Komuniti Sihat Pembina Negara-KOSPEN

Komuniti Sihat Pembina Negara-KOSPEN Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) adalah satu inisiatif pemerkasaan komuniti dalam mencegah NCD Pemakanan Sihat
2. Gaya Hidup yang aktif
3. Tidak Merokok
5.

Masalah Penyakit Tidak Berjangkit (Non-Communicable Disease-NCD) perlu
dipandang serius oleh semua pihak bukan sahaja Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) malah oleh kementerian serta agensi lain selain komuniti
sendiri. Penyakit Tidak Berjangkit utama yang perlu diberikan perhatian dan
berkongsi faktor risiko yang sama adalah diabetis atau penyakit kencing
manis, penyakit kardiovaskular term

asuk hipetensi dan strok, kanser dan
penyakit respiratori kronik. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi atau National Health
and Morbidity Survey (NHMS) pada tahun 2019, situasi penyakit NCD di
kalangan dewasa di negara ini masih ditahap yang tidak memuaskan, dimana
prevales penyakit diabetes meningkat kepada 18.3% (3.89 juta) berbanding
13.4% (2.7 juta) bagi tahun 2015. Prevalens hipertensi p**a kekal di sekitar 30.0% (6.38 juta) berbanding 30.3%
(6.11 juta) pada tahun 2015. NHMS 2019 juga mendapati, 50% dari kes-kes
diabetes dan hipertensi ini tidak disedari (undiagnosed). Selain itu, kaji selidik
berkenaan mengesan sejumlah 2.3% dewasa di negara ini mengalami
masalah kemurungan. Dari segi faktor risiko p**a, prevalens dewasa yang mengalami masalah
berlebihan berat badan dan obesiti p**a meningkat kepada 50.1% berbanding
47.7% pada tahun 2015. Sungguhpun prevalens hiperkolesterolemia
menunjukkan penurunan pada 2019 iaitu 38.1% (8.09 juta) berbanding 47.7%
(9.64 juta) pada tahun 2015, ianya masih belum memuaskan. Prevalens
dewasa yang mengambil sajian buah-buahan dan sayuran yang kurang dari
saranan iaitu 5 sajian sehari masih tinggi, iaitu sekitar 95%. 1 daripada 10
peminum alkohol mengambil minuman alkohol secara mudarat atau sehingga
mabuk sekurang-kurangnya sekali seminggu (heavy episodic drinking,HED)
melalui NHMS 2019

Skop utama kospen
1. Pengurusan Berat Badan
4. Kesihatan Mental
6. Pencegahan dan Pengurangan Kemudaratan Alkohol
7. Pengesanan Faktor Risiko Penyakit Tidak
Berjangkit


Sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Negara (JPNIN) melalui program Rukun Tetangga melaksanakan KOSPEN, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)

KKM amat menggalakkan lain-lain agensi untuk bekerjasama menjalankan KOSPEN

Pernah tak alami situasi ini? 👀➡️ Siang hari berpuasa➡️ Malam berbuka macam “balas dendam makan”➡️ Hujung Ramadan… berat...
09/03/2026

Pernah tak alami situasi ini? 👀

➡️ Siang hari berpuasa
➡️ Malam berbuka macam “balas dendam makan”
➡️ Hujung Ramadan… berat badan naik p**a 😅

Antara puncanya:

🥤 Air manis berlebihan
Minuman manis, sejuk memang nikmat waktu berbuka, tapi kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan lebihan kalori yang akhirnya disimpan sebagai lemak.

🍗 Makanan tinggi kalori
Bila lapar seharian, kita cenderung mengambil makanan tinggi kalori dan kurang berkhasiat. Lagi-lagi kalau ambil dalam kuantiti yang banyak.

🌙 Makan lewat malam selepas moreh
Metabolisma badan lebih rendah pada waktu malam. Bila makan lewat dan penggunaan tenaga kurang, lebihan tenaga mudah bertukar menjadi lemak.

Cuba kongsikan di ruangan komen 👇
Apa menu wajib anda ketika berbuka puasa?

Ingat, kawal selera dan makan secara berpada-pada supaya Ramadan lebih bermakna.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA







Hari ini hari istimewa...Hari apa?Hari ni Hari Obesiti Sedunia - 4 Mac 2026 🌍Kadang-kadang kan...Kita rasa berat badan n...
04/03/2026

Hari ini hari istimewa...

Hari apa?

Hari ni Hari Obesiti Sedunia - 4 Mac 2026 🌍

Kadang-kadang kan...
Kita rasa berat badan naik tu perkara biasa…
Tapi sebenarnya ia boleh beri kesan besar pada kesihatan kita
Kalau dari awal kita tidak berjaga-jaga

Kita bukannya apa...
Kita cuma nak jadi 'versi lebih baik' daripada semalam sahaja ✨

Buat 'sikit', untuk elak dapat penyakit

Sikit yang macam mana tu?

