29/09/2025
Sebelum Solat Subuh pagi ni, Tuan Imam pesan..."Jadikan Solat ini, seolah-olah solat terakhir dalam hidup kita "
Selepas Solat Tuan Imam, buat p**a Tadabbur Al Quran Surah An Nahl : 70.)
Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Ia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya), dan ada p**a di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. (An-Nahl:70)
Peringatan diberikan sebelum suboh agar para jemaah dapat solat dengan lebih khusuk.
Sebuah hadith daripada Uthman bin Affan RA: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنِ امْرِئٍ مُسْلِمٍ تَحْضُرُهُ صَلاَةٌ مَكْتُوبَةٌ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهَا وَخُشُوعَهَا وَرُكُوعَهَا إِلاَّ كَانَتْ كَفَّارَةً لِمَا قَبْلَهَا مِنَ الذُّنُوبِ مَا لَمْ يُؤْتِ كَبِيرَةً وَذَلِكَ الدَّهْرَ كُلَّهُ
Maksudnya: “Seseorang Islam ketika tiba waktu solat fardhu, lalu dia berwudhu’ dengan sempurna khusyu’ dan bersolat dengan sempurna, solat tersebut akan menutup dosa-dosa yang terdahulu selagi dia tidak melakukan dosa besar. Demikianlah seterusnya sepanjang zaman kerana
mengulangi solat pada setiap hari.” [Riwayat Muslim (228)]