Ahli Dewan Belia Sabah P.179 Ranau

Directions

Ahli Dewan Belia Sabah P.179 Ranau Ahli Dewan Belia Sabah (ADBS) P.179 Ranau 2023 | Salbinus Tangkiris, Syukri Saridih & Adib Moin.

23/03/2024

Akan Datang!
Persidangan Dewan Belia Sabah Kali Ke-2

Persidangan ini adalah platform yang penting bagi Ahli Dewan Belia Sabah sesi 2023/2024 untuk berkumpul, berkongsi pandangan, dan menyuarakan isu-isu yang penting bagi masa depan Sabah.



ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„ππ†π€π†πˆπ‡π€π 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 π‹π€πŒππ”πŠ @ 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ’Tarikh : 22 Mac 2024 (Jumaat)Masa : 5 Petang - selesaiTempat : Perkarangan P...
19/03/2024

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„ππ†π€π†πˆπ‡π€π 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 π‹π€πŒππ”πŠ @ 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ’

Tarikh : 22 Mac 2024 (Jumaat)
Masa : 5 Petang - selesai
Tempat : Perkarangan Padang Bandaran, Pekan Ranau

Sebanyak 300 Pek Bubur Lambuk akan diagihkan kepada Warga Ranau.

Turut hadir Saudari Fiumie Chang Yee Ann, Johan Unduk Ngadau Ranau tahun 2023 bersama Ahli Dewan Belia Sabah (ADBS) P.179 Ranau!



Sabah Esport Talent (SETA) 2024SETA 2024 menampilkan 37 pasukan yang berentap bagi merebut piala kejuaraan. Kejohanan ak...
26/01/2024

Sabah Esport Talent (SETA) 2024

SETA 2024 menampilkan 37 pasukan yang berentap bagi merebut piala kejuaraan. Kejohanan akan dirasmikan oleh YB Datuk Hajjah Amisah Yassin, ADUN Dilantik Negeri Sabah.

Jom meriahkan program pada hujung minggu ini!

Anjuran:
Gabungan Belia Ranau
Ahli Dewan Belia Sabah N.38 Paginatan

02/01/2024

πŸ—£οΈπŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“£πŸ“£πŸ”
Proudly Present,

SABAH ESPORT TALENT (SETA)
anjuran Gabungan Belia Ranau.

Tarikh :
27 Januari 2024 Group Stage
28 Januari 2024 Playoff

Tempat : Arena Belia KBS Ranau
Masa : 9.00am - 5.00pm

Champion : RM 1500.00 + Trophy
2nd : RM 1000.00
3rd : RM 500.00

Pendaftaran :
https://www.esukan.gg/tournament/20472

Cara Pendaftaran :
Mira - 0146552355
Norizah - 0138352769
Didi - 0149104714

Pertanyaan :
Tengku Jaya - 0166966300

Anjuran:
Gabungan Belia Ranau (GBR)
Kementerian Belia & Sukan (KBS)
Esport Integrated (ESI)

***kejohanan ini adalah medium bagi pemilihan untuk membentuk sebuah pasukan esport.*

------ SHARE KEPADA RAKAN2 ------PROGRAM iTEKAD CIMB ISLAMIC RIDER ENTREPRENEUREDISI ASNAF 2024 (PAHANG, MELAKA, SARAWAK...
21/12/2023

------ SHARE KEPADA RAKAN2 ------

PROGRAM iTEKAD CIMB ISLAMIC RIDER ENTREPRENEUR
EDISI ASNAF 2024 (PAHANG, MELAKA, SARAWAK DAN SABAH)

Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur Edisi Asnaf 2024 ini merupakan kesinambungan daripada Program iTEKAD CIMB Islamic Bank Rider Entrepreneur 2.0 pada tahun 2023. Program ini adalah usaha untuk meningkatkan lagi taraf hidup dan ekonomi rakyat di Malaysia, melalui sokongan aktif terhadap komuniti asnaf dan golongan B40 demi mencapai daya tahan kewangan yang stabil, di samping menjana punca pendapatan yang mampan.

