Persatuan Unduk Ngadau Ranau

Directions Contact the organization

Persatuan Unduk Ngadau Ranau Page Rasmi Persatuan Unduk Ngadau Ranau (PUNR) yang berdaftar. No. Daftar: (PPM-013-12-06022023)

๐•๐ˆ๐’๐ˆ

Menjadikan persatuan ini sebagai platform untuk memupuk semangat perpaduan dan kekeluargaan.


๐— ๐—œ๐—ฆ๐—œ

- Memperkasakan masyarakat melalui kebudayaan agar tradisi tidak hilang ditelan zaman.
- Melahirkan masyarakat yang berdaya saing kreatif dan berinovatif.

๐— ๐—”๐—ง๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง

- Memperkasakan peranan Wanita KDMR dalam memartabatkan tradisi di Ranau dan seterusnya Negeri Sabah.

- Mengumpulkan semua Wanita KDMR yang pernah mengikuti pertandingan Unduk Ngadau di Daerah Ranau.

- Menjamin hak kebajikan Unduk Ngadau dan Wanita KDMR bagi mencapai potensi kendiri yang optimum.

- Meningkatkan kerjasama strategik antara Persatuan dengan pihak berkepentingan untuk sistem sokongan yang berkesan dan menyeluruh.

๐ŸŒบ UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH ๐ŸŒบPersatuan Unduk Ngadau Ranau (PUNR)Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima ka...
28/09/2026

๐ŸŒบ UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH ๐ŸŒบ

Persatuan Unduk Ngadau Ranau (PUNR)

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Kg. Karagasan, Ranau atas sambutan yang begitu mesra dan penuh kemesraan sepanjang Program Eksplorasi Amal Budaya Merdeka pada 19โ€“20 September 2026.

PUNR merakamkan penghargaan kepada YBhg. Datuk Jauteh Dikun dan Team, para pemimpin serta pemegang adat setempat, WKAN, pemaju mukim, ketua-ketua kampung, pengerusi JKKK, guru-guru, belia, wanita, kanak-kanak dan seluruh penduduk yang bersama-sama menjayakan program ini.

Terima kasih atas kerjasama, sokongan, penglibatan dan keramahan yang diberikan dalam setiap aktiviti โ€” daripada ziarah kasih, penyampaian sumbangan, aktiviti kemasyarakatan, sukan, gotong-royong, penanaman pokok, sehinggalah Malam Muhibbah dan pengisian budaya.

Sesungguhnya, program ini bukan sekadar sebuah kunjungan, tetapi menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, menyemarakkan semangat kemerdekaan, menghargai budaya serta menyuburkan nilai kasih dan keprihatinan sesama masyarakat.

๐ŸŒฟ Merdeka Dijiwai, Budaya Dihayati, Amal Diteruskan.
โค๏ธ Bersama Masyarakat, Memperkasa Budaya, Menyemarakkan Merdeka!

Salam kasih dan penghargaan daripada
PERSATUAN UNDUK NGADAU RANAU (PUNR)
๐ŸŒบ Kopivosian. Kotobian. Terima kasih!

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”-

๐ŸŽฏ OBJEKTIF PROGRAM EKSPLORASI AMAL BUDAYA MERDEKA

1. Memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan masyarakat melalui penghayatan semangat kemerdekaan dan Hari Malaysia.
2. Mengeratkan hubungan silaturahim antara Team Persatuan Unduk Ngadau Ranau (PUNR), Team YBhg. Datuk Jauteh Dikun, Ranau Free Market, komuniti 4x4 serta penduduk kampung.
3. Menyantuni dan membantu masyarakat setempat, khususnya golongan yang memerlukan, melalui aktiviti ziarah kasih, sumbangan dan bantuan kebajikan.
4. Mewujudkan semangat gotong-royong, perpaduan dan kerjasama komuniti tanpa mengira latar belakang melalui aktiviti kemasyarakatan dan rekreasi.
5. Memberi ruang kepada kanak-kanak dan belia untuk menyertai aktiviti sihat, riadah, sukan dan program kemasyarakatan yang membina seperti sukaneka dan bola sepak.
6. Menggalakkan perkongsian dan budaya memberi melalui konsep Ranau Free Market, sumbangan barangan serta bantuan kepada masyarakat.
7. Memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2026 dengan pengisian yang menggabungkan elemen amal, budaya, perpaduan dan kemasyarakatan.

