The Thirdforce Rantau Panjang

The Thirdforce Rantau Panjang The 3rd Force merupakan satu badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti kemanusiaan secara s**arela.

The 3rd Force diasaskan oleh Raja Shamri pada tahun 2014 dan kini bergiat aktif membantu masyarakat yang memerlukan di seluruh negara.

“Teruslah berbuat baik, walaupun kebaikan kita tidak dihargai manusia. Jangan pernah menyesal menjadi orang yang baik, k...
10/10/2026

“Teruslah berbuat baik, walaupun kebaikan kita tidak dihargai manusia. Jangan pernah menyesal menjadi orang yang baik, kerana setiap kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas tidak akan pernah sia-sia di sisi Allah. Mungkin manusia tidak membalasnya, tetapi percayalah, Allah Maha Mengetahui dan sebaik-baik pemberi balasan. Jika bukan manusia yang membalas kebaikan kita, yakinlah Allah mempunyai cara-Nya sendiri untuk menghadirkan kebaikan dalam hidup kita. 🌹”

DI SEBALIK JUALAN ETOK SALAI DI TEPI JALAN, ADA SEORANG IBU YANG SEDANG BERJUANG DEMI EMPAT ORANG ANAKNYA.Bukan mudah un...
10/10/2026

DI SEBALIK JUALAN ETOK SALAI DI TEPI JALAN, ADA SEORANG IBU YANG SEDANG BERJUANG DEMI EMPAT ORANG ANAKNYA.

Bukan mudah untuk seorang ibu membesarkan empat orang anak sendirian, apatah lagi apabila insan yang selama ini menjadi teman hidup telah pergi buat selama-lamanya. Sejak kematian suami tercinta, kehidupan Nur Fatin semakin mencabar. Segala tanggungjawab kini terpaksa dipikul sendiri, termasuk mencari rezeki demi memastikan keperluan anak-anak terus terbela.

Fatin hanya mampu menjual etok salai di tepi jalan. Itulah ikhtiar yang termampu dilakukannya dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Beberapa tahun lalu, Fatin terlibat dalam kemalangan yang meninggalkan kesan terhadap kesihatannya. Sehingga kini, dia masih berdepan masalah saraf dan paru-paru. Namun, demi anak-anak, dia tetap menggagahkan diri mencari rezeki walaupun tubuhnya sendiri memerlukan perhatian dan penjagaan.

Bayangkan betapa beratnya perjalanan seorang ibu yang bukan sahaja perlu berjuang dengan masalah kesihatan, malah terpaksa membesarkan empat orang anak tanpa suami di sisi. Saat hati mungkin merindui tempat mengadu, kehidupan tetap menuntut untuk diteruskan. Anak-anak masih memerlukan makan minum, pakaian dan tempat berlindung. Fatin tidak punya banyak pilihan selain terus kuat, meskipun jauh di sudut hati hanya Allah yang mengetahui segala kepayahan yang ditanggungnya.

Lebih meruntun hati, rumah yang didiami mereka kini semakin uzur. Sebagai seorang ibu, pastinya Fatin mengimpikan sebuah rumah yang lebih selesa dan selamat untuk anak-anaknya membesar. Namun, hasrat itu terpaksa dipendam kerana bimbang tidak mampu membayar sewa bulanan dengan pendapatan yang tidak menentu.

Niat untuk memohon rumah PPRT juga berdepan kes**aran kerana Fatin tidak mempunyai tanah sendiri. Satu demi satu harapan terasa begitu s**ar untuk dicapai. Sedangkan impiannya tidaklah besar. Dia hanya mahu menyediakan tempat berteduh yang lebih selamat buat anak-anak, agar mereka dapat membesar tanpa perlu dibayangi kebimbangan terhadap keadaan rumah yang semakin uzur.

Hari ini, kami sekali lagi berkunjung ke rumah Fatin untuk menyampaikan amanah daripada orang baik-baik. Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan sedikit beban kehidupannya, meskipun kami sedar masih banyak yang perlu ditempuh oleh seorang ibu ini.

Terima kasih kepada semua insan yang sudi berkongsi rezeki. Mungkin bagi kita, sumbangan itu sekadar sedikit daripada apa yang dimiliki, tetapi bagi mereka yang sedang diuji, ia mungkin menjadi penguat semangat untuk meneruskan hari esok.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan kekuatan kepada Nur Fatin, melindungi keempat-empat anaknya serta membuka jalan untuk mereka memperoleh kediaman yang lebih selamat dan selesa.

