RANAU INFO

RANAU INFO Isu Semasa Politik Dan Budaya

18/02/2026

Sempena Tahun Baharu Cina 2026, saya, Datuk Haji Junaidi Sahat, Pengerusi Barisan Nasional Ranau, mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh masyarakat yang meraikan ia di Ranau dan Sabah.

Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik serta kemakmuran berpanjangan. Marilah kita terus memperkukuh perpaduan, saling menghormati dan bekerjasama demi kemajuan Ranau yang lebih maju, harmoni dan sejahtera untuk semua.

ikhlas daripada
Datuk Hj. Junaidi Sahat
Pengerusi BN Ranau / Ketua UMNO Bahagian Ranau.

18/02/2026

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini menjadi medan untuk kita memperkukuh iman, memperbanyak amal kebajikan serta menyemai sifat sabar dan keikhlasan dalam setiap ibadah.

Mudah-mudahan Ramadan kali ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan keampunan buat kita semua, serta mengeratkan lagi silaturahim dalam keluarga dan masyarakat.

ikhlas daripada
Datuk Hj. Junaidi Sahat
Pengerusi Barisan Nasional Ranau / Ketua UMNO Bahagian Ranau.

24/10/2025

Check out BN Comms Ranau LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from BN Comms Ranau.

Peranan Orang Muda Dalam PRN Negeri Sabah!! Bersama Aktivis Belia Sahabat FAZLI BIN MIDDIE 👍👍
14/10/2025

Peranan Orang Muda Dalam PRN Negeri Sabah!! Bersama Aktivis Belia Sahabat FAZLI BIN MIDDIE 👍👍

Check out Bicara Orang Muda’s video.

Isu tiga serangkai — Air, Elektrik dan Jalan Raya — terus menjadi cabaran besar yang menjejaskan kehidupan dan sumber pe...
13/10/2025

Isu tiga serangkai — Air, Elektrik dan Jalan Raya — terus menjadi cabaran besar yang menjejaskan kehidupan dan sumber pendapatan pekebun-pekebun kecil di negeri Sabah. Ketiadaan bekalan air bersih yang stabil menyukarkan urusan harian serta kegiatan pertanian, manakala gangguan bekalan elektrik yang kerap berlaku membantutkan penggunaan peralatan asas pertanian dan menjejaskan hasil pengeluaran. Di samping itu, keadaan jalan raya yang sempit, rosak dan tidak berturap menyukarkan pekebun kecil untuk mengangkut hasil tanaman mereka ke pusat pengumpulan atau pasaran. Semua kekangan ini memberi kesan langsung kepada produktiviti, menambah kos operasi, serta melemahkan daya saing pekebun kecil yang sudah sedia berdepan dengan keterbatasan sumber kewangan. Masalah asas ini tidak seharusnya terus berlarutan; sudah tiba masanya usaha pembaikan dan pembangunan infrastruktur asas di kawasan luar bandar Sabah diberikan perhatian serius agar nasib pekebun kecil dapat dibela dan potensi ekonomi luar bandar dapat digerakkan dengan lebih berkesan.

jom kita dengarkan sendiri keluhan anak muda saudara Sabli ( Penternak Kambing ) GoatHeaven kg lohan ini..

35 likes, 9 comments. “Apakah Cabaran Golongan Belia Dalam Mendepani Ekonomi Diluar Bandar?? ep1”

11/10/2025

perlu barihat?? hmmm biar betul?? 😮

Like & Share 😘
11/10/2025

Like & Share 😘

39 Followers, 1 Following, 89 Likes - Watch awesome short videos created by bompodcast25

10/10/2025

Jual tanah habis sekelip mata?? orang muda perlu bijak untuk menjadi usahawan berjaya..

Jikalau 1 hingga 100 menjadi purata bahagia, di tahap manakah KEBAHAGIAAN kamu urang urang ranau..
13/09/2025

Jikalau 1 hingga 100 menjadi purata bahagia, di tahap manakah KEBAHAGIAAN kamu urang urang ranau..

22/08/2025

Sampai bila kerajaan mahu tutup mata terhadap isu buli?
Berapa ramai lagi anak bangsa kita harus jadi korban sebelum ada tindakan tegas diambil?

Zara Qairina hanyalah seorang pelajar, punya impian, punya masa depan. Tapi segalanya diragut kerana kegagalan kita sebagai masyarakat – lebih-lebih lagi kegagalan kerajaan untuk menyediakan sistem pendidikan dan perlindungan yang benar-benar selamat untuk anak-anak kita.

Kita tidak perlukan lagi janji manis di atas kertas, kita mahu tindakan nyata. Undang-undang mesti diperketatkan. Pelaku buli mesti diadili. Pihak berkuasa mesti telus, bukannya sekadar berdiam diri bila ada nyawa melayang.

Hari ini Zara, esok mungkin anak kita, adik kita, cucu kita.
Jangan biarkan tragedi ini jadi sekadar angka dan kenangan pahit.

Kita tuntut keadilan.
Justice for Zara Qairina.
No Room for Bullies.

  Mari kita bersama-sama menzahirkan solidariti buat arwah Zara dengan menghadiri Himpunan Aman Mega Ranau.Kita tuntut k...
21/08/2025



Mari kita bersama-sama menzahirkan solidariti buat arwah Zara dengan menghadiri Himpunan Aman Mega Ranau.
Kita tuntut kebenaran dan keadilan, hentikan buli yang meragut nyawa insan tidak berdosa.

📌 30 Ogos 2025 (Sabtu)
⏰ 8.00 Malam
📍 Pekan Ranau (lokasi akan dimaklumkan kemudian)

🖤 Pakai baju hitam
🪧 Bawa placard
🕯️ Bawa lilin / lampu suluh
☔ Bawa baju hujan & payung

❗ Himpunan ini tiada kaitan dengan politik, hanya solidariti untuk arwah Zara.

Address

Ranau
89308

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RANAU INFO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share