Peranan PUNR

Persatuan Unduk Ngadau Ranau (PUNR) berperanan sebagai rakan strategik dan rakan pelaksana dalam menjayakan Program Eksplorasi Amal Budaya Merdeka melalui penglibatan aktif dalam aspek kebudayaan, kebajikan, kemasyarakatan dan kesukarelawanan. PUNR turut membantu menggerakkan penyertaan ahli, memperkenalkan serta memartabatkan budaya dan warisan tempatan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara penganjur dan masyarakat setempat.

๐Ÿ“ฃ JEMPUTAN UNTUK PENDUDUK SEKITAR KG. KARAGASAN & KAMPUNG BERDEKATAN ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธDengan sukacitanya, Team YBhg. Datuk Jauteh Dik...
16/09/2026

๐Ÿ“ฃ JEMPUTAN UNTUK PENDUDUK SEKITAR KG. KARAGASAN & KAMPUNG BERDEKATAN ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Dengan sukacitanya, Team YBhg. Datuk Jauteh Dikun bersama Persatuan Unduk Ngadau Ranau dan Ranau Free Market menjemput seluruh penduduk dari:

๐Ÿ“ Kg. Karagasan
๐Ÿ“ Kg. Betong
๐Ÿ“ Kg. Namaus
๐Ÿ“ Kg. Kiwakau
๐Ÿ“ Kg. Tundangon
๐Ÿ“ Kg. Agan
๐Ÿ“ Kg. Gusi
๐Ÿ“ Kg. Mansalu
๐Ÿ“ Kg. Tinongian

untuk datang beramai-ramai memeriahkan Program Eksplorasi Amal Budaya Merdeka ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽ‰

๐Ÿ—“ 19 โ€“ 20 September 2026
๐Ÿ“ Kg. Karagasan, Ranau

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk semua lapisan masyarakat, antaranya:

๐Ÿ‘ง๐Ÿป Sukaneka kanak-kanak
๐Ÿ’‡๐Ÿป Gunting rambut percuma kanak-kanak
๐Ÿชƒ Pertandingan Melastik
โšฝ Persahabatan bola sepak lelaki dan wanita bersama penduduk kampung dengan memakai sarung
โค๏ธ Ziarah kasih
๐Ÿ‘• Pemberian barangan terpakai secara percuma
๐Ÿฒ Aktiviti gotong-royong & makan malam bersama
๐ŸŒ™ Malam Muhibbah bersama YBhg. Datuk Jauteh Dikun
๐Ÿš Pemberian bakul makanan kepada KIR
๐Ÿ“” Penyerahan buku terpakai kepada SK Karagasan
๐ŸฅคPemberian botol air kepada pelajar SK Karagasan
๐Ÿ‘ฎ๐Ÿพ Dialog santai bersama YBhg. Datuk Jauteh Dikun
๐ŸŽค Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kebersamaan

๐Ÿ‘‰ Bawa anak-anak dan seluruh keluarga!
Jom kita bersama-sama memeriahkan program, mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat Merdeka, budaya dan amal dalam suasana penuh kekeluargaan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Datang beramai-ramai! Jangan lepaskan peluang untuk kita berkumpul, bergembira dan berkongsi kemeriahan bersama-sama.