Kurang manis 'sikit'
Kurang masin 'sikit'
Kurang lemak 'sikit'
Lebihkan gerak 'sikit'
Sayang diri lebih 'sikit'

Yang paling penting apa?

Teruskan Istiqamah !

Small steps, big impact

Ada berani? Jom!!!

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA






Salam Ramadan ke-11Dah bersiap-siap nak ke bazar Ramadan ke tu?Yaaaa…. betul… Bazar Ramadan sememangnya syurga makanan…T...
01/03/2026

Salam Ramadan ke-11

Dah bersiap-siap nak ke bazar Ramadan ke tu?
Yaaaa…. betul… Bazar Ramadan sememangnya syurga makanan…

Tapi perlu diingat yaaa…
Makanan yang menyelerakan belum tentu baik untuk kesihatan

Jangan mudah tergoda
Belilah secara besederhana
Berbelanja ikut keperluan
Elakkan pembaziran

Meh sini nak bagi 4 tips berbelanja di Bazar Ramadan

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA






Salam Ramadan semua! 🌙✨Lama sungguh kita tak bersua,Tiba-tiba dah masuk Ramadan!Siapa kata Ramadan kena lesu?Jom kekal b...
21/02/2026

Salam Ramadan semua! 🌙✨

Lama sungguh kita tak bersua,
Tiba-tiba dah masuk Ramadan!

Siapa kata Ramadan kena lesu?
Jom kekal bertenaga supaya ibadah pun makin padu 💪

Nah..... saya kongsikan 3 petua mudah untuk kekal cergas sepanjang hari berpuasa
Mudah sangat-sangat...
Jom!!!!

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA






Pada 3 Februari 2026 telah diadakan Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dengan13 ...
13/02/2026

Pada 3 Februari 2026 telah diadakan Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dengan13 Badan Bukan Kerajaan (NGO). MoU telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. MoU ini bertujuan untuk menzahirkan komitmen kukuh Kerajaan terhadap pendekatan whole-of-society dan meaningful engagement, yang mengiktiraf peranan NGO sebagai rakan strategik yang aktif dan bermakna sepanjang keseluruhan kitaran program kesihatan.

Melalui pemeteraian MoU ini, NGO diinstitusikan sebagai rakan strategik utama Kerajaan dalam menyumbang kepakaran teknikal, pembangunan modul, perancangan serta pelaksanaan aktiviti advokasi dan promosi kesihatan, termasuk aspek pemantauan dan penilaian (M&E). Kerjasama ini bertujuan memastikan pelaksanaan intervensi kesihatan yang lebih inklusif, berasaskan bukti dan berimpak tinggi kepada masyarakat.

Pendekatan kolaboratif ini adalah selaras dengan sasaran Global NCD Targets serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), ke arah memperkukuh sistem kesihatan negara yang lebih mampan, responsif dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat.

Sesi Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) telah berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, bersempena Sambutan Hari Kanser Sedunia 2026 pada 4 Februari 2026, dan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia.

Dr Dzulkefly Ahmad

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA







13/02/2026
15/11/2025

Comelnya! 🤗
Apa tu? 🤩

Inilah Maskot Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Hulu Perak - Mat KOSPEN 🌟💜

Mat KOSPEN dengan tema warna rasmi KOSPEN iaitu ungu 💜 membawa misi besar dalam membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam mencegah Penyakit Tidak Berjangkit / Non Communicable Diseases (NCD) kepada masyarakat Hulu Perak💪

Apakah Misi Mat KOSPEN?
🩺 Saringan Kesihatan berkala
💪 Hidup Aktif
🥗 Pemakanan Sihat
🚭 Bebas Asap Rokok / V**e
🏋️Pengurusan Berat Badan
🧠Kesihatan Mental
🍺Elak kemudaratan Alkohol
💙Kesan Awal Kanser

Jom bersama Mat KOSPEN !
💪


Hari ini hari terakhir cuti sekolah…Cuti sakan nohh… sampai sunyi betul KLEsok dah kembali ke rutin harian bekerjaDikhab...
21/09/2025

Hari ini hari terakhir cuti sekolah…
Cuti sakan nohh… sampai sunyi betul KL
Esok dah kembali ke rutin harian bekerja

Dikhabarkan trafik sesak di sana di sini
Badan terasa lemau? Otot tegang?
Itu tandanya badan kita perlukan sedikit “reset”.
Apa lagi!!!
Jom cuba Kaedah Relaksasi Otot yang mudah sangat, tak sampai 5 minit pun! 🧘‍♂️💆‍♀️

👉 Kaedah Relaksasi Otot ini ialah teknik ringkas yang boleh diamalkan di pejabat, di rumah atau bahkan dalam perjalanan balik kerja.

