16/08/2026
Saya terpaku lama di hadapan sebuah peti sejuk beku di sebuah supermarket di Faroe Islands.
Di dalamnya tersusun ayam halal jenama Qualiko dari Ukraine.
Saya pernah melihat produk ini di beberapa negara Eropah. Tetapi kali ini perasaan saya lain. Faroe Islands ialah kep**auan terpencil di Atlantik Utara, sekitar dua jam penerbangan dari Copenhagen. Rata-rata masyarakatnya bukan Muslim, tetapi ayam halal dari Ukraine boleh sampai ke sini.
Saya balik dan study tentang Qualiko. Produk mereka kini berada di lebih 80 buah negara.
Syarikat induknya, MHP, mengusahakan kira-kira 370,000 hektar tanah pertanian. Mereka menanam jagung, gandum, bunga matahari, rapeseed dan soya. Makanan ayam p**a dihasilkan di kilang mereka sendiri.
Mereka bukan sekadar menjual ayam. Mereka membina satu sistem lengkap daripada ladang tanaman, makanan ternakan, penternakan, sembelihan halal, pemprosesan, pembungkusan hingga penghantaran ke seluruh dunia.
Di hadapan peti sejuk itu, saya tidak lagi nampak sebungkus ayam beku.
Saya nampak sebuah sistem yang kuat.
Saya terasa begitu kerdil. Kita juga mempunyai ladang sendiri, pembuatan makanan ayam sendiri, pusat sembelihan sendiri dan rangkaian pengedaran sendiri.
Lalu saya berdoa.
“Ya Allah, izinkanlah satu hari nanti produk Ayam Bismi berada di pasar raya di seluruh Malaysia dan seterusnya merentas negara.
Berkatilah usaha kita menghasilkan Ayam Bulat Segar Beku, tanpa hati dan pedal, daripada ladang kita sendiri. Disembelih halal di kilang kita sendiri, diproses ketika segar dan dijual pada harga yang lebih mampu dibeli.
Berikanlah umat Islam lebih banyak pilihan untuk mendapatkan ayam halal yang diyakini sumbernya.”
Saya tidak tahu bila Allah akan memakbulkan doa itu.
Namun di hadapan peti sejuk di Faroe Islands, impian itu terasa semakin jelas.
Qualiko sudah menjadi reality.
Ayam Bismi, insya-Allah, coming soon.
Who Want To Be A Million Mind Community ?
🦅🌾 Negeri Kedah 🌾🦅
www.FoodSecurity.com
Bmf Station - Community | Muafakat Rakyat - 1 Juta UMAT | BMF - Jalan Jalan Cari Makan | BMF - Destinasi Percutian Anda | Proklamasi Perangi Ekonomi Haram | Buy Muslim First - WAKAF ECO | Buy Muslim First - 1 Juta Penyokong BMF | BMF - On The Go | BMF DAILY | BMF Territory | BMF TV | BMF MART | 1 JUTA PENYOKONG BMF | I ♥ MISI | BMF DAILY | Food Security | Yayasan BMF | News Business Economy - Berita Perniagaan Ekonomi | MediaEmpire FM | University Of Medsostology