๐ŸŒบ โ€œBersama Masyarakat, Memperkasa Budaya, Menyemarakkan Merdeka!โ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

๐ŸŒฟ SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TERIMA KASIH ๐ŸŒฟPihak Persatuan Unduk Ngadau Ranau (PUNR) merakamkan setinggi-tinggi pengh...
23/08/2026

๐ŸŒฟ SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TERIMA KASIH ๐ŸŒฟ

Pihak Persatuan Unduk Ngadau Ranau (PUNR) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Jauteh B. Dikun atas kesudian meluangkan masa untuk hadir dan seterusnya menyempurnakan perasmian penutupan Program Brainstorming Ahli Persatuan Unduk Ngadau Ranau (PUNR).

Kehadiran serta sokongan YBhg. Datuk amat kami hargai dan menjadi satu suntikan semangat kepada seluruh ahli persatuan untuk terus bergerak maju, memperkukuhkan kerjasama serta menghasilkan idea-idea baharu demi kemajuan dan kelangsungan PUNR.

Terima kasih atas sokongan, perhatian dan kepercayaan yang diberikan kepada PUNR. Semoga jalinan kerjasama ini terus berkekalan dan membawa manfaat kepada persatuan serta seluruh ahli.

๐ŸŒฟ PROGRAM BRAINSTORMING PERSATUAN UNDUK NGADAU RANAU ๐ŸŒฟSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak ya...
23/08/2026

๐ŸŒฟ PROGRAM BRAINSTORMING PERSATUAN UNDUK NGADAU RANAU ๐ŸŒฟ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Program Brainstorming 1.0 ini. ๐Ÿ’

Ucapan penghargaan khas turut ditujukan kepada Puan Leydiani Nelson, daripada Biro Rekreasi dan Kebudayaan, bersama team, atas inisiatif dan usaha dalam mencetuskan idea serta menggerakkan pelaksanaan program brainstorming ini. Terima kasih atas komitmen, masa dan kesungguhan dalam mewujudkan ruang untuk para AJK berkumpul, berkongsi pandangan dan bersama-sama memperkukuhkan hala tuju persatuan. ๐Ÿ‘๐ŸŒฟ

Terima kasih juga kepada semua AJK baharu dan lama yang telah meluangkan masa, berkongsi idea, pandangan serta tenaga demi memantapkan lagi gerak kerja dan hala tuju persatuan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada Puan Florensia Padasian, Pengerusi Persatuan Unduk Ngadau Ranau, atas sokongan, komitmen dan kesudian bersama-sama menjayakan program ini. Kepimpinan serta sokongan Puan amatlah dihargai dalam usaha memperkukuhkan lagi persatuan dan menyatukan seluruh barisan AJK. ๐ŸŒฟ๐Ÿค

Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Ellyanti Nelson, Pengerusi Persatuan Unduk Ngadau Sabah, atas kesudian meluangkan masa untuk hadir bersama serta menyampaikan perkongsian yang begitu bermakna bertajuk โ€œMembina Persatuan yang Lebih Kuat.โ€ ๐ŸŒฟ

Perkongsian, pandangan dan pengalaman yang disampaikan amat bermakna dalam memberikan inspirasi serta membuka perspektif baharu kepada para AJK untuk bersama-sama memperkukuhkan organisasi, meningkatkan kerjasama dan membina persatuan yang lebih kukuh serta berdaya maju. ๐Ÿคโœจ

Semoga sesi ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak idea bernas, kerjasama yang erat dan semangat berpasukan dalam melaksanakan setiap amanah yang diberikan.

Terima kasih atas komitmen, sokongan dan semangat semua!
Bersama kita teruskan usaha, bersama kita jayakan persatuan. โค๏ธ

๐Ÿ“ฃ ๐™Š๐™๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™๐™๐™!!! Ada berita baik untuk kamurang semua! ๐Ÿฅณโœจโ€‹Sempena  ๐™‹๐™š๐™จ๐™ฉ๐™– ๐™†๐™–๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™–๐™ฉ ๐™‹๐™–๐™œ๐™ž๐™ฃ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ 2026, booth ๐™Š๐™‡๐™๐™ˆ...
21/05/2026

๐Ÿ“ฃ ๐™Š๐™๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™๐™๐™!!! Ada berita baik untuk kamurang semua! ๐Ÿฅณโœจ

โ€‹Sempena ๐™‹๐™š๐™จ๐™ฉ๐™– ๐™†๐™–๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™–๐™ฉ ๐™‹๐™–๐™œ๐™ž๐™ฃ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ 2026, booth ๐™Š๐™‡๐™๐™ˆ๐™„๐™Ž ๐™‹๐™๐™‰๐™ ๐˜พ๐™๐˜ผ๐™๐™ (Persatuan Unduk Ngadau Ranau) akan dibuka secara rasmi di sini!