Seorang ibu mungkin kehilangan teman untuk berkongsi s**a dan duka, tetapi kasihnya terhadap anak-anak tidak pernah berkurang. Demi mereka, Fatin terus melangkah, walaupun perjalanan hidup yang dilalui kini terasa jauh lebih berat tanpa suami tercinta di sisi.

Sebarkan kebaikan, jauhi kebencian “JOM JADI ORANG BAIK BAIK”.DAN kongsi posting ini sebanyak mungkin,agar ramai yang dapat manfaatnya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi
Kak Mah 3rd force Rantau Panjang/Tanah Merah/Jeli
https://wa.me/60129492923

Untuk sama-sama membantu pelbagai program bantuan Yayasan Raja Shamri dan Thirdforce sumbangan boleh di salurkan ke akaun YAYASAN RAJA SHAMRI seperti berikut:-

Sumbangan Am :-
No akaun : 1102074345
Nama Akaun: YAYASAN RAJA SHAMRIha
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)

Atau klik link FPX / Toyyibpay di bawah :

https://toyyibpay.com/Yayasan-Raja-Shamri





SEORANG IBU, EMPAT ANAK DAN SEBUAH PERJALANAN YANG PENUH TABAHAwal tahun 2026 menjadi satu titik perubahan besar dalam k...
08/10/2026

SEORANG IBU, EMPAT ANAK DAN SEBUAH PERJALANAN YANG PENUH TABAH

Awal tahun 2026 menjadi satu titik perubahan besar dalam kehidupan sebuah keluarga apabila seorang suami dan ayah kepada empat orang anak pergi buat selama-lamanya secara mengejut, dipercayai akibat masalah jantung.

Sejak kehilangan insan yang menjadi tempat bergantung keluarga, seorang ibu muda Nur Fatin,meneruskan kehidupan dengan penuh sabar. Empat orang anak masih di bawah tanggungannya, dan setiap hari dilalui dengan usaha serta doa agar kehidupan mereka terus berjalan sebaik mungkin.

Anak sulung yang kini berusia 17 tahun memilih untuk tidak meneruskan persekolahan buat sementara waktu bagi membantu ibunya mencari rezeki. Dia membantu menjual etak salai di tepi jalan, sekadar termampu untuk menyumbang kepada keperluan keluarga.

Keputusan itu bukanlah sesuatu yang mudah bagi seorang anak yang masih muda. Namun, apa yang dilakukan adalah lahir daripada rasa tanggungjawab dan kasihnya kepada ibu serta adik-adik.

Keluarga ini kini tinggal di sebuah rumah sederhana atas ihsan seorang insan yang pemurah dan prihatin. Di situlah mereka meneruskan kehidupan, menjaga anak-anak dan membina kembali langkah selepas kehilangan seorang insan tersayang.

Bantuan JKM sebanyak RM600 sebulan turut menjadi antara sumber penting yang membantu memenuhi keperluan asas keluarga ini.

Namun, di sebalik segala keterbatasan, ada sesuatu yang amat mengesankan tentang ibu ini.

Dia seorang yang sangat menjaga kebersihan dan sentiasa berusaha memastikan anak-anaknya terurus. Dia tidak banyak bercerita tentang kesusahan yang dilalui. Tidak p**a menyalahkan takdir.

Sebaliknya, dia memilih untuk menerima ketentuan dengan hati yang tabah dan terus melakukan apa sahaja yang termampu untuk anak-anak.

Kisah ini bukan untuk membuka kekurangan sebuah keluarga, jauh sekali untuk meminta belas kasihan.

Ia sekadar sebuah cerita tentang seorang ibu yang sedang belajar berdiri semula selepas kehilangan suami, dan anak-anak yang masing-masing cuba memainkan peranan dalam perjalanan hidup keluarga mereka.

Apa yang kita nampak mungkin hanya sebuah keluarga yang hidup sederhana.

Tetapi di sebaliknya ada kasih seorang ibu, pengorbanan seorang anak dan harapan kecil untuk melihat kehidupan mereka menjadi lebih baik suatu hari nanti.

