14/07/2026
🌿🏡 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. 🤲✨
Hasil usaha bersama melalui Program LA21 Teduhan & Keceriaan dengan kerjasama Majlis Daerah Selama (MDS) pada 11 Julai 2026, kini Dewan Orang Ramai RPT Sungai Segar tampil dengan wajah baharu yang lebih bersih, ceria dan menarik. 🎨🏛️🌺
👏 Terima kasih kepada Majlis Daerah Selama Mds , AJK Persatuan Penduduk & KRT, para sukarelawan serta seluruh penduduk yang telah berganding bahu menjayakan program ini.
🌳 Ini membuktikan bahawa apabila kita bersatu hati, tiada yang mustahil. Semoga semangat gotong-royong ini terus subur demi menjadikan RPT Sungai Segar sebuah kampung yang indah, hijau, bersih dan harmoni. 💚🇲🇾
✨ "Kampung Kita, Ikut Cara Kita."
🤝 "Bersatu Hati, Berbakti, Kampung Berseri."
🌷 Pakcik Auk
Pengerusi Persatuan Penduduk & KRT
Kampung Tersusun RPT Sungai Segar