โ€‹โšก๐™…๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐™‡๐™€๐™‹๐˜ผ๐™Ž๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐™‹๐™€๐™‡๐™๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™Ž ๐™„๐™‰๐™„!โšก
Ini adalah masanya untuk semua warga Ranau melihat, menyentuh, dan mendapatkan sendiri koleksi kraf tangan etnik asli kita yang sangat eksklusif, halus buatan tangannya, dan sarat dengan nilai warisan nenek moyang. ๐Ÿ”ฅ

โ€‹Bukan itu sahaja, kami juga turut serta dalam ๐™…๐™๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™‰ ๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™ˆ๐˜ผ๐™ƒ ๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰๐™„! Pelbagai tawaran hebat dan barangan ๐ŸŽ ๐™‹๐™๐™€๐™ˆ๐™„๐™๐™ˆ ๐™ˆ๐™€๐™‰๐˜ผ๐™‰๐™๐™„ ๐˜ผ๐™‰๐˜ฟ๐˜ผ pada harga yang tersangatlah berpatutan dan mesra poket! ๐Ÿ›๏ธ

โ€‹๐Ÿ“Œ ๐˜พ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฉ ๐™๐™–๐™ง๐™ž๐™ ๐™ & ๐™‡๐™ค๐™ ๐™–๐™จ๐™ž ๐™Ž๐™ž๐™–๐™ฅ-๐™Ž๐™ž๐™–๐™ฅ:
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 21 โ€“ 23 Mei 2026 (Kini Sedang Berlangsung!)
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Kampung Kilimu, Ranau
โ€‹โœจ Perasmi: YB Datuk Armizan Mohd Ali (Menteri KPDN)

โ€‹Sambil-sambil kita memeriahkan acara tradisi yang best seperti Tarik Tali, Sugandoi, dan Pertandingan Magagong...
bah, jangan lupa singgah dan sokong produk buatan anak tempatan kita sendiri! ๐Ÿฅฐ

๐ŸŒพโ€‹๐˜’๐˜ฐ๐˜ต๐˜ฐ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜›๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ถ ๐˜›๐˜ข๐˜จ๐˜ข๐˜ป๐˜ฐ ๐˜‹๐˜ฐ ๐˜’๐˜ข๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ!๐ŸŒพ
Jumpa kamurang di sana! ๐Ÿ’›

โ€‹

โœจ ๐‘ท๐‘ผ๐‘ต๐‘น ๐’…๐’Š ๐‘ท๐’†๐’”๐’•๐’‚ ๐‘ฒ๐’‚๐’‚๐’Ž๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚๐’• ๐‘ซ๐’‚๐’†๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘ป๐’๐’๐’ˆ๐’๐’…! โœจBah, orang-orang Tongod dan sekitarnya! Jemput datang memeriahkan boo...
20/05/2026

