Surau Al-Mizan, Presint 8, Putrajaya

Surau Al-Mizan, Presint 8, Putrajaya Menuju menjadi "orang tengah" yang membina masyarakat bersepadu dan penuh santun di samping menyediakan fasiliti ibadah yang bersih cantik dan selesa.

Satu-satunya Surau Jumaat Putrajaya yang mempunyai kolam ikan terbesar dengan di kelilingi tema Morocco

26/05/2026

KULIAH MAGHRIB - Kebaikan Bulan Zulhijjah | Ust Muhammad Mushfique Ayoup | 26 Mei 2026

25/05/2026

𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗿𝗮𝗳𝗮𝗵 merupakan satu hari yang agung lagi istimewa dalam bulan Zulhijah. Bahkan hari Arafah mendapat perhatian khusus di sisi syarak sebagaimana dalam beberapa riwayat hadis.

Semoga fakta yang dikongsikan dapat memberi manfaat buat kita semua.

Kredit Guru kami : Ustaz Wadi Annuar

25/05/2026

9 Zulhijjah adalah hari di mana umat Islam yang mengerjakan Haji berwukuf pada tempat dan waktu yang mulia di padang Arafah.

Bagi umat Islam di Malaysia, 9 Zulhijah 1447H jatuh pada hari esok, 26 Mei 2026 (Selasa) melalui kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria Imkanur Rukyah.

Antara amalan terbaik yang boleh kita lakukan pada hari wukuf di Arafah adalah memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. Ini kerana pada hari istimewa ini merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.

Doalah banyak-banyak pada hari tersebut, semoga dikabulkan segala permintaan kita.

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk berdoa bila-bila masa sepanjang hari Arafah. Berdoalah yang baik-baik untuk diri kita, keluarga, agama dan negara kita. Siapa tahu, doa kita yang ikhlas dan bersungguh-sungguh akan dimakbulkan oleh-Nya, Insya-Allah.





25/05/2026

Waktu Bertakbir Hari Raya Eidul Adha

Jenis-Jenis Takbir Raya

Takbir Mursal : Sunat bertakbir sepanjang masa bermula tenggelam matahari malam Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sehingga takbiratul ihram solat Hari Raya.

Takbir Muqayyad : Khusus disunatkan ketika Hari Raya Aidiladha. Dilaksanakan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.

Orang yang TIDAK menunaikan haji disunatkan takbir muqayyad setiap kali selesai menunaikan solat fardu bermula waktu Subuh 9 Zulhijah sehingga waktu Asar 13 Zulhijah.

Orang yang menunaikan haji Disunatkan takbir muqayyad selepas solat Zohor pada Hari Raya Aidiladha sehingga waktu Subuh 13 Zulhijah. Sekiranya sudah selesai bertahallul yang kedua, mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, seperti orang lain.

Sumber: Pejabat M***i Wilayah Persekutuan

25/05/2026
25/05/2026

𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗥𝗨𝗣𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗜 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗡𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔 𝗗𝗜𝗕𝗘𝗕𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗜𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗭𝗔𝗕 𝗡𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗪𝗧

Imam Muslim meriwayatkan dalam al-Sahih, menerusi sanadnya daripada Umm al-Mu’minin ‘Aisyah RA, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرُ أَنْ يَعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو، ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمُ الْمَلَائِكَةَ، فَيَقُولُ: مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ

“Tiada suatu hari pun yang lebih banyak Allah SWT membebaskan hamba-Nya daripada neraka melainkan pada hari Arafah; dan Allah SWT mendekatkan (rahmat-Nya buat hamba), dan Dia berbangga dengan (jemaah Haji) di hadapan para Malaikat seraya berkata: “Apalah yang mereka semua mahu!” (Sahih Muslim)

"Memasyarakatkan Ilmu, Mengilmukan Masyarakat”


***iNegeriPahang



25/05/2026

NOTA ARAFAH : PENENTUAN TARIKH, WAKTU DOA MUSTAJAB DAN PUASA ARAFAH YANG RAMAI MASIH KELIRU!

