Jabatan Amal Malaysia Kawasan Raub - JAMK Raub

Directions Contact the organization

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Raub - JAMK Raub Page rasmi Jabatan Amal Malaysia Kawasan Raub.

14/09/2026

๐Ÿ’š๐ŸŒฟ HARI KELUARGA AJK PAS KAWASAN RAUB 2026๐ŸŒฟ๐Ÿ’š

Alhamdulillah, selesai sudah Hari Keluarga AJK PAS Kawasan Raub 2026 yang berlangsung dengan penuh keceriaan, kemesraan dan ukhuwwah di River Valley Campsite, Kuala Gali.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh AJK, ahli serta keluarga yang hadir dan memeriahkan program ini. ๐Ÿค๐Ÿ’š

Terima kasih atas masa, tenaga, komitmen, juadah potluck, hadiah tukar hadiah serta semangat kebersamaan yang diberikan.

Lebih daripada sekadar berkumpul dan bersantai, pertemuan ini menjadi ruang untuk kita mengeratkan silaturahim, mengenali keluarga masing-masing dan memperkukuh ukhuwwah sesama ahli jemaah.

Insya-Allah, ukhuwwah yang terbina akan menjadi kekuatan untuk kita terus berkhidmat, berjuang dan istiqamah dalam membawa amanah Islam. ๐Ÿ’š

Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang program berlangsung.

Semoga Allah SWT menerima segala usaha kita, memberkati keluarga kita dan terus menyatukan hati kita dalam kebaikan.

๐ŸŒฟ UKHUWAH DIPERKUKUH, KELUARGA DISATUKAN! ๐ŸŒฟ

Terima kasih semua!
๐Ÿ’š Jumpa lagi di program akan datang, insya-Allah!

PAS KAWASAN RAUB
๐Ÿคฒ Berukhuwah, Berkhidmat, Beristiqamah

Alhamdulillah Tahniah Hajjah Zainab
09/09/2026

Alhamdulillah Tahniah Hajjah Zainab

18/05/2026

Moh hayati intipati ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Lipis, Cameron Highlands dan Maran yang telah disampaikan oleh Saudara Fahmie Zakaria selaku Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang.

Antara intipati ucapan perasmian beliau:

Adalah menjadi tugas Pemuda kembalikan Gelombang Hijau menjelang PRU-16, demi misi PN Teraju Pahang.

Justeru setiap pemuda perlu:

- Memperkukuh hubungan dengan Allh SWT
- Mempertingkatkan kesatuan jemaah
- โ Pemuda terus bangkit melangkah ke depan di saat rakan komponen diuji dengan masalah dalaman.

Beliau juga menggesa semua jentera pemuda untuk terus bersiap siaga untuk menghadapi PRU 16 pada bila-bila masa dari sekarang...

18/05/2026
13/05/2026
18/04/2026

Kursus Pengendalian Bot & Chainsaw Siri 1

Sesi bergambar bersama para peserta dan tenaga pengajar Kursus Pengendalian Bot & Chainsaw anjuran Sektor Operasi, Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang yang berlangsung di Feri waterfront, Jerantut.

Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran anggota dalam pengendalian bot serta penggunaan chainsaw dengan lebih selamat dan berkesan bagi menghadapi situasi kecemasan dan operasi bencana.

Semoga segala ilmu dan latihan yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam menjalankan tugas membantu masyarakat.





18/04/2026
18/04/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Tentatif Kursus Pengendalian Bot & Chainsaw bagi program yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 April 2026.

18/04/2026

๐Ÿšจ KURSUS PENGENDALIAN BOT DAN CHAINSAW Siri 1 ๐Ÿšจ

Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang melalui Sektor Operasi akan menganjurkan Kursus Pengendalian Bot dan Chainsaw Siri 1 bagi meningkatkan kemahiran anggota dalam aspek operasi menyelamat, pengendalian peralatan serta kesiapsiagaan menghadapi bencana.

๐Ÿ“… Tarikh: 18 & 19 April 2026
๐Ÿ“ Lokasi: Jerantut

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Tuan Mohd Najid bin Shafee, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Amal Malaysia.

Semoga program ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada seluruh peserta dalam memperkukuhkan kecekapan operasi di lapangan.

Address

Raub
27600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Malaysia Kawasan Raub - JAMK Raub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Amal Malaysia Kawasan Raub - JAMK Raub:

Shortcuts

Share