The Rakyat

The Rakyat The Rakyat

01/11/2025

En Abang blom sempat pergi beli cincin..sabor ye cik adik...ermmm..Fahammm

The Rakyat | Jabatan Rakyat | The Rakyat

🚨Pesanan buat semua.Insiden cubaan culik.Hari ini merupakan detik yang sangat mencemaskan apabila anak lelaki saya berum...
30/10/2025

🚨Pesanan buat semua.

Insiden cubaan culik.

Hari ini merupakan detik yang sangat mencemaskan apabila anak lelaki saya berumur 15 tahun cedera di dalam cubaan culik oleh dua lelaki yang tidak dikenali berlaku.

Jam 5.15 petang anak saya telah keluar berjoging dari Sri Alam Condominium ke kawasan luar perumahan menuju ke perpustakaan Raja Tun Uda (RTU) dimana apabila tiba disimpang untuk ke RTU tersebut, anak saya telah dihalang oleh sebuah kereta proton iswara berwarna kelabu oleh dua orang lelaki . Salah seorang lelaki tersebut memakai mask dan topi menutupi mukanya telah mengarahkan anak saya untuk memasuki kereta sambil mengacukan pisau kearahnya.
Apabila anak saya enggan menuruti perintahnya lalu dia telah menyerang anak saya dengan melibas- libas dan menikam anak saya dengan pisaunya.
Anak saya telah cedera di muka dan tangan terkena libasan pisau tersebut tetapi berjaya mempertahankan dirinya dengan membalas serta memukul kembali penyerang tersebut sehingga terjatuh lalu dia terus lari menyelamatkan dirinya menuju ke guard house berdekatan bagi meminta bantuan.

Pihak security guard kemudian menghubungi isteri saya untuk memaklumkn kejadian tersebut.

Walaupun saya dan isteri amat terkejut dengan peristiwa ini tetapi kami amat bersyukur anak kami terselamat dan berjaya melarikan diri dari bahaya tersebut. Alhamdulillah luka yang dialami juga tidak serius dan cuma torehan kecil kesan libasan serangan tersebut.
Laporan polis juga saya buat selepas itu dan berharap agar pihak polis dapat memberkas penyerang yang cuba menculik anak saya.

Saya juga ingin memberikan ingatan kepada semua agar lebih berhati2 ketika berada dikawasan luar perumahan sekitar KGSAAS kerana tidak mustahil penculik tersebut akan kembali utk cuba melakukan perkara yg sama kpd orang lain.

Perkongsian daripada Mahmud Ali Basha.

p/s: Sekarang banyak kes orang hilang berlaku, biarpun kes di atas ini sudah berlalu. Boleh jadikan pengajaran buat semua, untuk lebih mengawasi anak2 di mana mereka pergi.

POLIS DAH ADA PISTOL..NAMUN JENAYAH APA YANG MANUSIA TAK BUAT

The Rakyat | Jabatan Rakyat | The Rakyat

Seorang bapa di Negeri Perak terpaksa hantar tiga anaknya ke rumah anak yatim sebab tak mampu tanggung perbelanjaan mere...
16/10/2025

Seorang bapa di Negeri Perak terpaksa hantar tiga anaknya ke rumah anak yatim sebab tak mampu tanggung perbelanjaan mereka. Suasana jadi sayu bila dia beri nasihat terakhir sambil menahan sebak, pesan pada anak-anak supaya rajin belajar terutama anak lelaki yang bercita-cita nak jadi polis. Katanya, dia akan balik kerja di Kuala Lumpur Daily.

The Rakyat | The Rakyat | Jabatan Rakyat

Negeri Melaka Bila ko sama2 rider..tp bila tgk rider mcm ni kesian..sedih semua ada..jmpa kt persimpangan🚦 semabok area ...
14/10/2025

Negeri Melaka Bila ko sama2 rider..tp bila tgk rider mcm ni kesian..sedih semua ada..jmpa kt persimpangan🚦 semabok area JAKEL..aku tanya dh b*k order x kak?

Dia ckp baru 2..aku ckp kesian kak kt anak2 panas..kt rmh xde org boleh jaga ke?die ckp xde org jaga..aku igtkan 2 org je anak die bwk..rupanya depan ada satu lg..3 org die bwk sekali..

Allahuakbar..aku pn hulur 💵kt akk ni walaupun x b*k..korang org melaka kalau jmpa akk bantu la ape yg patut..ko klu rasa susah tp igt Ade org lg susah kt luar tu..

Sumber: Wan Redz Dar Custom

The Rakyat | The Rakyat | Jabatan Rakyat

26/09/2025

Fly n kick

The Rakyat | The Rakyat

21/09/2025

The Rakyat | The Rakyat 😁🤣😂

Satu Cakaran, Satu Gigitan… Dua Nyawa HilangJulai yang lalu… seorang gadis berusia 22 tahun di Petra Jaya dicakar oleh s...
21/09/2025

Satu Cakaran, Satu Gigitan… Dua Nyawa Hilang

Julai yang lalu… seorang gadis berusia 22 tahun di Petra Jaya dicakar oleh seekor kucing liar. Luka itu cepat kering, dia menyangka semuanya baik-baik saja. Tiada siapa sangka, pada ketika itu virus rabies sudah pun menyusup masuk, diam tanpa tanda.

Minggu-minggu berlalu.