Semoga ada insan-insan yang sudi hadir membantu dengan penuh hikmah dan menjaga maruah keluarga ini. Bukan kerana mereka tidak mampu berusaha, tetapi kerana dalam perjalanan hidup, ada waktunya seseorang memerlukan sedikit sokongan untuk kembali melangkah dengan lebih tenang.

Semoga setiap bantuan yang disampaikan menjadi asbab sebuah keluarga terus kuat, dan setiap usaha kecil mereka untuk meneruskan kehidupan dipermudahkan Allah.

Sebarkan kebaikan, jauhi kebencian “JOM JADI ORANG BAIK BAIK”.DAN kongsi posting ini sebanyak mungkin,agar ramai yang dapat manfaatnya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi
Kak Mah 3rd force Rantau Panjang/Tanah Merah/Jeli
https://wa.me/60129492923

Untuk sama-sama membantu pelbagai program bantuan Yayasan Raja Shamri dan Thirdforce sumbangan boleh di salurkan ke akaun YAYASAN RAJA SHAMRI seperti berikut:-

Sumbangan Am :-
No akaun : 1102074345
Nama Akaun: YAYASAN RAJA SHAMRIha
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)

Atau klik link FPX / Toyyibpay di bawah :

https://toyyibpay.com/Yayasan-Raja-Shamri





TIGA TAHUN MENJAGA SUAMI TERLANTAR, KAK LINDA TERUS BERTAHAN Pada hari ini,kami  s**arelawan 3rd Force menyantuni sebuah...
04/10/2026

TIGA TAHUN MENJAGA SUAMI TERLANTAR, KAK LINDA TERUS BERTAHAN

Pada hari ini,kami s**arelawan 3rd Force menyantuni sebuah keluarga,yang juga merupakan jiran terdekat salah seorang s**arelawan .kunjungan kali ini meninggalkan kesan yang s**ar dilupakan. Di sebalik wajah seorang wanita yang kelihatan tabah Kak Linda 39 tahun, tersimpan kisah pengorbanan seorang isteri yang sudah hampir tiga tahun menjaga suami yang hanya mampu terbujur kaku di atas katil selepas diserang angin ahmar.

Sebelum suaminya diuji dengan penyakit itu, Kak Linda merupakan seorang wanita yang kuat bekerja. Setiap hari dia menoreh getah bagi mencari rezeki untuk keluarga. Pada masa yang sama, dia turut berniaga kecil-kecilan di hadapan rumah dengan menjual nasi lemak dan kuih-muih. Tidak banyak yang diperoleh, tetapi itulah usaha kecil yang menjadi sumber pendapatan keluarga,memandangkan pendapatan suami juga tidak seberapa.

Namun semuanya berubah selepas suami terlantar. Kak Linda terpaksa meninggalkan pekerjaan dan perniagaan yang selama ini menjadi punca rezeki kerana perlu memberikan sepenuh perhatian kepada suaminya. Modal perniagaan yang dikumpul sedikit demi sedikit akhirnya turut habis digunakan ketika melalui hari-hari s**ar, termasuk ketika menjaga dan menemani suami di hospital.

Lebih menyayat hati, tempurung kepala suaminya terpaksa dipisahkan dan direhatkan di luar selama kira-kira dua tahun. Baru sahaja tempurung kepala itu dicantumkan kembali, namun keadaan suaminya masih belum banyak berubah. Dia masih hanya mampu terbaring, bergantung kepada penjagaan sepenuhnya daripada isterinya.

Kini, kehidupan suaminya banyak bergantung kepada susu untuk meneruskan kehidupan. Lampin pakai buang p**a menjadi keperluan harian, dengan saiz L digunakan. Bagi keluarga yang serba kekurangan, perkara yang kelihatan kecil seperti susu dan lampin sebenarnya merupakan beban yang besar apabila perlu disediakan setiap hari.

Dalam keadaan suami yang memerlukan penjagaan sepenuhnya, Kak Linda masih perlu memikirkan tiga orang anak mereka. Anak sulung kini berada di Tingkatan 3, manakala anak bongsu masih di pra sekolah. Mereka bukan sahaja memerlukan makan minum, malah memerlukan keperluan persekolahan dan perhatian seorang ibu yang sama-sama sedang berjuang untuk meneruskan kehidupan.