Setiap kali masuk bulan Zulhijjah, umat Islam bersiap-siap untuk dua benda besar iaitu Hari Raya Haji dan.. kemeriahan menyembelih, melapah, pengagihan daging serta berkenduri haiwan korban.

Tapi, sebelum orang sibuk menyembelih kambing dan lembu, ada satu hari yang sangat istimewa; Hari Arafah, iaitu pada 9 Zulhijjah.

Kalau anda tengah buat haji di Mekah, anda akan berwukuf di Padang Arafah sambil muhasabah diri, tangisi dosa, dan doakan segala macam wishlist. Tapi bagi kita yang duduk kat Malaysia, tak dapat naik haji tahun ni, jangan risau! Kita masih boleh rebut pahala besar dengan berpuasa sunat pada Hari Arafah.

Tapi.. bila sebenarnya nak puasa tu? Tarikh ikut Mekah ke Malaysia?

Ha, inilah yang selalu jadi topik perdebatan setiap tahun. Jom kita rungkaikan one by one.

Kenapa Hari Arafah ni best sangat?

Satu hari yang dapat padam dosa setahun sebelum dan selepas. Macam promosi besar-besaran dari langit: “Puasa sehari, bersih dua tahun!”. Dalam hadis, Baginda SAW bersabda:

"Puasa hari Arafah, aku harap Allah hapuskan dosa tahun lepas dan tahun depan."

(Riwayat Muslim)

Eh, tapi dosa kecil je tau. Kalau dosa besar tu, eloklah kita bertaubat betul-betul. Tapi kalau pun takde dosa (siapa je yang tak de dosa!), puasa ni tetap naikkan darjat kita.

Win-win!

Nabi SAW pun memang selalu puasa 9 Zulhijjah ni. Siap bonus lagi; kalau rajin, puasa 8 Zulhijjah (Hari Tarwiyah) pun digalakkan. Kira macam “warm-up” sebelum Arafah Day.

Doa Hari Arafah: Masa Mustajab

Selain puasa, doa masa Hari Arafah ni super mustajab. Rasulullah SAW bersabda :

"Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.."

(Riwayat al-Tirmizi)

Dan zikir paling mantap?

Lā ilāha illa Allah, wahdahu lā syarīka lah..

Walaupun kita TAK berada di Arafah, doa kita tetap diterima insyaAllah, asalkan hari tu adalah 9 Zulhijjah IKUT NEGARA KITA. Tak perlu tunggu waktu jemaah haji tengah berwukuf kat padang Arafah tu. Kalau di Malaysia 9 Zulhijjah, maka dari Maghrib ke Maghrib tu, doalah puas-puas. Nak doa jodoh, rezeki, kesihatan, kerja idaman, atau dapat anak ramai pun boleh!

Tapi.. bila nak puasa ni? ikut Mekah ke Malaysia?

Nahhh, inilah topik tahunan. Ada yang kata,

“Eh, Mekah dah wukuf semalam. Puasa lah ikut sana!”

Tapi realitinya.. Setiap negara ada kiraan sendiri.

Kenapa?

Sebab anak bulan (hilal) muncul pada waktu berbeza-beza ikut tempat. Malaysia kat timur, Saudi kat barat. Jadi kadang-kadang Saudi nampak dulu, Malaysia belum. Itu perkara biasa.

Kata Imam al-Nawawi :

"Kalau satu tempat nampak anak bulan, tempat yang dekat boleh ikut. Tapi tempat jauh, ikut kiraan masing-masing."

Jadi, Mazhab Syafi’i (yang majoriti kita ikut) kata : ikutlah tarikh 9 Zulhijjah yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia, sebab setiap tempat berbeza matla’ (tempat terbit bulan).

