03/02/2026
30 Januari 2026
Majlis perpisahan Ustaz Nazrul dan Ustaz Sharul turut berlangsung bersama anak-anak Rumah Putera Harapan yang menyambut hari kelahiran bagi bulan Januari 2026 Tiada kek yang besar,tiada hadiah yang mahal, hanya doa yang dipanjatkan perlahan,
dan senyuman yang dipaksa kuat walau hati terasa sayu.
Bagi anak-anak ini, ustaz bukan sekadar pendidik, tetapi tempat bertanya, tempat mengadu, dan insan yang mengisi kekosongan kasih dalam hidup mereka. Perpisahan ini bukan mudah…
kerana yang berpisah bukan sekadar jasad, tetapi kenangan, didikan dan kasih yang telah berakar di hati kecil mereka.
🎂 Selamat hari lahir wahai anak-anak RPH bulan Januari.
Semoga Allah membesarkan kalian dengan iman,
menggantikan kekurangan dengan keberkatan,
dan menghadiahkan masa depan yang lebih indah daripada hari ini.
Firman Allah SWT:
“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.”
(Surah Al-Insan: 8)
Sabda Rasulullah SAW:
“Aku dan orang yang memelihara anak yatim akan bersama di dalam syurga seperti ini.”
(Baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah – HR Bukhari)
Semoga setiap doa, air mata dan kebaikan yang dicurahkan kepada anak-anak ini
menjadi saham akhirat buat semua yang terlibat.
Dan semoga perpisahan hari ini diganti dengan pertemuan yang lebih indah di sisi Allah kelak. 🤲
CIMB BANK
RUMAH PUTERA HARAPAN RANAU
8602 0711 71