Jawatankuasa Pemulihan Dadah - JKPD Daerah Brickfields

Directions Website

Jawatankuasa Pemulihan Dadah - JKPD Daerah Brickfields Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jawatankuasa Pemulihan Dadah - JKPD Daerah Brickfields, Non-Governmental Organization (NGO), Tingkat 5, Rumah Persekutuan, Jalan Hishamuddin , W. P. Kuala Lumpur, Putrajaya.

28/09/2026
SALAM TAKZIAH إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSeluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)(JKPD BRICKFIEL...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)(JKPD BRICKFIELDS )mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Hasmah binti Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dilimpahkan kasih sayang dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Allahyarhamah akan terus dikenang sebagai seorang negarawan yang disegani, tokoh wanita yang berjiwa besar serta insan yang telah mencurahkan bakti dengan penuh keikhlasan kepada negara dan masyarakat.

AADK JKPD BRICKFIELDS menyanjung tinggi segala jasa dan bakti Allahyarhamah kepada negara. Semoga segala amal kebajikan dan pengorbanan beliau menjadi amal jariah yang terus mengalir serta mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

JKPD BRICKFIELDS

Setinggi-tinggi Tahniah! 👏✨Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Brickfields bagi Sesi 2026–2028 secara rasmin...
08/09/2026

Setinggi-tinggi Tahniah! 👏✨

Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Brickfields bagi Sesi 2026–2028 secara rasminya telah dilantik, merangkumi wakil daripada dua kawasan Parlimen: Parlimen Seputeh dan Parlimen Lembah Pantai.

Pelantikan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang amat besar dalam menyokong serta memperkasakan agenda pencegahan, pemulihan, dan integrasi semula komuniti ke arah persekitaran yang lebih sejahtera.

Sumbangan & Fokus Utama JKPD:

🤝 Pemerkasaan Komuniti: Menyedia dan memperluas jaringan sokongan buat individu serta keluarga yang memerlukan.

🛡️ Pencegahan & Kesedaran: Melaksanakan program kesedaran awam berkaitan bahaya penyalahgunaan bahan di peringkat akar umbi.

🔄 Pemulihan & Integrasi: Membantu proses pemulihan dan integrasi semula bekas pengguna ke dalam masyarakat secara holistik.

Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan integriti kepada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Semoga usaha gigih ini membuah hasil yang positif demi kesejahteraan warga Brickfields, Seputeh, dan Lembah Pantai! 💪❤️

13/01/2026

Address

Tingkat 5, Rumah Persekutuan, Jalan Hishamuddin , W. P. Kuala Lumpur
Putrajaya
50050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jawatankuasa Pemulihan Dadah - JKPD Daerah Brickfields posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share