Kini keluarga kecil ini menumpang berteduh di sebuah rumah ihsan NGO. Mereka turut menerima bantuan JKM sebanyak RM500 sebulan. Jumlah itu menjadi antara sumber untuk meneruskan kehidupan, namun dengan keperluan suami dan tiga orang anak yang perlu ditanggung, kehidupan mereka tetap penuh dengan kekangan.

Apa yang paling menyentuh hati kami ialah, di sebalik segala kesusahan yang dilalui, Kak Linda masih menyimpan satu impian. Jika ada rezeki dan sedikit modal, dia ingin kembali berniaga nasi lemak dan kuih seperti dahulu. Dia tidak meminta untuk hidup mewah. Dia cuma mahu kembali mencari sedikit pendapatan agar dapat membantu membeli susu, lampin dan keperluan anak-anak.

Hampir tiga tahun hidup Kak Linda seolah-olah berhenti. Kehidupan seorang isteri yang dahulu bebas keluar bekerja kini banyak dihabiskan di sisi suami. Masa, tenaga dan impian sendiri diketepikan demi seorang insan yang dicintainya. Namun dia tetap bertahan kerana di hadapannya ada seorang suami yang memerlukan dirinya dan tiga orang anak yang masih memerlukan seorang ibu.

Mungkin ada ketika Kak Linda sendiri terlalu penat. Mungkin ada malam-malam yang dilalui dengan air mata tanpa diketahui sesiapa. Tetapi keesokan harinya dia tetap bangun, tetap menguruskan suami dan tetap memikirkan anak-anak. Begitulah pengorbanan seorang wanita yang tidak mempunyai pilihan selain terus kuat walaupun hatinya sendiri sudah terlalu lama menanggung beban.

Kisah Kak Linda bukan sekadar kisah kemiskinan. Ia adalah kisah tentang kasih seorang isteri, pengorbanan seorang ibu dan perjuangan sebuah keluarga yang sedang cuba bertahan selepas kehidupan mereka berubah akibat satu ujian besar.

Semoga Allah membuka jalan buat keluarga ini. Semoga ada insan yang sudi berkongsi rezeki dan membantu Kak Linda memulakan semula perniagaan kecilnya. Mungkin bagi kita bantuan itu tidak seberapa, tetapi bagi seorang ibu seperti Kak Linda, ia mungkin menjadi peluang untuk dia kembali berdiri dan mencari rezeki buat keluarganya.

Kak Linda tidak meminta kehidupan yang sempurna. Dia cuma mahu satu peluang untuk kembali berusaha. Semoga selepas hampir tiga tahun bertahan, Allah hadirkan p**a insan-insan baik yang membantu meringankan beban di bahunya.

Sebarkan kebaikan, jauhi kebencian “JOM JADI ORANG BAIK BAIK”.DAN kongsi posting ini sebanyak mungkin,agar ramai yang dapat manfaatnya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi
Kak Mah 3rd force Rantau Panjang/Tanah Merah/Jeli
https://wa.me/60129492923

Untuk sama-sama membantu pelbagai program bantuan Yayasan Raja Shamri dan Thirdforce sumbangan boleh di salurkan ke akaun YAYASAN RAJA SHAMRI seperti berikut:-

Sumbangan Am :-
No akaun : 1102074345
Nama Akaun: YAYASAN RAJA SHAMRIha
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)

Atau klik link FPX / Toyyibpay di bawah :

https://toyyibpay.com/Yayasan-Raja-Shamri





DULU TANGGUH PENGAJIAN DEMI IBU, KINI KEMBALI MENGEJAR CITA-CITA…Hanisya merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Pa...
02/10/2026

DULU TANGGUH PENGAJIAN DEMI IBU, KINI KEMBALI MENGEJAR CITA-CITA…

Hanisya merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Pada tahun 2023, Hanisya pernah mendapat peluang menyambung pengajian di TVETMARA. Namun ketika itu, dia terpaksa menangguhkan pengajian kerana perlu menjaga ibunya yang terlantar.

Abangnya p**a sering mengalami sawan. Dalam usia yang masih muda, Hanisya memilih untuk berada di sisi keluarga, menjaga insan yang disayanginya, walaupun terpaksa melepaskan sementara impian untuk belajar.

Ayah Hanisya p**a hanya bekerja kampung. Pendapatan tidak menentu, bergantung kepada ada atau tidaknya pekerjaan. Dalam keadaan keluarga yang serba sederhana, bukan mudah untuk menyediakan keperluan pengajian yang semakin banyak.

