremang. Gila. Sebak. Ya, beliau memang layak sebab beliau berusaha keras.

Dan KA ni memang bijak orangnya. Rasa bertuah dapat tempias aura duduk semeja dengan orang hebat ni. Dapat sedut sedikit ilmu beliau pun dah cukup bersemangat.

Doakan ibu agar dapat melangkah gagah juga dalam bisnes pes makanan dan sambal. Juga ibu doakan kita semua berjaya dalam apa sahaja bidang yg kita ceburi.

Ibu masih seorang cikgu masak dengan 100 modul masakan online cuma kini melangkah ke bisnes baru bersama anak2 iaitu sambal dan pes makanan.

Terimakasih buat semua student dan followers yg sentiasa support ibu.

Terimakasih buat semua team yg percaya, yakin dan sudi terbang gapai impian bersama.

Terimakasih pada insan2 yg Allah hadirkan banyak bantu ibu dari awal perjalanan ni. U know who u are.

Terimakasih buat family ibu terutama mak yg sentiasa jd idola, suami yg always faham dan sokong dan anak2 penyebab ibu bekerja keras.

Moga setiap langkahku ada redha dan berkah. 🥹💪🔥

BMF DAILY | BMF Territory | Proklamasi Perangi Ekonomi Haram | Buy Muslim First - 1 Juta Penyokong BMF | Bmf Station - Community | Food Security | BMF TV | BMF MART | Buy Muslim First - WAKAF ECO | BMF - On The Go | Yayasan BMF | www.FoodSecurity.com | BMF DAILY | 1 JUTA PENYOKONG BMF | I ♥ MISI | NO RIBA 🚫 | BMF - Jalan Jalan Cari Makan

09/08/2025

Kalau korang ada plan nak mula berniaga, video ni untuk korang. Ini steps yang boleh buat untuk hasilkan satu produk lokal bermula dari R&D sehingga ke launching.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tak pernah berhenti support local product kita. Teruskan sokong, sebab ramai lagi peniaga kat luar sana yang baru nak mula and diaorang perlukan support dari kita.





BMF DAILY | BMF Territory | Bmf Station - Community | I ♥ MISI | 1 JUTA PENYOKONG BMF | BMF DAILY | Buy Muslim First - 1 Juta Penyokong BMF | BMF TV | Proklamasi Perangi Ekonomi Haram | Food Security | www.FoodSecurity.com | NO RIBA 🚫 | BMF MART | Yayasan BMF | BMF - On The Go | Buy Muslim First - WAKAF ECO

17/07/2025

Setiap Rider Misi, mereka akan ada sehari dalam setiap minggu dimana Misi belanja mereka setiap job Fare RM7 Minimum yang ditanggung oleh HQ Misi.
Pasif income seumur hidup, kalau beg rosak, HQ belanja beg baru, ada sistem makanan percuma setiap hari melalui sistem vendor belanja Rider, ada sokongan tabung emergency komuniti rider jika ada kemalangan.
Alhamdulillah.. Misi Delivery kini makin menguasai seluruh Perlis sepenuhnya.. dan saya sudah mula aturkan untuk merebak ke negeri yang seterusnya.
Semua pentadbiran kawasan seluruh Malaysia, get ready untuk penyelarasan sebagaimana saya gerakkan di Perlis.. kita restart strategy 🫡

Install App MISI

Klik link 👇
https://misirakyat.com/?reg=bmfstation 🛵

BMF DAILY | Buy Muslim First - 1 Juta Penyokong BMF | BMF Territory | BMF TV | BMF MART | Yayasan BMF | BMF - On The Go | Food Security | Bmf Station - Community | www.FoodSecurity.com | I ♥ MISI

15/07/2025

Media wujud..
Kita tak tanam BMF Territory

BMF DAILY

PERCUMA! Ambil je...Hasil tanaman ni banyak sangat, makan sendiri pun tak terhabis. Sayang kalau dibiar membazir.Saya le...
22/06/2025

PERCUMA! Ambil je...

Hasil tanaman ni banyak sangat, makan sendiri pun tak terhabis. Sayang kalau dibiar membazir.

Saya letak depan rumah, sesiapa yang lalu bolehlah ambil. Tak perlu bayar apa-apa cuma sedekahkan Al-Fatihah buat keluarga saya. Itu pun dah cukup.

Semoga jadi amal, dan rezeki kita semua terus mengalir tanpa putus 🤍

Sumber : Nur Fatin Atfie

I ♥ MISI | BMF DAILY | The Rakyat | BMF TV | BMF DAILY | BMF Territory | Food Security | Muafakat Rakyat | 1 JUTA PENYOKONG BMF | Buy Muslim First - 1 Juta Penyokong BMF | Bmf Station - Community | Definisi Melayu | TANPA PILIH KASIH | www.FoodSecurity.com

15/06/2025
30/04/2025

Syarikat ABC ni, dia keluarkan telur ayam 5.5 juta biji sehari. Subsidi dia dapat ialah RM550,000.00 sehari!

Arwah Haji Samuri. Siapa yang tak kenal dengan nama ini.Usahawan Melayu inilah yang bertanggungjawab mengkomersilkan pro...
14/04/2025

Arwah Haji Samuri. Siapa yang tak kenal dengan nama ini.

Usahawan Melayu inilah yang bertanggungjawab mengkomersilkan produk satay melalui rangkaian restorannya, Satay Kajang Haji Samuri.

Allahyarham Dato' Haji Samuri Haji Zuraimi mula secara serius berniaga sate pada tahun 1993.

Beliau ambilalih kedai sate bapa saudaranya, Haji Tasmin. Modal awalnya adalah 18 ribu ringgit.

Cabaran pertama yang dihadapi adalah bila pelanggan-pelanggan yang datang masih mencari sate arwah Haji Tasmin.

Ada yang terus tinggalkan kedainya sebaik tahu ia bukan lagi kedai Haji Tasmin.

Kena p**a kedudukan kedainya terletak di tengah-tengah Medan Sate Kajang. Ini buatkan ia terpaksa bersaing dengan kedai-kedai sate lain yang telah lama wujud.

Tapi Haji Samuri lihat semua itu dengan positif.

Beliau anggap itu peluang untuk tambahbaik lagi operasi kedai satenya.

Beliau ambil pendekatan proaktif dengan buka kedainya lebih awal.

Ketika kedai-kedai lain hanya dibuka pada pukul 12.00 tengahari, beliau p**a mulakan berniaga pada pukul 9.30 pagi.

Bekalan sate di juga dipastikan cukup kerana pernah pelanggan-pelanggannya yang datang pada waktu malam kecewa kerana satenya habis.

Restoran pertamanya berjaya dibuka di Bangunan Dato' Nazir di bandar Kajang juga.

Kini ia ada 22 cawangan dan juga kilang bernilai 2 juta ringgit.

Selain untuk diguna sendiri, mereka turut bekalkan sate ke hotel, pasaraya, kuah kacang dan hasilkan makanan sejuk beku lain seperti daging burger, popia dan daging kisar.

Al-Fatihah

BMF TV
I ♥ MISI
BMF DAILY
BMF DAILY
BMF Territory
Bmf Station - Community
1 JUTA PENYOKONG BMF
Buy Muslim First - 1 Juta Penyokong BMF

Address

Jalan RP5, Taman Rawang Perdana
Rawang
48000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BMF DAILY posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share