Majlis Konsultasi Perpaduan Negara - MKPN

Majlis Konsultasi Perpaduan Negara - MKPN Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) telah ditubuhkan pada 11 September 2013 susulan dari Pilihanraya Umum Ke 13.

Selari dengan hasrat untuk menjadikan badan ini bebas dan benar-benar berkesan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, maka perlantikan ahli-ahli MKPN hendaklah terdiri dari pelbagai latar belakang individu yang meliputi ahli akademik, ahli politik, pelbagai ethnik, ahli korporat, peguam, ahli yang mewakili golongan muda dan ahli yang mewakili wilayah Sabah dan Sarawak. Ahli-ahli yan

g dilantik hendaklah terdiri dari kalangan individu yang mempunyai kredibiliti, berfikiran terbuka dan dapat menerima dan menghormati pelbagai pandangan. Di dalam menjalankan tugasnya, MKPN perlu menjalin kerjasama dengan pelbagai kementerian, agensi, pelbagai badan dan pertubuhan dalam menjalankan program dan akses kepada rakyat. Terdapat dua (2) peringkat jawatankuasa MKPN yang ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Majlis dan Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Majlis dianggotai oleh tidak lebih dari 30 orang ahli tidak termasuk seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi, manakala Jawatankuasa Kerja bergantung kepada keperluan walau bagaimana pun keahliannya tidak melebihi 12 orang.

Address

Putrajaya
62502

Telephone

0388837000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Konsultasi Perpaduan Negara - MKPN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Konsultasi Perpaduan Negara - MKPN:

Share