Namun Hanisya tidak mengalah.

Kini, dia kembali menyambung pengajian dalam Diploma Seni Bina dan sudah pun masuk semester. Impian yang pernah tertangguh itu cuba dibina semula sedikit demi sedikit.

Tetapi ada satu keperluan yang sangat penting ,Hanisya memerlukan sebuah laptop.

Bagi pelajar Seni Bina, laptop bukan sekadar kemudahan. Ia menjadi sebahagian daripada keperluan pembelajaran untuk menyiapkan tugasan, membuat reka bentuk, lukisan dan kerja-kerja akademik.

Hanisya pernah menangguhkan impiannya demi keluarga. Kini apabila dia diberi peluang untuk kembali belajar, jangan biarkan kekurangan sebuah laptop p**a menjadi penghalang untuk dia meneruskan langkah.

Mungkin bagi kita sebuah laptop hanyalah sebuah barang, tetapi bagi seorang anak seperti Hanisya, ia adalah alat untuk membina masa depan.

Semoga ada insan yang Allah gerakkan hatinya untuk berkongsi rezeki dan membantu menyediakan laptop buat Hanisya.

Sedikit daripada kita, mungkin menjadi sesuatu yang sangat besar maknanya buat seorang anak yang sedang berjuang mengejar cita-cita.

Jom bantu Hanisya teruskan pengajian Diploma Seni Bina.

Tekan link dibawah untuk mengikuti kisah terdahulu
https://www.facebook.com/share/1CZqkqPvvY/?mibextid=wwXIfr

Sebarkan kebaikan, jauhi kebencian “JOM JADI ORANG BAIK BAIK”.DAN kongsi posting ini sebanyak mungkin,agar ramai yang dapat manfaatnya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi
Kak Mah 3rd force Rantau Panjang/Tanah Merah/Jeli
https://wa.me/60129492923

Untuk sama-sama membantu pelbagai program bantuan Yayasan Raja Shamri dan Thirdforce sumbangan boleh di salurkan ke akaun YAYASAN RAJA SHAMRI seperti berikut:-

Sumbangan Am :-
No akaun : 1102074345
Nama Akaun: YAYASAN RAJA SHAMRI
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)

Atau klik link FPX / Toyyibpay di bawah :

https://toyyibpay.com/Yayasan-Raja-Shamri





SEDEKAH JUMAAT… AIS KRIM KECIL, TAPI BESAR MAKNANYAHari ini kami cuba mencipta sedikit bahagia buat  orang anak-anak di ...
25/09/2026

SEDEKAH JUMAAT… AIS KRIM KECIL, TAPI BESAR MAKNANYA

Hari ini kami cuba mencipta sedikit bahagia buat orang anak-anak di pedalaman.

Sedekah Jumaat kali ini bukanlah dalam jumlah yang besar. Hanya ais krim untuk mereka. Mungkin bagi kita, harganya tidak seberapa… tetapi bila melihat wajah anak-anak ini menerima ais krim, hati terasa benar-benar tersentuh.

Ada antara mereka anak yatim. Ada yang datang daripada keluarga B40. Ada yang membesar dalam serba kekurangan. Namun apabila ais krim berada di tangan, wajah yang tadinya biasa-biasa terus berubah menjadi ceria.

Begitulah anak-anak…

Mereka tidak meminta banyak. Kadang-kadang cukup dengan segelas ais krim untuk membuatkan mereka tersenyum.

Melihat mereka makan bersama, ketawa bersama dan menikmati ais krim tanpa memikirkan apa-apa, kita jadi terfikir… betapa mahalnya sebuah kebahagiaan bagi mereka yang hidup dalam kekurangan.

Mungkin kita melihatnya sebagai makanan yang murah.
Tetapi bagi seorang anak, makanan dan kegembiraan itu tidak pernah dapat dipisahkan.

Terima kasih buat orang baik-baik yang sudi berkongsi rezeki pada hari Jumaat ini. Terima kasih kerana tidak hanya memberi makanan, tetapi turut memberikan sebuah senyuman, sebuah kenangan dan sedikit rasa bahawa mereka juga disayangi.

Kita mungkin tidak mampu mengubah seluruh kehidupan mereka hari ini.

