Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia - Yadim

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia - Yadim Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Kompleks Islam Putrajaya, Aras 4 Blok D
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan.
(349)

Tel : 03-8870 3870
Faks : 03-8870 3871 YADIM ialah sebuah badan amanah yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussin, YAB Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 1 Muharam 1394, iaitu 25 Januari 1974 yang bertujuan menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara serta menjadi pemangkin ke arah penyebaran dakwah di Mala

ysia. YADIM ialah sebuah badan amanah yang didaftarkan di bawah Trust Incorporation Ordinance 1952 yang bertanggungjawab secara langsung kepada YAB Perdana Menteri. Pengurusan YADIM bermula dengan Yang Dipertuanya yang pertamanya, iaitu Allahyarham Tan Sri Datuk Syed Nasir bin Ismail (Tun) dan diikuti oleh beberapa orang Yang Dipertua yang berkaliber, iaitu Allahyarham YBhg. Dato’ Seri Hj. Kamaruddin bin Hj. Mohd. Isa, YB. Dato’ Dr. Mohd Yusof bin Noor (Tan Sri), YBhg. Allahyarham Tan Sri Dato’ Ainuddin bin Abdul Wahid, YBhg. Dato’ Dusuki bin Hj. Ahmad, YB. Dato’ Dr. Abdul Hamid bin Othman (Tan Sri), YBhg. Datuk Hj. Nakhaie bin Hj. Ahmad, YBhg Datuk Dr Hj. Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir, YB. Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B), YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki , YBhg. Dr Yusri Mohamad, Y.Bhg Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dan Y.Bhg Ustaz Nasrudin bin Hassan dan Y.Bhg Datuk Hasanuddin bin Mohd Yunus. Ketika ini, badan dakwah ini diterajui oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Hasan bin Bahrom. Setiap Yang Dipertua mempunyai idea, pendekatan visi dan misi yang tersendiri dalam menjadikan YADIM rakan pembinaan negara yang sentiasa mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kebaikan dan masa depan agama, ummah dan negara. STRATEGI

Pendekatan Dan Strategi Pelaksanaan

• Dinamik ( Bersiri Dan Susulan)
• Kolaborasi ( Strategi Samudera Biru (BOS) )
• Komprehensif ( Kumpulan Sasaran & Penceramah )

Kerajaan MADANI terus memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui penambahbaikan logistik agrikomoditi, bantuan kepada lebi...
01/06/2026

Kerajaan MADANI terus memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui penambahbaikan logistik agrikomoditi, bantuan kepada lebih 7,000 pekerja yang kehilangan pekerjaan, serta mengekalkan harga RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter.

Baucar Buku RM100 diteruskan, Malaysia kekal sebagai Ekonomi Islam Terbaik Dunia, projek BESS diperluas bagi memperkukuh bekalan tenaga, manakala komitmen terhadap Sabah diperkasa melalui pelaksanaan MA63 dan peningkatan pemberian interim kepada RM1.5 bilion.

MADANI Bekerja: 25 – 31 Mei 2026

🇲🇾✨Kerajaan MADANI terus memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui penambahbaikan logistik agrikomoditi, bantuan kepada lebih 7,000 pekerja yang kehilangan pekerjaan, serta mengekalkan harga RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter.

Baucar Buku RM100 diteruskan, Malaysia kekal sebagai Ekonomi Islam Terbaik Dunia, projek BESS diperluas bagi memperkukuh bekalan tenaga, manakala komitmen terhadap Sabah diperkasa melalui pelaksanaan MA63 dan peningkatan pemberian interim kepada RM1.5 bilion. 💵📈




01/06/2026

[LANGSUNG BERSAMA NIAGA AWANI] MENGEJAR AI: APA PENGORBANAN MALAYSIA DEMI MASA DEPAN DIGITAL?

YADIM TV.membawakan secara streaming MENGEJAR AI: APA PENGORBANAN MALAYSIA DEMI MASA DEPAN DIGITAL?

