04/08/2026
MESYUARAT JKKK KAMPUNG PURAKAGIS BIL. 3/2026
Syukur, Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Purakagis Bil. 3/2026 telah berjaya diadakan pada:
📅 Tarikh: 4 Ogos 2026 (Selasa)
🕤 Masa: 9.30 pagi
📍 Tempat: Mini Dewan Kampung Purakagis
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi JKKK Kampung Purakagis, En. Makhlie Norman, dengan kehadiran Ahli Jawatankuasa JKKK bagi membincangkan pelbagai agenda penting demi kemajuan dan kesejahteraan kampung.
Antara perkara yang telah dibincangkan ialah:
✅ Penetapan tarikh perjumpaan bersama pegawai Kelab Rukun Tetangga (KRT).
✅ Pembentukan Jawatankuasa Pelaksana Majlis Perasmian Mini Dewan Kampung Purakagis.
✅ Laporan setiap biro termasuk perkembangan semasa, isu-isu kampung serta cadangan penyelesaian.
✅ Hal-hal lain yang berkaitan dengan pembangunan dan kebajikan penduduk.
Semoga segala keputusan dan perancangan yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan dengan baik hasil kerjasama semua ahli jawatankuasa dan sokongan seluruh warga Kampung Purakagis.
"Bersatu Kita Memajukan Kg. Purakagis"