Manfaatnya?
💆‍♀️ Hilangkan ketegangan otot
🧘‍♂️ Redakan stres
💪 Pulihkan tenaga dengan cepat
🌬️ Bantu fokus semula untuk tugasan harian

Dengan hanya beberapa minit, badan akan rasa lebih ringan, kepala lebih lapang, dan mood pun kembali ceria! ✨

Jom mulakan hari-hari anda dengan lebih sihat, bertenaga & bersemangat

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA








Awak.. haaa awak la siapa lagi 'Bila saya cakap pasal rokok, awak kata Ramadan adalah permulaan...'Yaaaa... Permulaan un...
13/09/2025

Awak.. haaa awak la siapa lagi

'Bila saya cakap pasal rokok, awak kata Ramadan adalah permulaan...'

Yaaaa... Permulaan untuk berhenti... Tapi sekarang apa dah jadi?

Saya nak sampaikan sesuatu yang bermakna Tentang Rokok, Paru-Paru dan Kita

Rokok kecil di jari, nampak biasa
Asapnya masuk, paru-paru jadi mangsa
Putih yang suci perlahan jadi kelam
Nafas segar berubah tengik dan tumpat di dalam

Sekali rasa mungkin lega
Dalam diam racun bermaharajalela
Paru-paru merintih tanpa suara
Setiap sedutan potong usia

Paru-paru berbisik, “Tolong Berhenti”
Setiap sedutan mencuri detik hidup ini
Sayangilah nafas yang Tuhan beri
Jangan gadai hidup dengan asap sendiri

Hentikan rokok, hargai diri
Kerana hidup ini bukan untuk dibakar pergi
Kita sering lupa, nafas itu nyawa
Tanpa paru-paru sihat, segalanya tiada makna
Ingatlah…
Sihat itu kita… Sihat itu kamu dan saya

Nekad untuk berhenti, bukan mudah, tapi untuk sihat, ia pasti jadi

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA








Hari ini.... Kisah tentang ikan...Ada satu ☝🏻 teka-teki“Dalam banyak-banyak ikan… ikan apa yang sakit?” 🤔Ikan buntal? Sa...
05/09/2025

Hari ini.... Kisah tentang ikan...

Ada satu ☝🏻 teka-teki

“Dalam banyak-banyak ikan… ikan apa yang sakit?” 🤔

Ikan buntal? Salah!
Jawapannya: "Eeeeeee-kan kita kawan jer… Sakit kannn?" 😢🎣

Bercakap pasal ikan...

Ikan - manfaatnya yang luar biasa untuk kesihatan!

Antara ikan berlemak yang kaya dengan asid lemak Omega-3:
🐟 Ikan sardin
🐟 Ikan kembung
🐟 Ikan salmon
🐟 Ikan tuna
🐟 Ikan herring
🐟 Ikan mackerel
🐟 Ikan tongkol
🐟 Ikan tenggiri

Jom tingkatkan pengambilan ikan dalam menu harian anda – iaitu 1 sajian setiap hari. Sedap, sihat, dan penuh khasiat! 🥢✨

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA








Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-68 🇲🇾Apakah sebenarnya makna “Merdeka”??Merdeka itu bebas penjajahMenghirup u...
30/08/2025

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-68 🇲🇾

Apakah sebenarnya makna “Merdeka”??

Merdeka itu bebas penjajah
Menghirup udara tanpa resah
Di tanah air yang merdeka
Rakyatnya sihat jiwa dan raga

Sesungguhnya
Kemerdekaan bukan sekadar bendera
Tetapi jasad yang sihat terjaga
Kesihatan itu kunci utama
Untuk membina negara tercinta
Dan juga benteng bangsa merdeka

Ayuh kita jaga diri
Makan sihat dan terus berbakti
Bersenam dan mental terjaga
Agar merdeka ini kekal selamanya

Merdeka gaya baharu:
✅ Saring Awal, ketahui status kesihatan anda
✅ Kurangkan gula dalam minuman
✅ Aktifkan diri dengan senaman
✅ Tidur yang cukup agar tenaga berkekalan

Tubuh sihat dan jiwa yang kuat
Barulah Merdeka terasa nikmat

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-68 🇲🇾

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA








Address

Kementerian Kesihatan
Putrajaya
62590

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Sihat Pembina Negara-KOSPEN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Komuniti Sihat Pembina Negara-KOSPEN:

Share