OLEH PROF. TS. DR ZURIATI AHMAD ZUKARNAIN, Profesor Rangkaian Komputer dan Keselamatan Siber Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM

Tarikh : 1 Jun 2026 | Isnin
Masa : 9.00 pagi
Platform : Facebook Yadim official dan YouTube Yadim TV

***

YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.

Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.

Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 1402 3010 0455 56 (Bank Islam)

Atau klik link dibawah :

Sumbangan secara potongan bulanan

InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim

Sumbangan secara one-off
InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim




DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-P...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada :-
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

POTONGAN AYAT AL-QURAN BERKAITAN TRANFORMASI DIRI  إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا۟ مَا بِأ...
01/06/2026

POTONGAN AYAT AL-QURAN BERKAITAN TRANFORMASI DIRI

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا۟ مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ
Surah Ar-Rad (ayat 11)

Maksudnya : “Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu,”






LENSA Program Usrah Nurani Komuniti sempena Majlis Ibadah Korban 2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pergam, Jabor, K...
31/05/2026

LENSA Program Usrah Nurani Komuniti sempena Majlis Ibadah Korban 2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pergam, Jabor, Kemaman pada 30 Mei.

Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin telah menyampaikan Tausiyah MADANI kepada para pelajar, guru-guru serta ibu bapa yang hadir. Beliau menekankan kepentingan pendidikan, pembentukan sahsiah serta penghayatan nilai-nilai murni dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Program ini turut diisi dengan pelaksanaan ibadah korban serta pengagihan daging korban kepada ibu bapa para pelajar sebagai simbol kebersamaan dan keprihatinan terhadap komuniti setempat.

Hadir sama ke program ini ialah Guru Besar SK Sungai Pergam, Encik Mohd Nazlin Mat serta Penaung Kelab Sahabat Prihatin, Encik Rizan Haji Ali, Tok Batin Kampung Orang Asli Sungai Pergam, Tok Batin Roslan Semail serta pegawai-pegawai YADIM Negeri Terengganu.

***

YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.

Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.

Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 1402 3010 0455 56 (Bank Islam)

Atau klik link dibawah :

Sumbangan secara potongan bulanan

InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim

Sumbangan secara one-off
InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim




SEKITAR Suasana di Pavilion Baitul Hikmah Madani, Pelantaran Putra, Aras 2, WTCKL. Sebanyak reruai 14 agensi Hal Ehwal A...
31/05/2026

SEKITAR Suasana di Pavilion Baitul Hikmah Madani, Pelantaran Putra, Aras 2, WTCKL.

Sebanyak reruai 14 agensi Hal Ehwal Agama ditempatkan di sini sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 berlangsung pada 29 Mei hingga ,7 Jun ini.

Sudahkah anda hadir ? Ayuh jangan lepaskan peluang dapatkan pelbagai naskhah menarik yang pastinya sesuai untuk seisi keluarga.

Bukan jualan buku sahaja, pengunjung juga boleh sertai pelbagai aktiviti lain seperti forum, sesi podcast, sesi kuiz dan pelbagai lagi.

***

YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.

Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.

Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 1402 3010 0455 56 (Bank Islam)

Atau klik link dibawah :

Sumbangan secara potongan bulanan

InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim

Sumbangan secara one-off
InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim




PROGRAM Ibadah Korban Pedalaman Sabah sempena Aidiladha 1447H menutup tirainya di Keningau pada 29 Mei dan Pitas pada 30...
31/05/2026

PROGRAM Ibadah Korban Pedalaman Sabah sempena Aidiladha 1447H menutup tirainya di Keningau pada 29 Mei dan Pitas pada 30 Mei.

Di Keningau, program ibadah diadakan di
Surau Al Mukminin, Kampung Padang Timbak, manakala di Pitas berlangsung di Masjid Pengiran Haji Abdul Karim, Kampung Kalumpang.

Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy (SWADD) Bank Islam Malaysia Berhad menyumbang seekor lembu di kedua lokasi berkenaan.

Secara keseluruhan, seramai 110 keluarga menerima manfaat hasil ibadah di kedua lokasi program.

