20/02/2026
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) melalui Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Putrajaya (KSKMP) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia ingin menjemput semua untuk hadir ke Hari Bersama Jabatan Penjara Malaysia. Program ini merupakan inisiatif bagi mempromosikan pelbagai produk yang dihasilkan oleh prospek atau penghuni penjara di seluruh Malaysia di bawah satu bumbung iaitu di Istana Kehakiman, Putrajaya sempena bulan Ramadan tahun ini dan juga bulan Syawal yang bakal tiba.
🗓 Tarikh: 23-25 Februari 2026
📍 Lokasi: Dewan Bankuet, Istana Kehakiman
🔗 Masa: 23.02.26 (1-3 petang), 24& 25.2.26 (10 pagi – 4 petang)
Produk utama yang bakal dijual adalah:
• Makanan: Pelbagai jenis kuih raya dan kudapan, produk makanan sejuk beku seperti karipap, murtabak, pau dan banyak lagi.
• Perabot & Kayu: Perabot, set barbeku dan ukiran kayu yang berkualiti tinggi.
• Kraftangan & Tenunan: Produk rotan dan buluh seperti bakul serta tenunan songket eksklusif.
• Pakaian & Tekstil: Pakaian siap, set kain dan cenderamata berasaskan batik hasil jahitan penghuni penjara.
Kehadiran pihak Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Urusetia Program Hari Bersama Jabatan Penjara 2026