โœจ ๐‘ท๐‘ผ๐‘ต๐‘น ๐’…๐’Š ๐‘ท๐’†๐’”๐’•๐’‚ ๐‘ฒ๐’‚๐’‚๐’Ž๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚๐’• ๐‘ซ๐’‚๐’†๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘ป๐’๐’๐’ˆ๐’๐’…! โœจ
Bah, orang-orang Tongod dan sekitarnya! Jemput datang memeriahkan booth ๐–ฎ๐—…๐—Ž๐—†๐—‚๐—Œ ๐–ฏ๐–ด๐–ญ๐–ฑ ๐–ข๐—‹๐–บ๐–ฟ๐— hari ini. ๐Ÿฅฐ
Pelbagai pilihan kraftangan tradisional Ranau yang ๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ธ, ๐—ฒ๐—ธ๐˜€๐—ธ๐—น๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ณ, ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ธ menanti anda di sini. Inilah masanya untuk kita sokong produk lokal dan mantapkan lagi budaya kita! โค๏ธ๐ŸŒพ
๐™…๐™ค๐™ข ๐™ ๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™ ๐™–๐™จ๐™ž ๐™ข๐™š๐™ง๐™ž๐™–๐™ ๐™‹๐™š๐™จ๐™ฉ๐’‚ ๐™†๐™–๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™๐™–๐™ง๐™ž ๐™ž๐™ฃ๐™ž ๐™™๐™ž:
๐Ÿ“ ๐˜ฟ๐™š๐™ฌ๐™–๐™ฃ ๐™๐™š๐™ง๐™—๐™ช๐™ ๐™– ๐˜ฟ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™๐™–๐™ ๐™ฎ๐™–๐™ฉ ๐™๐™ค๐™ฃ๐™œ๐™ค๐™™!


"๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐“๐ž๐ง๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฐ๐š ๐‚๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š, ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐Œ๐š๐ง๐ข๐ค ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ ๐š ๐“๐ซ๐š๐๐ข๐ฌ๐ข." ๐ŸŒพ๐Ÿ‘‘โœจโ–ช๏ธ ๐๐จ๐จ๐ญ๐ก ๐Š๐ซ๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐”๐๐‘ tempoh hari umpama menelusuri...
12/05/2026

"๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐“๐ž๐ง๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฐ๐š ๐‚๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š, ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐Œ๐š๐ง๐ข๐ค ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ ๐š ๐“๐ซ๐š๐๐ข๐ฌ๐ข." ๐ŸŒพ๐Ÿ‘‘โœจ

โ–ช๏ธ ๐๐จ๐จ๐ญ๐ก ๐Š๐ซ๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐”๐๐‘ tempoh hari umpama menelusuri sejarah nenek moyang kita. ๐Ÿ“œ Dari kehalusan seni "Tenunan Selendang" yang penuh makna, hingga ke ketelitian butiran "Manik Pinadang" yang sangat mempesona, setiap satunya adalah mahkota kebanggaan kita semua.โค๏ธ

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan membawa pulang secebis budaya kita sebagai kenangan. ๐Ÿ›๏ธ๐Ÿค

Bagi yang tidak sempat berkunjung ke booth kami, jangan risau! ๐™Š๐™ก๐™ช๐™ข๐™ž๐™จ ๐™‹๐™๐™‰๐™ ๐˜พ๐™ง๐™–๐™›๐™ฉ akan sentiasa menawarkan jualan produk kraftangan kami dari semasa ke semasa. Anda boleh terus menyokong dan memiliki koleksi warisan ini pada bila-bila masa. ๐Ÿงตโœจ

Semoga seni warisan ini terus ๐˜€๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ dan ๐—บ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ di hati generasi muda. โœจ

๐Ÿ’Ž ๐Ÿ‘‘ ๐ŸŒพ๐Ÿป

Penyerahan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kg. Timbua, Ranau bersama PUNR, RFWDA 4x4 dan KRS Ranau.โ€œ๐‘ท๐’“๐’Š๐’‰๐’‚๐’•๐’Š๐’, ๐’Ž๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’๐’•...
11/05/2026

Penyerahan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kg. Timbua, Ranau bersama PUNR, RFWDA 4x4 dan KRS Ranau.

