05/12/2024
JELAJAH BAGANG
Beberapa bulan yang lalu, pelajar Walai Quran telah datang berziarah ke salah sebuah rumah pelajar, terletak di Kampung Tanjung Senimpul Laut, di daerah Pitas atas jemputan orang tua seorang pelajar.
Awalnya, kedatangan rombongan pelajar ke Pitas hanya ingin menghadiri jemputan makan, tetapi setelah sampai di rumah tuan rumah, pelajar ditawarkan untuk pergi ke bagang yang menjadi sumber rezeki keluarga pelajar ini. Walaupun agak terkejut, para pelajar kelihatan teruja, bagai pucuk dicita, ulam p**a yang mendatang.
Para pelajar kemudiannya dibawa menaiki dua perahu yang dipandu sendiri oleh bapa pelajar dan pekerjanya.
Terlihat riak wajah kegembiraan dan keterujaan pelajar waktu itu, kerana itulah kali pertama mereka menaiki perahu, berada di atas laut dan melihat sendiri bagang yang selama ini hanya didengar melalui cerita kawan-kawan yang berasal daripada Pitas.
Sepanjang perjalanan ke bagang selama 40 minit, penglihatan pelajar dihidangkan dengan pemandangan yang sangat indah. Kelihatanlah bukit-bukau sekeliling air laut yang jernih dan burung-burung yang beterbangan di awan, subhanalLah.
Sesampai di bagang, beberapa pelajar naik ke atas dan ada sebahagian yang lain hanya duduk berdiam di perahu, tidak berganjak kerana takut dengan ketinggian.
Bagang adalah sumber rezeki bagi orang-orang yang tinggal di sekitar laut. Bukan semua orang memiliki bagang. Hanya mereka yang mampu dan berusaha gigih dapat memilikinya kerana tidak mudah untuk mendirikannya Selain kesungguhan, mendirikan sebuah bagang memerlukan modal yang agak besar serta proses yang mencabar.
Perjalanan pelajar Walai Quran menjelajah ke bagang tidaklah sia-sia hari itu kerana selain mendapat pengalaman berharga, mereka turut mempelajari ilmu perbagangan dan kehidupan masyarakat setempat di daerah Pitas.
Untuk memudahkan perjalanan ke lokasi madrasah kami, sila klik pautan berikut:- Muslim dan muslimat yang berhajat untuk berinfaq, bolehlah langsung ke madrasah mengikut lokasi di bawah,MRTMS Ranau ;https://maps.app.goo.gl/xVdAuPfAArqVJokt8
Cawangan MRTMS Kota Marudu;https://maps.app.goo.gl/K6zd6EndboBxmaxR6
Bagi tujuan infaq sila klik pautan ini
https://madrasahrtms.com/sumbangan-untuk-membiayai.../
-Syifa-