Badan Sukan ini dikenali dengan nama PERSATUAN BOLA BALING DAERAH RAUB (RAUB HANDBALL ASSOCIATION) atau ringkasnya disebut sebagai RAUB HANDBALL. Objektif Persatuan antaranya seperti berikut :
(a) Untuk membangun, menggalak dan mempromosi sukan bola baling di Daerah Raub,
(b) Untuk merancang dan membangunkan atlet, pegawai, jurulatih dan mencungkil bakat-
bakat baharu,
(c) Untuk memilih atlet b
agi mewakili daerah Raub dalam mana-mana pertandingan sukan
bola baling di peringkat negeri Pahang Darul Makmur,
(d) Mewakili daerah Raub dalam badan sukan negeri bagi mewakili sukan bola baling,
(e) Untuk bergabung dengan badan perwakilan di peringkat negeri; dan
(f) Untuk menggalakkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi melalui penubuhan/
penerimaan ahli gabungan peringkat kelab. Fungsi Persatuan antaranya seperti berikut :
(a) Bertindak sebagai badan perwakilan di peringkat daerah Raub bagi sukan bola baling,
(b) Membangun, mengendali, mempromosi dan mengurus sukan di daerah Raub,
(c) Menafsir dan melaksana peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh badan
kebangsaan dan negeri,
(d) Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang sukan
bola baling dikalangan ahli yang terbabit,
(e) Mengendalikan kursus, latihan, pembangunan alet, kejurulatihan, kepegawaian dan
sukarelawan,
(f) Menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah pertandingan bagi
sukan bola baling diperingkat daerah. Persatuan hendaklah mendapat kelulusan daripada
badan pengelola / perwakilan,
(g) Menyelesaikan apa-apa isu atau konflik yang melibatkan ahli-ahlinya termasuk
pegawai dan pemegang jawatan dalam Persatuan,
(h) Mengekalkan hubungan baik dengan badan pengelola / perwakilan dan badan-badan
sukan atau agensi yang lain di peringkat daerah,
(i) Memastikan prosedur pemilihan ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang lain untuk mewakili daerah Raub dalam sukan bola baling adalah terbuka dan adil;
(j) Memastikan setiap program dan aktiviti dilaksanakan berlandaskan perlembagaan dan
peraturan-peraturan di bawahnya,
(k) Memastikan perlembagaan dan peraturan Persatuan dipatuhi oeh semua ahli,
(l) Memastikan laporan aktviti dan akaun kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan
sebelumnya disediakan,
(m) Memastikan kegiatan amal atau perniagaan yang dijalankan bagi menambah
kewangan persatuan tidak bercanggah dengan undang-undang negara dan,
(n) Memastikan semua keuntungan yang diperoleh oleh Persatuan melalui apa-apa
perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk meningkatkan,
memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Persatuan ini. Sungguhpun
begitu, peruntukan ini tidak menghalang pembayaran gaji atau perbelanjaan kepada
ahli atau pekerja persatuan ini. Persatuan juga boleh menubuhkan syarikat perniagaan
dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan ke
dalam Tabung Kewangan Persatuan.