Oleh itu bagi tujuan meringankan beban mereka yang terkesan, iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur Edisi Asnaf akan memfokuskan bantuan pemberian motosikal kepada bakal peserta khususnya di kawasan bandar yang menggunakan khidmat penghantaran makanan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Program ini merupakan kerjasama secara sinergi antara Yayasan Belia Malaysia (YBM), CIMB Islamic Bank Berhad, Taylor's Community dan foodpanda Malaysia.

KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM

a. CIMB Islamic Bank dan Yayasan Belia Malaysia akan mengenalpasti belia yang layak daripada golongan B40 dan asnaf yang berminat untuk menyertai dan bekerja sebagai penghantar makanan atau rider dengan mendaftarkan mereka di bawah program ini.

b. Peserta program yang terpilih akan disumbangkan sebuah unit motosikal yang diberikan secara bertempoh selama 12 bulan dalam pemantauan dan didaftarkan atas nama Yayasan Belia Malaysia terlebih dahulu sebelum motosikal tersebut ditukar hak milik sepenuhnya kepada peserta yang berjaya menghabiskan 12 bulan pemantauan dengan cemerlang.

c. Proses temuduga dan saringan peserta akan diadakan di negeri Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah untuk mengenalpasti hanya peserta yang benar-benar layak sahaja boleh menyertai program ini.

Cepat daftar sekarang dengan kami sebelum terlambat.
Apa tunggu lagi!!! Kami akan bantu anda menjana pendapatan sekaligus membuka ruang untuk menjadi usahawan yang berjaya.

------ SHARE KEPADA RAKAN2 ------Permohonan bagi Geran Padanan Tanaman Sayuran telah dibuka sekarang. 2 skop ditawarkan ...
21/12/2023

------ SHARE KEPADA RAKAN2 ------

Permohonan bagi Geran Padanan Tanaman Sayuran telah dibuka sekarang.
2 skop ditawarkan di bawah Geran Padanan Tanaman Sayuran iaitu:
a) Mekanisasi, Automasi & Teknologi Pintar (50:50), (Kerajaan:Usahawan)
b)Pertanian Vertikal & Persekitaran Terkawal (40:60), (Kerajaan :Syarikat)
Sebarang pertanyan boleh berhubung :
Unit Sayur, Seksyen Sayuran dan Tanaman Kontan,
Bahagian Pembangunan Industri Tanaman,
Jabatan Pertanian Malaysia.
☎️03-8870 3480
πŸ“Borang permohonan : https://drive.google.com/file/d/1zDLhOrqGGQMt-u68VraBex8ef-Ln4LHQ/view?usp=drivesdk

Tarikh tutup permohonan : 31 Januari 2024.



Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

05.11.2023 | Jelajah Bisnes Orang MudaProgram Jelajah Bisnes Orang Muda yang diadakan di Bongkud Camp telah berjalan den...
07/11/2023

05.11.2023 | Jelajah Bisnes Orang Muda

Program Jelajah Bisnes Orang Muda yang diadakan di Bongkud Camp telah berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan yang sangat memberangsangkan. Seramai lebih 80 orang belia sekitar daerah Ranau hadir top-up ilmu keusahawanan.

Trainer yang ditampilkan adalah Coach Aggy, salah seorang tenaga pengajar mengenai keusahawanan yang tidak asing lagi di Negeri Sabah. Antara yang dititikberatkan adalah penghasilan Business Model Canvas (BMC) dan cara Pitching perniagaan.

Ahli ADBS Ranau, Sdr Syukri (N.37 Karanaan) & Sdr Adib (N.38 Paginatan) turut hadir memberi sokongan di dalam program ini. Kami merasa berterima kasih kepada pihak penganjur iaitu Impact Malaysia, Picksum & PACOS Trust atas kejayaan penganjuran program.

Diharap agar lebih ramai belia menerima manfaat daripada program-program yang dianjurkan pihak agensi. Kami di ADBS Ranau amat mengalu-alukan mana pihak yang ingin bekerjasama menganjurkan program melibatkan belia di masa hadapan.

"DARI BELIA UNTUK BELIA"
"BELIA SABAH BERWIBAWA"



Address

Kg Bongkud
Ranau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahli Dewan Belia Sabah P.179 Ranau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share