Penganjuran program Keningau dan Pitas ini merupakan sebahagian daripada enam lokasi yang terpilih untuk Program Ibadah Korban Pedalaman Sabah pada tahun ini.

***

YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.

Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.

Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 1402 3010 0455 56 (Bank Islam)

Atau klik link dibawah :

Sumbangan secara potongan bulanan

InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim

Sumbangan secara one-off
InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim




"Saya mengucapkan terima kasih kepada EZ Qurban dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) atas sumbangan lembu korban...
31/05/2026

"Saya mengucapkan terima kasih kepada EZ Qurban dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) atas sumbangan lembu korban yang diberikan ini.

"Di pondok ini terdapat kira-kira 100 penghuni termasuk warga emas yang menetap di sini untuk mendalami ilmu agama, dan daging korban yang diterima akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk penyediaan makanan kepada penghuni pondok,".

Demikian penghargaan daripada antara penerima manfaat Program Titipan Kasih Korban 2026 di Kelantan.

Terima kasih Harian Metro atas jalinan kerjasama dan liputan ini

Bachok: Bersempena Aidiladha institusi pondok terpilih di Kelantan menerima manfaat daripada program agihan daging korban yang dilaksanakan secara besar-besaran buat julung kalinya.

RAIKAN Sebuah majlis ilmu yang menghimpunkan pimpinan negara dan tokoh ilmuwan Antarabangsa dalam suasana penuh keberkat...
30/05/2026

RAIKAN Sebuah majlis ilmu yang menghimpunkan pimpinan negara dan tokoh ilmuwan Antarabangsa dalam suasana penuh keberkatan dan penghayatan.

Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersama para ilmuwan terkemuka:

• Sheikh Muhammad Hydara al-Jilani
• Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

📅 4 Jun 2026 (Khamis) | 18 Zulhijjah 1447H
🕕 6.00 petang – 9.30 malam
📍 Masjid Al-Sultan Abdullah, Kuala Lumpur

Marilah bersama-sama meluangkan masa untuk menimba ilmu, memperkukuh kefahaman agama serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Mudah-mudahan Majlis Ilmu MADANI yang penuh manfaat ini menjadi wasilah kepada keberkatan hidup, ketenangan jiwa dan pengukuhan kesatuan ummah.

Semua masyarakat dijemput hadir.

📚 CUTI SEKOLAH KE MANA? JOM SINGGAH KE RERUAI YADIM DI PBAKL 2026! 🎉Temui pelbagai tarikan istimewa kami di Pavilion Bai...
30/05/2026

📚 CUTI SEKOLAH KE MANA?

JOM SINGGAH KE RERUAI YADIM DI PBAKL 2026! 🎉

Temui pelbagai tarikan istimewa kami di Pavilion Baitul Hikmah Madani sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026!

✨ Buku baharu YADIM termasuk Teras Tamadun Alam Melayu, Cinta Yang Mendengar dan Dakwah Zaman Gelisah.

Dapatkan juga Best Seller YADIM, Buku Sirah Nabawiyyah yang kini memasuki cetakan ke-13!

Ada juga pelbagai bahan lain deperti 👕 T-Shirt Dakwah, 📚 Komik Sahabat dan pelbagai penerbitan menarik!

💰 Harga serendah RM2 sahaja!
👨‍👩‍👧‍👦 Untuk seisi keluarga:
🎨 Passport Si Kecil
🧠 Kapsul Si Pintar
✂️ Jom Belajar Origami!

🎁 Pelbagai aktiviti interaktif dan hadiah menarik menanti anda

📍 Reruai YADIM, Pavilion Baitul Hikmah Madani (Pelantaran Putra, Aras 2, WTCKL)

🕙 10.00 pagi – 10.00 malam

Jangan lepaskan peluang mendapatkan bahan bacaan berkualiti, menyertai aktiviti menarik dan menikmati suasana ilmu yang santai bersama keluarga.

Address

Kompleks Islam Putrajaya, Aras 4 Blok D No. 3, Jalan Tun Razak, Presint 3
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

03-8870 3870

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia - Yadim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia - Yadim:

Share