Awal September, tubuhnya mula memberi amaran. Demam tidak kebah, badan semakin lemah, bunyi dan cahaya terasa menyakitkan. Malah menelan air pun perit.

📅 14 September, dia dimasukkan ke hospital.
📅 19 September, degupan terakhirnya terhenti. Gadis muda itu pergi, diragut rabies.

Kes kedua: seorang suri rumah berusia 67 tahun menetap di Taman Desa Wira, Batu Kawa, Kuching. Beliau mula mengalami gejala demam, mual, kurang selera makan, perubahan tingkah laku, sukar berjalan, percakapan kurang jelas serta kesukaran meminum air pada 13 September 2025.

Beliau mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 16 September 2025 dan dimasukkan ke wad, namun disahkan meninggal dunia pada pagi 19 September 2025.

Hasil siasatan mendapati kes kedua mempunyai sejarah digigit anjing terbiar pada 30 Ogos 2025. Pesakit turut memelihara empat (4) ekor haiwan peliharaan yang tidak pernah diberikan vaksinasi antirabies dan bebas bercampur dengan haiwan terbiar.

Seekor anjing peliharaannya menunjukkan gejala rabies dan kemudiannya mati, namun bangkai haiwan tersebut telah dibuang ke sungai.

Kedua-dua nyawa ini menjadi angka terbaharu dalam statistik yang menggerunkan: sejak 2017, Sarawak merekodkan 87 kes rabies manusia, dengan 80 kematian. Hampir tiada peluang selamat bila virus ini sudah menyerang otak.

⚠️ Ingatlah: rabies boleh menular hanya melalui gigitan, cakaran, atau air liur anjing dan kucing.

❤️ Langkah kecil boleh menyelamatkan nyawa:

• Elakkan daripada menyentuh haiwan terbiar.

• Jika digigit atau dicakar, cuci luka 15 minit dengan air & sabun, kemudian segera ke Post-Bite Clinic.

• Vaksinkan anjing dan kucing peliharaan setiap tahun.

Satu cakaran kecil. Satu gigitan. Itulah yang memisahkan antara hidup dan mati. Kerana harga sebuah nyawa… terlalu mahal untuk ditukar dengan sesalan.

The Rakyat | The Rakyat 🐱🐶

21/09/2025

Alhamdulillah … Rekod terbaru PUYUamakkk tercipta

The Rakyat | The Rakyat 💞

Cara mengira ot anda 1.5,2.0 dan 3.0..Kita ambil contoh basic RM2500..Rm2500 kita bahagikan dengan 26hari masa berkerja ...
28/08/2025

Cara mengira ot anda 1.5,2.0 dan 3.0..
Kita ambil contoh basic RM2500..
Rm2500 kita bahagikan dengan 26hari masa berkerja
Rm2500 bahagi 26 = Rm96.15

*HANYA UNTUK GAJI YANG DI BAWAH RM4000

RM96.15 ni la purata gaji anda sehari untuk 26 hari masa berkerja..
RM96.15 kita bahagikan dgn 8jam..
Wajib 8 jam..ini ikut akta buruh..semua company di malaysia wajib ikut 8jam..
Rm96.15 bahagi 8 = Rm12.01

Rm12.01 ni adalah gaji anda sejam..
Dan dsini ada pengiraan point mengikut hari anda berkerja
1.5 - Hari biasa
2.0- Hari cuti anda (biasa ahad)
3.0-Public holiday (bersyarat)

Lets say kita ot hari biasa..kita ot 4jam..

Rm12.01 kali darabkan dengan 1.5 = 18.02

RM18.02 ni adalah kadar kiraan ot anda untuk hari biasa
Dan darabkan dengan jam anda berkerja lebih masa..contoh 4Jam.
Rm18.02 darab 4jam = 72.11

RM72.11 ni la gaji anda berkerja lebih masa pada hari biasa..
Hal yg sama juga kita buat jika kita berkerja pada cuti atau public holiday.

*ada company yang tetapkan kadar bayaran lebih masa berkerja kita tidak mengikut undang2 buruh..itu adalah salah..dan tidak ada pengecualian..sebagai perkerja.jangan lah kita biarkan mereka menganiaya kita..mereka bukan tidak tahu.tapi mereka buat2 tidak tahu..

Undang2 buruh ni sy sdh lama belajar dari 2011 lagi.masa berkerja ,gaji,public holiday yang wajib dan x wajib,cuti sakit,cuti bersalin dll..boleh katakan smua undang2 buruh sdh ada dalam kepala otak sy.jika mereka mahu kita ikut undang2 kerja..suruh mereka ikut undang2 buruh..
SEKIAN DAN TERIMA KASIH

The Rakyat | The Rakyat

Gadis Mangsa Disimbah Cuka Getah Tak Pernah Berdendam Perbuatan Bapa, Jalani Pembedahan HidungNurul Dahyatul tidak perna...
25/08/2025

Gadis Mangsa Disimbah Cuka Getah Tak Pernah Berdendam Perbuatan Bapa, Jalani Pembedahan Hidung

Nurul Dahyatul tidak pernah menyimpan dendam terhadap bapanya. Malah, memaafkan lelaki itu telah menenangkan jiwanya. Ibunya juga tidak pernah mendidik mereka untuk membenci bapa kandung sendiri.
The Rakyat | The Rakyat

Address

Rawang
48000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Rakyat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share