Jawatankuasa Pemulihan Dadah Jkpd Raub

Jawatankuasa Pemulihan Dadah Jkpd Raub MOH BERSAMA BENTERAS NAJIS DADAH

LAPORAN RINGKAS MESYUARAT JAWATANKUASA PEMULIHAN DADAH DAERAH (JKPD)Tarikh: 21 Januari 2026Masa: 2.30 petangTempat: Seca...
21/01/2026

LAPORAN RINGKAS MESYUARAT JAWATANKUASA PEMULIHAN DADAH DAERAH (JKPD)

Tarikh: 21 Januari 2026
Masa: 2.30 petang
Tempat: Secara dalam talian (Zoom)

Perkara: Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) Bilangan 1 Tahun 2026

Laporan:
Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) Bilangan 1 Tahun 2026 telah diadakan secara dalam talian melibatkan penyertaan wakil-wakil JKPD dari seluruh Malaysia. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai berkaitan serta ahli jawatankuasa dari pelbagai daerah dan negeri.

Daerah Raub telah diwakili sendiri oleh YB Dato’ Haji Aziz bin Mat Kiram, selaku Pengerusi JKPD Daerah Raub. Mesyuarat ini membincangkan beberapa perkara utama berkaitan pelaksanaan program pemulihan dadah, termasuk pembentangan rumusan pakej sukarela kepada penagih dan penyalah guna dadah bagi golongan dewasa dan belum dewasa di PUSPEN, serta penetapan tempoh rawatan mengikut pakej yang telah dicadangkan.

Mesyuarat berjalan dengan lancar dan mencapai persefahaman dalam memperkukuh pelaksanaan program pemulihan dadah secara bersepadu di peringkat daerah dan negeri.

28/06/2025

Seronok bergotong Royong Menyiapkan Program Malam Tadi

Pada petang semalam, satu majlis penghargaan telah diadakan di Masjid Batu Malim, Raub bagi meraikan perpisahan Puan Umy...
28/06/2025

Pada petang semalam, satu majlis penghargaan telah diadakan di Masjid Batu Malim, Raub bagi meraikan perpisahan Puan Umy Naziera, Ketua AADK Daerah Raub, yang bakal menyambung khidmat di negeri Pulau Pinang.

Selama 18 tahun berbakti di Raub, Puan Umy telah menjadi tunjang utama dalam memimpin usaha membanteras penagihan dadah. Hasil usaha gigih bersama pasukan AADK, jumlah penagih dadah berjaya dikurangkan daripada lebih 700 orang kepada sekitar 200 orang – satu kejayaan besar buat daerah ini.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran:
🤝 YB Dato’ Haji Abd Aziz Bin Mat Kiram, Pengerusi JKPD Daerah Raub
🤝 En Mohd Azra Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengerusi JKPD
serta barisan AJK JKPD, wakil-wakil agensi, NGO dan komuniti setempat.

💫 Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada YB Dato’ dan En Mohd Azra yang telah menyumbangkan hidangan istimewa penuh citarasa tempatan:
🍲 Gulai Masam Baung Merah Sungai Raub
🍛 Gulai Asamrong Ayam Kampung Raub
🥘 Gulai Daging Salai
🥬 Gulai Rebung

Semua menu ini bukan sahaja menyelerakan, malah mengeratkan lagi ikatan komuniti dalam suasana penuh kasih sayang dan harmoni.

Kami di JKPD Daerah Raub merakamkan jutaan terima kasih atas jasa Puan Umy dan mengucapkan selamat maju jaya di destinasi baharu. Kepada pemangku Ketua AADK yang baharu, kami berikrar untuk terus memberikan sokongan padu demi Raub bebas dadah.






21/03/2025
21/03/2025
Tahniah PDRM Raub
21/03/2025

Tahniah PDRM Raub

21/03/2025
20/03/2025
20/03/2025

TAZKIRAH IHYA RAMADAN DIRAI KELUARGA DISANTUNI OLEH USTAZAH ASMAHANY BINTI TOKIMAN BIRO HELWANI JKPD RAUB

20/03/2025

SALAM NUZUL AL-QURAN 1446H

Agensi Antidadah Kebangsaan mengucapkan selamat menyambut Nuzul Al-Quran.

Peristiwa Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira' melalui perantaraan malaikat Jibril.

Semarakkan Ramadan dengan menghayati bacaan Al - Quran dan mengambil iktibar dari setiap pengajaran di dalamnya. Semoga kita mendapat syafaatnya di akhirat kelak.

Ikhlas daripada
Seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah





Address

Raub

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jawatankuasa Pemulihan Dadah Jkpd Raub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share