Tetapi sekurang-kurangnya, untuk beberapa minit itu…
kita berjaya membuatkan anak ini tersenyum.

Semoga Allah membalas setiap sen yang dikongsi dengan rezeki yang lebih luas, kesihatan, ketenangan dan keberkatan yang tidak pernah putus.

Tak seberapa pada kita…
tetapi mungkin menjadi bahagia yang akan mereka ingat untuk sekian lama.

Alhamdulillah atas rezeki yang Allah titipkan melalui insan-insan baik

Kak Mah 3rd force Rantau Panjang

BANTU AIMAN MELANGKAH KE MENARA GADING… Jauh di pedalaman Jeli, Kelantan, ada seorang anak muda bernama Aiman Haqimie ya...
20/09/2026

BANTU AIMAN MELANGKAH KE MENARA GADING…

Jauh di pedalaman Jeli, Kelantan, ada seorang anak muda bernama Aiman Haqimie yang sedang berdiri di persimpangan hidupnya.

Aiman bukan anak yang meminta lebih-lebih. Dia cuma ingin satu perkara… peluang untuk belajar dan mengubah masa depan keluarganya.

Alhamdulillah, Aiman mendapat keputusan PNG 3.62 ketika di Matrikulasi. Tahun lalu, kami pernah membantu Aiman untuk masuk ke matrikulasi. Hari ini, anak muda ini sekali lagi diuji apabila mendapat tawaran untuk menyambung pengajian ke UiTM Cawangan Perlis, dan pendaftarannya akan berlangsung pada 24 September.

Masalahnya, masa yang tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi.

Aiman tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyediakan bayaran yuran dan keperluan awal pengajian.

Aiman merupakan anak kedua daripada empat beradik. Ayahnya seorang penoreh getah. Pendapatan keluarga tidak menentu, apatah lagi apabila hujan turun hampir setiap petang, menyebabkan kerja menoreh juga terjejas.

Lebih menyedihkan, sehingga hari ini keluarga Aiman masih menumpang di rumah saudara selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran.

Namun Allah tidak pernah meninggalkan mereka.

Alhamdulillah, keluarga Aiman telah mendapat bantuan rumah PPR dan rumah tersebut kini masih dalam pembinaan. Mudah-mudahan tidak lama lagi mereka mempunyai tempat berteduh sendiri.

Aiman adalah antara anak pertama dalam keluarganya yang berjaya melangkah ke alam pengajian tinggi. Sebab itu kami begitu berharap… jangan biarkan kekangan kewangan memadamkan impian anak ini.

Pihak universiti juga telah kami maklumkan mengenai keadaan Aiman. Insya-Allah, akan ada bantuan yang boleh diusahakan apabila Aiman sudah sampai di sana nanti.

Tetapi untuk dia sampai ke sana, Aiman tetap memerlukan sedikit bantuan daripada kita sekarang.

Kadang-kadang sebuah sumbangan yang kecil bagi kita, mungkin menjadi tiket besar buat seorang anak untuk mengubah nasib keluarganya.

Aiman sudah berusaha.
Dia sudah buktikan dengan keputusan PNG 3.62 bahawa dia benar-benar mahu belajar.

Sekarang, marilah kita bantu dia melangkah.

Jom bantu Aiman.

Semoga ada rezeki daripada orang baik-baik yang sudi membantu bayaran yuran dan keperluan awal pengajian Aiman.

Ya Allah, permudahkanlah urusan anak ini. Bukakanlah jalan ketika dia merasakan jalannya sempit. Temukanlah Aiman dengan insan-insan yang menjadi asbab kepada kejayaan dan masa depannya.

Sedikit daripada kita, mungkin menjadi titik mula kepada perubahan besar dalam hidup Aiman dan keluarganya.

Jom sama-sama kita bantu Aiman sampai ke menara gading.

