mengujudkan satu Kesatuan yang lengkap bagi memperjuangkan isu dan kebajikan Pekhidmatan Perangkaan;
2. memajukan kebajikan ahli dari segi perkhidmatan, kemasyarakatan dan pendidikan;
3. memperoleh dan mengekalkan bagi ahlinya sukatan gaji yang adil dan sesuai, keselamatan bekerja, masa dan syarat bekerja yang berpatutan dan juga memberi nasihat dan bantuan dalam hal-hal yang tersebut;
4. mengatur
perhubungan di antara pihak majikan dengan pekerja, di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli dengan lain-lain pekerja;
5. berikhtiar untuk menyelesaikan sebarang perselisihan dengan cara aman damai dan bermuafakat;
6. memberi bantuan guaman kepada ahli bagi isu yang berkaitan perkhidmatan;
7. mengadakan bantuan seperti bayaran di masa teraniaya atau di mana pertikaian kerja;
8. menganjurkan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk memaju dan memantapkan pengetahuan ahli;
9. mengarang, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang suratkhabar, majalah, kertas berita atau lain-lain penerbitan untuk menjayakan tujuan Kesatuan ini atau untuk faedah ahlinya; dan
10. mengadakan kumpulan wang kebajikan seperti faedah perkahwinan, kelahiran, bantuan hospital, khairat kematian serta insentif kecemerlangan pendidikan.