โ€œ๐‘ท๐’“๐’Š๐’‰๐’‚๐’•๐’Š๐’, ๐’Ž๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’๐’•๐’– ๐’…๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Œ๐’๐’๐’ˆ๐’”๐’Š ๐’“๐’†๐’›๐’†๐’Œ๐’Š.โ€

๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐๐ข๐š๐š๐ง ๐”๐ง๐๐ฎ๐ค ๐๐ ๐š๐๐š๐ฎ (๐๐ž๐š๐ฎ๐ญ๐ฒ, ๐๐ซ๐š๐ข๐ง & ๐‚๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ฎ๐ซ๐ž)Baru-baru ini, Persatuan Unduk Ngadau Ranau (PUNR) telah melaka...
28/04/2026

๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐๐ข๐š๐š๐ง ๐”๐ง๐๐ฎ๐ค ๐๐ ๐š๐๐š๐ฎ (๐๐ž๐š๐ฎ๐ญ๐ฒ, ๐๐ซ๐š๐ข๐ง & ๐‚๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ฎ๐ซ๐ž)

Baru-baru ini, Persatuan Unduk Ngadau Ranau (PUNR) telah melakar satu langkah bermakna melalui penganjuran Bengkel Persediaan Unduk Ngadau khusus buat kosumandakan di sekitar daerah Ranau.

Disertai oleh 10 orang peserta dalam kalangan sumandak-sumandak dari sekitar daerah Ranau, yang tampil membawa semangat, keanggunan dan warisan budaya.

Bengkel ini bukan sekadar platform latihan, tetapi medan membentuk keyakinan, disiplin serta jati diri wanita berbudaya.

Melalui pendedahan intensif termasuk simulasi pentas, para peserta diberi peluang merasai pengalaman sebenar pertandingan sekaligus mempersiapkan diri ke arah pentas yang lebih gemilang.

Inilah permulaan kepada perjalanan yang penuh makna. melangkah dengan yakin, berdiri dengan bangga, dan membawa warisan ke tahap yang lebih tinggi. โœจ๐Ÿ‘‘

06/04/2026

๐Ÿ“ฃ BENGKEL UNDUK NGADAU

โœจ The Making of Unduk Ngadau: Beauty, Brain & Culture โœจ

Tarikh : 25/4/2026
Hari : Sabtu
Masa : Jam 8.00 am hingga 5.00 pm
Tempat : Meeting Room RedHill Cafe
Yuran Penyertaan : Rm 100

Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang peserta Unduk Ngadau?
Tetapi kurang keyakinan kerana tidak tahu info atau persediaan yang perlu dibuat sebelum menyertai pertandingan?

Inilah peluang anda untuk belajar secara langsung tentang persediaan sebenar seorang peserta Unduk Ngadau!

๐Ÿ’ซ Bengkel ini bukan sekadar kecantikan,
tetapi membentuk peserta Unduk Ngadau yang berkeyakinan, berilmu dan beridentiti budaya.

๐Ÿ”ฅ APA YANG MENARIK?
โœ… Teknik keyakinan diri & cara bercakap di pentas
โœ… Pengetahuan budaya & maksud di sebalik Unduk Ngadau
โœ… Cara penampilan, etika & first impression
โœ… Tips eksklusif dari pengalaman sebenar
โœ… Pendedahan dunia pertandingan Unduk Ngadau

โš ๏ธ TERHAD! HANYA 20 PESERTA SAHAJA
๐Ÿ“ Siapa cepat, dia dapat!

๐Ÿ’ƒ SIAPA YANG SESUAI JOIN?

โœ”๏ธ Kosumandakan yang berminat menyertai pertandingan Unduk Ngadau
โœ”๏ธ Belia yang ingin menambah pengetahuan dalam pertandingan UN

๐Ÿ’ก KENAPA ANDA PERLU JOIN?

Kerana Unduk Ngadau bukan hanya cantik,
tetapi merupakan gabungan Beauty, Brain & Culture ๐Ÿ’Ž

DAFTAR SEKARANG:
Pn.Leydia - 0142319948
Cik Ermie - 011-1268 7901

Address

Block E, Lot 1, Kompleks SEDCO
Ranau
89308

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Unduk Ngadau Ranau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Unduk Ngadau Ranau:

Shortcuts

Share