13/03/2026
Alhamdulillah.. pada 12 Mac 2026 (Khamis) telah diadakan Program Ihya' Ramadhan Majlis Berbuka Puasa bersama Masyarakat Orang Asli Beragama Islam di Pos Sg. Kepong, Sang Lee, Raub anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pejabat Agama Islam Daerah Raub (PAID), Sahabat Daie Raub dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Raub.
Turut hadir ke program ini Al-Fadhil Qadhi Daerah Raub Ustaz Muhammad Amin bin Abdul Mutalib, Pengurus MUIP Cawangan Raub Ustaz Ferdaus bin Kamaruzzaman dan Ustaz Roslan Rahman Pengerusi Perkim Cawangan Raub.
Pelbagai pengisian diadakan dalam program ini antaranya bacaan tahlil, berbuka puasa bersama-sama, solat maghrib berjemaah, tazkirah Ramadhan, sesi penyampaian sumbangan Infaq Ramadhan, solat isyak dan tarawih berjemaah.
Semoga dengan adanya majlis ini membawa keberkatan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini serta dapat merapatkan ukhuwwah Islamiah.