Ketahui Perjalanan hidup Aiman terdahulu dengan menekan link dibawah

https://www.facebook.com/share/19BRqecHni/?mibextid=wwXIfr

https://www.facebook.com/share/1UZ4dEnT4R/?mibextid=wwXIfr

Sebarkan kebaikan, jauhi kebencian “JOM JADI ORANG BAIK BAIK”.DAN kongsi posting ini sebanyak mungkin,agar ramai yang dapat manfaatnya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi
Kak Mah 3rd force Rantau Panjang/Tanah Merah/Jeli
https://wa.me/60129492923

Untuk sama-sama membantu pelbagai program bantuan Yayasan Raja Shamri dan Thirdforce sumbangan boleh di salurkan ke akaun YAYASAN RAJA SHAMRI seperti berikut:-

Sumbangan Am :-
No akaun : 1102074345
Nama Akaun: YAYASAN RAJA SHAMRI
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)

Atau klik link FPX / Toyyibpay di bawah :

https://toyyibpay.com/Yayasan-Raja-Shamri





Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Terima kasih yang tidak terhingga buat Dr. Fazly, Koordinator UiTM Arau, yang...
20/09/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.

Terima kasih yang tidak terhingga buat Dr. Fazly, Koordinator UiTM Arau, yang begitu prihatin dan terus bertindak sebaik sahaja kami maklumkan tentang masalah yang sedang dihadapi oleh anak asnaf kami yang bakal menyambung pengajian di sana.

Kesediaan Dr. untuk membantu dan mempermudahkan urusan anak ini amat besar maknanya buat kami. Bagi keluarga yang serba kekurangan, sedikit perhatian dan bantuan seperti ini mampu memberikan sinar harapan yang begitu besar.

Semoga segala kebaikan Dr. Fazly dibalas Allah SWT dengan rezeki yang luas, dipermudahkan segala urusan dan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya.

Terima kasih kerana tidak hanya melihat masalah, tetapi terus mencari jalan untuk membantu. 🤲

ADAM SEMAKIN DEWASA… DAN MEREKA SEMAKIN TUA 😢Ada satu perkara yang mungkin tidak mampu diceritakan dengan kata-kata…Hari...
19/09/2026

ADAM SEMAKIN DEWASA… DAN MEREKA SEMAKIN TUA 😢

Ada satu perkara yang mungkin tidak mampu diceritakan dengan kata-kata…

Hari ini Adam sudah semakin dewasa. Langkahnya sudah sampai ke satu tahap yang mungkin suatu ketika dahulu tidak pernah terbayang dalam hidupnya.

Adam kini melangkah ke menara gading.

Tetapi di sebalik kejayaan seorang anak yatim piatu ini, ada dua insan yang semakin dimamah usia… bapa saudara dan mak saudara dan ahli keluarga.

Sejak Adam kehilangan ibu dan ayahnya, merekalah antara insan yang sentiasa ada di sisi. Mereka menemani perjalanan Adam, menjadi tempat dia menumpang kasih, menjadi bahu ketika dia perlukan tempat bersandar dan menjadi insan yang terus percaya bahawa Adam mampu membina masa depannya.

Mungkin orang melihat Adam hari ini sebagai seorang anak muda yang berjaya.

Tetapi mereka mungkin tidak tahu…

berapa banyak air mata yang pernah jatuh sebelum Adam sampai ke tahap ini.

Dan setiap kali melihat wajah Adam, mungkin ada satu wajah lain yang terbayang di mata mereka…

wajah arwah ayah Adam.

Senyuman Adam mungkin mengembalikan kenangan.
Cara Adam bercakap mungkin mengingatkan mereka kepada arwah.
Dan setiap kejayaan Adam mungkin membuat hati mereka sebak kerana teringat kepada insan yang sudah tiada.

Kini Adam sudah besar, sudah mampu berdiri sendiri dan bakal membawa diri jauh untuk menuntut ilmu.

Tetapi dalam diam, bapa saudara dan mak saudara Adam juga semakin tua.

Masa tidak pernah menunggu sesiapa.

Sebab itu, mungkin hari ini mereka menangis bukan kerana sedih melihat Adam pergi… tetapi kerana terlalu bahagia melihat anak saudara yang pernah kehilangan ibu dan ayahnya, akhirnya berjaya sampai ke pintu universiti.

Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati mereka.

Mungkin dalam tangisan itu ada rasa syukur.

Mungkin ada kerinduan kepada arwah.

Mungkin juga ada doa yang selama ini mereka simpan:

“Ya Allah… kalau arwah ayahnya masih ada, tentu dia sangat bangga melihat anaknya hari ini.”

Adam…

Teruskanlah melangkah.

Bawalah bersama segala doa dan kasih sayang insan-insan yang pernah menjagamu.

Suatu hari nanti, apabila kamu berjaya, jangan lupa menoleh ke belakang.

