Melahirkan profesional-profesional Islam yang berilmu, beriman dan bertakwa kepada Allah
Menerapkan Islam yg syumul(menyeluruh) kepada semua warga kampus demi mewujudkan biah solehah di UNITEN.
MISI YANG SEIRING DENGAN VISI
1. Membantu dalam menjaga kebajikan mahasiswa Uniten.
2. Memperluaskan jaringan & kerjasama dengan persatuan dalam dan luar Uniten.
3. Menerapkan gerak kerja yang professional berlandaskan amar maaruf nahi mungkar
4. Memperkasakan PPI sebagai agen penyedar isu semasa kepada warga kampus Uniten
SEJARAH PPI UNITEN
Idea awal untuk menubuhkan satu persatuan yang akan menjadi badan induk bagi semua Pelajar Muslim Uniten timbul seawal tertubuhnya universiti ini iaitu 1 Julai 1997. Idea ini telah diutarakan oleh Ahli Jawantankuasa Kecil Surau Apartment Kompleks Barat (sekarang dikenali sebagai Kelompok Ilmu) setelah melalui beberapa proses perbincangan dengan beberapa pensyarah Uniten.
Ahli Jawatankuasa Kecil Surau Apartment p**a merupakan jawatankuasa kecil yang dibentuk di bawah IKATAN Islamic Student Association (IISA). Setelah IKATAN dinaiktaraf sebagai sebuah universiti dengan nama Universiti Tenaga Nasional, IISA telah dimansuhkan dan semua persatuan yang sedia ada di IKATAN termasuk IISA dikehendaki mendaftarkan semula persatuan mereka di bawah Universiti Tenaga Nasional.
Bagi tujuan mendaftarkan semula persatuan ini, satu jawatankuasa penaja ditubuhkan bagi membincang dan menyiapkan kertas kerja penubuhan dengan dibantu oleh para pensyarah. Dengan izin Allah, tanggal 27 Ogos 1998, Persatuan Pengajian Islam Universiti Tenaga Nasional Kampus Bangi telah berjaya ditubuhkan dan satu jawatankuasa tetap telah dilantik bagi menggantikan jawatankuasa penaja.
MOTO PPIUNITEN
“Duta Pembimbing & Kasih Sayang”
Moto ini adalah manifestasi kepada rangkuman maksud tersirat di sebalik logo PPIUNITEN. Untuk membawa mesej Islam, dakwah adalah mekanisme utama dalam setiap langkah dan tindakan pendokongnya. Tuturkata, perbuatan, personaliti, ketrampilan, diam dan sebagainya adalah dakwah sebagaimana yang disyariatkan. Perubahan-perubahan yang berlaku tidak akan sesekali menggoyah pendirian organisasi tetapi merupakan proses kematangan untuk mengukuhkan perjuangan. Akhirnya, dengan strategi dan perlaksanaan yang teratur, hasrat untuk melihat Islam berada pada tempatnya akan terlaksana, InsyaAllah.