Rumah Putera Harapan Ranau - RPH

Rumah Putera Harapan Ranau - RPH Rumah Putera Harapan (RPH), rumah perlindungan anak-anak yatim dan anak-anak terbiar di negeri Sabah khususnya di daerah Ranau.

RPH diasaskan oleh NGO Islam dan telah dibuka pada 12 Julai 2008.

03/10/2025
Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau 2025Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Rumah Puter...
15/09/2025

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau 2025

Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau bagi tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat patriotik. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Junaidi Sahat, Penasihat GiatMARA Ranau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Ranau.

Majlis turut dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat, antaranya

Tuan Haji Sunoto Yahmin, Pengerusi Rumah Putera Harapan. Tuan Mohd Fazlie Middie, Yang Dipertua ABIM Ranau. Tuan Mohd Adil Yunus, Pegawai YADIM Ranau. Encik Alyas bin Haji Abbas, Sahabat Penggerak Madani Negeri Sabah. Wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Skim 2 Lohan Ranau. Para ibu bapa dan orang ramai yang hadir memeriahkan sambutan.

Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan,, deklamasi sajak kemerdekaan, serta pertandingan bertemakan patriotik. Acara ini bukan sahaja menghayati semangat kemerdekaan, malah turut mengeratkan hubungan antara komuniti dan institusi setempat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan menjayakan sambutan ini, terutamanya kepada para tetamu kehormat, para sukarelawan, serta masyarakat yang hadir dengan penuh semangat cintakan negara.

Sambutan ini mencerminkan komitmen bersama dalam membina generasi muda yang berjiwa merdeka, berdisiplin, dan bersemangat patriotik demi masa depan Malaysia yang gemilang.

Majlis Penutupan Latihan Industri Pelajar PERKIM KelantanAlhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutupa...
20/08/2025

Majlis Penutupan Latihan Industri Pelajar PERKIM Kelantan

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutupan Latihan Industri Pelajar PERKIM Kelantan di Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau. Sepanjang 2 bulan menjalani latihan industri, para pelajar berpeluang berkongsi ilmu, mendidik, serta membimbing anak-anak RPH dalam suasana penuh kasih sayang dan tarbiah.

InsyaAllah, setiap ilmu yang diajar akan terus mengalir sebagai pahala jariah selagi ia diamalkan, walaupun setelah mereka meninggalkan tempat ini. ✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengurus RPH, YDP ABIM, Alumni PERKIM, serta semua hadirin dan hadirat yang hadir memeriahkan majlis ini. Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik-baik ganjaran atas segala jasa dan sokongan yang diberikan.

🤲 “Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau doa anak soleh yang mendoakannya.” (HR. Muslim)

Program Ziarah Kasih Alhamdulillah, Kelab Dakwah Institut Pengajian Islam dan Dakwah Kudat telah melaksanakan Program Zi...
19/08/2025

Program Ziarah Kasih

Alhamdulillah, Kelab Dakwah Institut Pengajian Islam dan Dakwah Kudat telah melaksanakan Program Ziarah Kasih di Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau. Program ini diadakan bagi menyantuni Anak Yatim & Asnaf serta mengeratkan ukhuwah bersama warga RPH dalam suasana penuh kasih sayang dan silaturahim.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada Ustaz Kamran, ahli Kelab Dakwah, serta seluruh warga RPH Ranau atas kerjasama dan sambutan mesra yang diberikan. Semoga program ini menjadi asbab kebaikan, rahmat, dan amal jariah yang berkekalan di sisi Allah SWT.

🤲✨ “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.” (HR. Ahmad)

31/07/2025

🌙 Jumaat Mubarak!

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat.”

(HR. Muslim)

Sanah Helwah kepada semua yang lahir pada bulan julai!Semoga Allah memberkati usia, melimpahkan rahmat dan rezeki, serta...
31/07/2025

Sanah Helwah kepada semua yang lahir pada bulan julai!

Semoga Allah memberkati usia, melimpahkan rahmat dan rezeki, serta menjadikan kalian insan yang lebih dekat dengan-Nya.

🎉 Barakallahu fi umrik! 🎉

Aamiin ya Rabbal ‘alamin.

Lawatan Ukhuwah Daripada RAY As-Sakinah Lok Kawi Papar ke Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau.Semoga dengan lawatan ini, da...
31/07/2025

Lawatan Ukhuwah Daripada RAY As-Sakinah Lok Kawi Papar ke Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau.

Semoga dengan lawatan ini, dapat mengeratkan lagi Ukhuwah bersama dan diberi peluang untuk membuat program bersama di masa akan datang.

Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada RAY As-Sakinah Lok Kawi Papar atas lawatan ini✨

✨KEBAHAGIAAN✨Perkongsian daripada, Prof Madya Dr. Ghafar
17/07/2025

✨KEBAHAGIAAN✨

Perkongsian daripada, Prof Madya Dr. Ghafar

Jika mata bertemu mata, kita akan temui cinta manusia. Tetapi, jika dahi bertemu sejadah, sudah pasti dan pasti kita aka...
14/07/2025

Jika mata bertemu mata, kita akan temui cinta manusia. Tetapi, jika dahi bertemu sejadah, sudah pasti dan pasti kita akan temui Cinta illahi✨

Jom berinfaq! Ke akaun Rumah Putera Harapan👇

Cimb Bank - 8602 0711 71
Maybank - 5602 1405 5438

Sebarang pertanyaan, hubungi :

En. Sabri - 019 896 5001 (wsp)

* *

"Jumaat terbaik, sedekah termulia. Ringan di tangan, berat di timbangan."
11/07/2025

"Jumaat terbaik, sedekah termulia. Ringan di tangan, berat di timbangan."

Address

Kampung Lohan Skim 2, P/S. 736, 89308 Ranau
Ranau
89300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Putera Harapan Ranau - RPH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rumah Putera Harapan Ranau - RPH:

Share