Di situ ada bapa saudara dan mak saudaramu yang semakin tua…

tetapi masih tersenyum melihatmu berjaya.

Dan semoga setiap langkah Adam di menara gading menjadi pahala yang terus mengalir buat mereka yang telah menjaganya, serta menjadi hadiah buat arwah ibu dan ayah yang tidak sempat menyaksikan kejayaan anaknya.

Kerana Adam bukan sekadar membawa impian dirinya sendiri… Adam sedang membawa harapan sebuah keluarga yang pernah kehilangan segalanya. 🤲🏻❤️

HANYA DALAM BEBERA JAM, REZEKI KAK NORIAH TIBAKuasa Allah itu nyata. Tidak sampai sehari kami war-warkan mengenai pender...
09/05/2026

HANYA DALAM BEBERA JAM, REZEKI KAK NORIAH TIBA

Kuasa Allah itu nyata. Tidak sampai sehari kami war-warkan mengenai penderitaan Kak Noriah Deraman yang memerlukan kerusi roda, muncul seorang hamba Allah seorang "pemburu pahala" yang tidak mahu namanya dikenali,terus menyatakan kesudian untuk membantu.

Tanpa berlengah, sebuah kerusi roda jenis premium telah dibeli. Bukan sekadar kerusi roda biasa, tetapi yang terbaik,sangat ringan, tahan lasak, dan paling penting, mudah dilipat untuk masuk ke dalam kenderaan. Ini sangat memudahkan urusan Kak Noriah terutama apabila tiba hari janji temu di hospital nanti.

Saat kami tiba di rumahnya dan membawa masuk kerusi roda baru itu, suasana menjadi sayu. Kak Noriah yang selama ini hanya mampu terlantar, seolah-olah tidak percaya bantuan sampai secepat itu. Tiada kata-kata yang mampu diucapkan, hanya air mata kesyukuran yang mengalir laju di pipinya yang cengkung.

Tangisan itu adalah tangisan lega. "Kaki" yang hilang kini telah berganti, memberi harapan baru untuk beliau bergerak walaupun dalam keterbatasan.

Terima kasih buat penyumbang budiman. Tindakan pantas anda bukan sahaja memberi kemudahan fizikal, tetapi memberi semangat baru untuk Kak Noriah terus berjuang melawan penyakitnya. Inilah indahnya bila kita bersatu hati tanpa mengira latar belakang, hanya demi satu tujuan: Kemanusiaan.

Amanah telah disampaikan. Doa kami, semoga setiap pusingan roda ini menjadi saksi pahala yang tidak putus-putus buat si pemberi. Amin.

Sebarkan kebaikan, jauhi kebencian “JOM JADI ORANG BAIK BAIK”.DAN kongsi posting ini sebanyak mungkin,agar ramai yang dapat manfaatnya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi
Kak Mah 3rd force Rantau Panjang/Tanah Merah/Jeli
https://wa.me/60129492923

Untuk sama-sama membantu pelbagai program bantuan Yayasan Raja Shamri dan Thirdforce sumbangan boleh di salurkan ke akaun YAYASAN RAJA SHAMRI seperti berikut:-

Sumbangan Am :-
No akaun : 1102074345
Nama Akaun: YAYASAN RAJA SHAMRI
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank LP Rakyat)
atau
Akaun Khusus Untuk Sumbangan Zakat dan Fidyah:-

YAYASAN RAJA SHAMRI
CIMB Islamic Bank Cawangan Machang Kelantan
No Akaun: 860 4333 655

⚠️ DISCLAIMER / PENAFIAN RASMI

Yayasan Raja Shamri tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan sumbangan atau bantuan mahupun menawarkan ganjaran p**angan wang ringgit atau hadiah dari sumbangan ke Yayasan Raja Shamri.

Yayasan Raja Shamri telah mendapat kelulusan dari LHDN untuk para penyumbang mendapat pelepasan cukai pendapatan dibawah subseksyen 44{6}.Akta Cukai Pendapatan 1967 disamping kita juga adalah Amil Zakat MAIK sejak 2021.

Address

No 5 Quarters LPP Bahagian Rantau Panjang
Rantau Panjang
17200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60129492923

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Thirdforce Rantau Panjang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to The Thirdforce Rantau Panjang:

Shortcuts

Share