PUSPANITA Kebangsaan - RASMI

Call Directions Website Contact the organization

PUSPANITA Kebangsaan - RASMI Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali.

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia atau nama singkatannya PUSPANITA telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, YABhg.

๐Ÿ’ฆ AQUA ZUMBA PUSPANITA is back ๐Ÿ’ฆMOVE. SPLASH. SHINE. โœจNak workout yang low-impact tapi berkesan membakar kalori?Jom alam...
21/09/2026

๐Ÿ’ฆ AQUA ZUMBA PUSPANITA is back ๐Ÿ’ฆ

MOVE. SPLASH. SHINE. โœจ

Nak workout yang low-impact tapi berkesan membakar kalori?

Jom alami keunikan Aqua Zumba! Kita gunakan water resistance untuk kuatkan otot tanpa membebankan sendi dan lutut.

Sambil dance, move & have fun bersama Aqua Zumba PUSPANITA!

Bersedia untuk satu sesi yang penuh dengan muzik, tenaga dan good vibes โ€” sambil kekal aktif dan sihat. ๐Ÿ’—

๐Ÿ“… 7 Oktober 2026 (Rabu)
โฐ 6.00 petang โ€“ 7.00 malam
๐Ÿ“ Palm Garden Hotel, Putrajaya
๐Ÿ’ฐ RM20.00 / sesi
๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป Terbuka kepada wanita sahaja
๐Ÿ‘ฅ Terhad kepada 50 orang peserta

โœจ Tempat terhad!
Scan QR Code pada poster dan secure your spot sekarang! ๐Ÿซง

Come for the workout, stay for the good vibes! ๐Ÿ’ฆ๐Ÿ’—

Putrajaya

Vitality Sihat PUSPANITA 2026 bawakan FunDance! ๐ŸŽถIstimewa untuk anda yang nak hilangkan stres dan kekal aktif. No dancin...
21/09/2026

Vitality Sihat PUSPANITA 2026 bawakan FunDance! ๐ŸŽถ

Istimewa untuk anda yang nak hilangkan stres dan kekal aktif. No dancing skills? No problem! Semua beginners dialu-alukan untuk join dan berpeluh bersama.

18/09/2026

Siapa kata belajar tarian tradisional tu susah?

Penari 'instant' dalam masa 1 jam!

Memang riuh dan penuh dengan gelak tawa sesi Ritma Melayu pada 17 September 2026 di Dewan D' Seri Endon Putrajaya - Vitaliti Sihat PUSPANITA 2026 semalam!

Suasana santai sebab kita belajar basic steps yang sangat fun dan mudah diikut.

Terima kasih kepada Cikgu dari ASWARA yang sangat sempoi mengajar kami dari 'zero'.

Tengoklah hasilnya, semua pakat pandai meliuk-lentok anggun dalam Baju Opah masing-masing!

LAWATAN PROGRAM KE PENJARA KAJANG TAHUN 2026 Sekitar Program Lawatan PUSPANITA Kebangsaan ke Penjara Kajang yang telah b...
17/09/2026

LAWATAN PROGRAM KE PENJARA KAJANG TAHUN 2026

Sekitar Program Lawatan PUSPANITA Kebangsaan ke Penjara Kajang yang telah berlangsung dengan jayanya pada 14 September 2026 (Isnin).

Kehadiran YBhg. Puan Sri Datuk Maheran binti Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA bersama delegasi telah disambut mesra oleh YBhg. Datin Che Norshina binti Mohd Hashim, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KDN, barisan pengurusan tertinggi KDN serta pihak pengurusan Penjara Kajang.

Delegasi lawatan telah dibawa melawat ke beberapa pengisian program utama termasuk Taska Penjara Wanita Kajang, Pameran Hasil Produk Batik, Bengkel Menjahit dan Sulaman, Sekolah Integriti, Bengkel Membuat Pastri dan Kek serta Galeri Institut Penjagaan dan Pembangunan Penjara Malaysia (IPPM).

Program turut diserikan dengan sesi ramah mesra dan penyampaian sumbangan serta cenderamata.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program lawatan ini.



๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ACARA PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH AMAZING RACE PUSPANITA: EDISI HARI MALAYSIA 2026 ๐ŸSorotan sekitar Majlis Perasmian...
17/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ACARA PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH AMAZING RACE PUSPANITA: EDISI HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ

Sorotan sekitar Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah yang telah berlangsung dengan jayanya pada 15 September 2026 (Selasa) bertempat di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.

Sengit dan penuh bertenaga!

Cabaran kali ini telah menyaksikan persaingan hebat daripada 40 pasukan yang bertanding, namun hanya 10 pasukan terbaik yang berjaya menembusi kedudukan pemenang.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan pemenang kita:

1.Tulip โ€“ Fincredible (KKDW)
2.Marigold โ€“ Federal Queens (JPM)
3.Raflesia โ€“ Flora Queens (KPKT)
4.Anggerik โ€“ Cak Cibo! (K*K)
5.Iris โ€“ BKK - JPT (KPT)
6.Alamanda โ€“ KBS - Dash (KBS)
7 Cempaka โ€“ Herbie-Queens (KKR)
8.Orkid โ€“ Girls Warrior (KPKT)
9.Jasmin โ€“ Redah Jer (KPT)
10.Dahlia โ€“ -G- Dragon (Petra)

Majlis penutup ini telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Sri Datuk Maheran binti Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA serta diserikan lagi dengan kehadiran barisan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Kerja (JKT) yang hadir memberikan sokongan penuh pada majlis penutup ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Biro Kebudayaan dan Sosial PUSPANITA Kebangsaan serta seluruh ahli urus setia yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran program dari awal hingga akhir.


Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMengukuh perpaduan, memperkasa keharmonian. Ayuh seluruh ahli PUSPANITA seiri...
15/09/2026

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Mengukuh perpaduan, memperkasa keharmonian.

Ayuh seluruh ahli PUSPANITA seiring melangkah demi tanah air tercinta.

Selamat Hari Malaysia daripada kami di PUSPANITA Kebangsaan!

11 September 2026 - YBhg. Puan Sri Datuk Maheran binti Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA telah menerima kunjungan hormat da...
12/09/2026

11 September 2026 - YBhg. Puan Sri Datuk Maheran binti Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA telah menerima kunjungan hormat daripada PUSPANITA Cawangan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Bilik VIP, Dewan De Seri Endon, PUSPANITAPURI.

Antara agenda utama pertemuan termasuklah perbincangan cadangan kolaborasi strategik bersama PUSPANITA Kebangsaan serta pembentangan visi dan pencapaian setengah tahun PUSPANITA Cawangan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Semoga ukhuwah dan sinergi yang terbina terus memperkasakan peranan wanita dalam perkhidmatan awam.

RITMA MELAYU | VITALITI SIHAT PUSPANITA 2026โ€œRentak Tradisi, Langkah Bertenaga"Tema- Baju Opah  Berselempang Batik Jom l...
11/09/2026

RITMA MELAYU | VITALITI SIHAT PUSPANITA 2026

โ€œRentak Tradisi, Langkah Bertenaga"

Tema- Baju Opah Berselempang Batik

Jom ladies! 1 jam sesi tarian tradisional sambil bersenam yang pastinya seronok ๐Ÿ’ƒ

๐Ÿ“… 17 September 2026 (Khamis)
๐Ÿ•  5.30 PM โ€“ 6.30 PM
๐Ÿ“ Dewan De' Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya
๐Ÿ’ต Yuran Penyertaan: RM8.00 / Sesi**
๐Ÿ‘ฅ Terbuka kepada umum (Wanita Sahaja)

Ajak kawan-kawan dan jom bergerak bersama mengikut rentak tradisi!

๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar sekarang.



Address

PUSPANITAPURI, Lot PT 2280-2283, Persiaran Seri Perdana, Presint 10
Putrajaya
62250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60104554118

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUSPANITA Kebangsaan - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PUSPANITA Kebangsaan - RASMI:

Shortcuts

Share