Kesimpulan :

1. Puasa Hari Arafah ialah 9 Zulhijjah ikut Malaysia, bukan ikut Mekah (kecuali anda tengah berada di sana).

2. Doa pada hari tu? Power mustajab. Tak perlu tunggu waktu spesifik, doa je sepanjang hari, bermula masuk 9 Zulhijjah (Maghrib 25 Mei 2026).

3. Nak tambah bonus pahala? Puasa juga pada 8 Zulhijjah (Hari Tarwiyah).

4. Jangan pening kepala soal tarikh. Tengok pengumuman rasmi Malaysia, bukan group WhatsApp jiran sebelah.

5. Dan yang paling penting.. jangan tinggal niat, jangan tinggal sahur, puasalah dengan penuh senyuman.

Selamat berpuasa Hari Arafah dan semoga segala doa kita dikabulkan.





25/05/2026

Hari Arafah merupakan antara hari yang paling istimewa dalam bulan Zulhijah dan termasuk dalam hari-hari terbaik yang dianjurkan untuk memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama mengambil peluang pada Hari Arafah dengan melaksanakan puasa sunat, memperbanyakkan doa, zikir, istighfar serta amal kebajikan.

Puasa sunat hari Arafah di Malaysia iaitu pada 26 Mei 2026 (Selasa) bersamaan 9 Zulhijah 1447.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, mengurniakan keampunan, rahmat serta keberkatan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.




23/05/2026

KULIAH MAGHRIB - Tafsir Al-Quran (Surah Ali 'Imran) | Ust. Dr. Rosli Mokhtar | 23 Mei 2026

22/05/2026

KULIAH MAGHRIB - Muhimmah | Ust. Najmudin bin Mohamiddin | 22 Mei 2026

20/05/2026

ALLAH BERSUMPAH DENGAN 10 MALAM ZULHIJJAH!

​Perasan tak? Dalam Surah Al-Fajr, ayat 1–2, Allah SWT ada berfirman:

​وَالْفَجْرِ ۝ وَلَيَالٍ عَشْرٍ ۝

Maksudnya : ​"Demi waktu fajar, dan demi malam-malam yang sepuluh."

​Eh, 'malam yang sepuluh' tu malam apa sebenarnya?

​Majoriti ulama tafsir hebat macam Ibnu Abbas, Mujahid, Qatadah, Ibnu Kathir, dan At-Tabari kata ayat ni merujuk kepada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

​Imam Ibnu Kathir sendiri sebut, inilah pandangan yang paling popular dan kuat di kalangan para ulama.

​Kenapa 10 Awal Zulhijjah ni 'special' sangat?

​Sebab inilah hari-hari yang paling mulia dalam setahun untuk kita pulun buat amal soleh. Punya lah power hari-hari ni, sampai Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

Maksudnya : “Tiada hari-hari yang amalan soleh lebih disukai oleh Allah SWT untuk dilakukan melainkan hari-hari ini.” (Baginda memaksudkan 10 hari terawal Zulhijjah).

Para sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”

Baginda bersabda:

“Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

(Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 969)

​Apa pengajaran yang kita boleh dapat?

​Dalam Al-Quran, kalau Allah SWT bersumpah dengan sesuatu perkara, itu tandanya benda tu tersangatlah mulia, agung, dan ada keistimewaan yang besar.

​Jadi bila Allah bersumpah dengan 'malam yang sepuluh' ni, maknanya 10 awal Zulhijjah ni memang ada 'vibe' luar biasa di sisi Allah.

​Nota Tambahan: Walaupun ayat tu sebut 'malam' (layalin), para ulama jelaskan yang ia sebenarnya merangkumi keseluruhan hari (siang dan malam). Dalam bahasa Arab, kadang-kadang sebut malam tapi maksudnya satu pakej waktu siang sekali.

​So, jangan lepaskan peluang tau!

Jom kita pakat-pakat gandakan zikir, sedekah, puasa sunat, dan buat baik banyak-banyak. Sempat lagi nak 'top-up' pahala! ☺️





Address

Presint 8
Putrajaya
62250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Mizan, Presint 8, Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share