Official Yayasan Guru Malaysia Berhad - YGMB

Official Yayasan Guru Malaysia Berhad - YGMB Organisasi penyayang dan berwibawa daripada guru untuk guru demi martabat profesion keguruan.

Warga KPM, nak perlindungan lebih terjamin? Memberikan manfaat kepada ahli, pasangan & anak 👨‍👩‍👧‍👦Nak tahu lebih lanjut...
06/04/2026

Warga KPM, nak perlindungan lebih terjamin? Memberikan manfaat kepada ahli, pasangan & anak 👨‍👩‍👧‍👦

Nak tahu lebih lanjut?
Hubungi kami di talian 03-88931155 atau whatsapp di nombor 019-2180558

YGMB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
23/03/2026

YGMB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

19/03/2026

Salam Lebaran daripada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Malaysia Berhad.

19/03/2026
YGMB SALUR LEBIH RM131 RIBU KHAIRAT KEMATIAN KEPADA WARISKOTA BHARU, 1 MAC 2026 – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) te...
18/03/2026

YGMB SALUR LEBIH RM131 RIBU KHAIRAT KEMATIAN KEPADA WARIS

KOTA BHARU, 1 MAC 2026 – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) telah menyerahkan manfaat Khairat Kematian kepada tiga waris melibatkan Ahli Skim Emas dan Ahli Skim 18 dalam satu majlis yang berlangsung di sini.

Dalam majlis tersebut, Guru Besar SK Manek Urai Baru, Roslan Hassan, hadir sebagai wakil kepada isteri Allahyarham Suhaimi Mohd Zain yang tidak dapat hadir kerana masih dalam tempoh iddah bagi menerima manfaat Khairat Kematian Ahli Skim Emas berjumlah RM52,020.00.

Allahyarham yang merupakan Guru Penolong Kanan telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Oktober tahun lalu dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Ismail Petra di samping isteri serta dua orang anak perempuannya.

Dalam majlis yang sama, YGMB turut menyerahkan manfaat Khairat Kematian Ahli Skim 18 kepada isteri Allahyarham Hamdan Abdullah, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-paru pada Disember tahun lalu.

Allahyarham yang merupakan guru Lukisan Kejuruteraan di SMK Sungai Pinang telah menamakan isterinya, Kamariah Husain, sebagai waris bagi menerima manfaat berjumlah RM27,064.84.

Seterusnya, YGMB juga telah menyerahkan manfaat Khairat Kematian Ahli Skim Emas berjumlah RM52,029.08 kepada isteri pempengaruh media sosial, Allahyarham Ahmad Radzli Che Ngah juga dikenali sebagai Rambo Castello yang telah meninggal dunia akibat serangan jantung semasa lawatannya ke Yogyakarta, Indonesia pada Oktober tahun lalu.
Allahyarham Ahmad Radzli sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Jeli.

Penyerahan cek cura manfaat Khairat Kematian tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Hajah Siti Norina Muhamad, dalam majlis yang berlangsung di sini.

LIMA ANAK HILANG IBU TERCINTAKUALA TERENGGANU, 12 FEBRUARI 2026 – Seorang guru Bahasa Arab dan Pendidikan Islam SK Kompl...
17/03/2026

LIMA ANAK HILANG IBU TERCINTA

KUALA TERENGGANU, 12 FEBRUARI 2026 – Seorang guru Bahasa Arab dan Pendidikan Islam SK Kompleks Gong Badak, Allahyarhamah Syazwani Nasuha Ismail, 38, meninggal dunia akibat serangan jantung.

Pemergian Allahyarhamah amat dirasai oleh suami tercinta, Mohd Faiz Awang, serta lima orang anak mereka yang masih kecil dan bersekolah, berusia antara 2 hingga 12 tahun.

Allahyarhamah telah menamakan ibunya, Fatimah Ngah, dan suami, Mohd Faiz Awang, sebagai waris bagi menerima manfaat Khairat Kematian Ahli Skim 16 berjumlah RM8,000.00.

Penyerahan cek cura manfaat tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi YGMB, Dato’ Haji Abdul M**e Ngah dalam satu majlis yang diadakan di SMK Dato’ Razali Ismail.

Berikut merupakan senarai manfaat bagi skim baharu YGMB iaitu Skim Kasih yang boleh dinikmati oleh ahli, pasangan dan ju...
09/03/2026

Berikut merupakan senarai manfaat bagi skim baharu YGMB iaitu Skim Kasih yang boleh dinikmati oleh ahli, pasangan dan juga anak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Kasih, sila layari laman web rasmi YGMB di www.ygmb.com.my atau hubungi kami di talian 03-8893 1155.

Anda juga boleh menghubungi kami melalui WhatsApp di 019-218 0558 untuk pertanyaan lanjut.

Berikut merupakan senarai manfaat bagi skim baharu YGMB iaitu Skim Sejahtera yang boleh dinikmati oleh ahli, pasangan da...
06/03/2026

Berikut merupakan senarai manfaat bagi skim baharu YGMB iaitu Skim Sejahtera yang boleh dinikmati oleh ahli, pasangan dan juga anak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Sejahtera, sila layari laman web rasmi YGMB di www.ygmb.com.my atau hubungi kami di talian 03-8893 1155.

Anda juga boleh menghubungi kami melalui WhatsApp di 019-218 0558 untuk pertanyaan lanjut.

SASAR 20,000 WARGA PENDIDIK SERTAI DUA SKIM BAHARU YGMBKOTA BHARU: Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyasarkan kira-...
04/03/2026

SASAR 20,000 WARGA PENDIDIK SERTAI DUA SKIM BAHARU YGMB

KOTA BHARU: Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyasarkan kira-kira 20,000 warga pendidik menyertai dua skim baharu yang diperkenalkan iaitu Skim Sejahtera dan Skim Kasih menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, Skim Sejahtera dan Skim Kasih diperkenal dengan nilai manfaat berganda yang ditambah baik daripada skim terdahulu.

Katanya, kedua-dua skim berkenaan yang dilancarkan kelmarin menawarkan manfaat bukan sahaja untuk ahli YGMB malah memberi perlindungan kepada pasangan dan anak-anak ahli.

“Skim Sejahtera menawarkan yuran RM65 sebulan manakala Skim Kasih p**a RM69. Kedua-dua skim itu juga menetapkan bayaran bulanan serendah RM35 untuk pasangan dan RM25 bagi seorang anak.

“Dengan bayaran bulanan sebanyak RM129 untuk ahli, pasangan bersama seorang anak, pencarum mendapat perlindungan sebanyak lebih RM300,000,” katanya ketika ditemui pada pelancaran dua skim itu yang disempurnakan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Siti Norina Muhamad yang turut dihadiri oleh Pengerusi YGMB, Datuk Abdul M**e Ngah, di sini.

Sehubungan itu, Wan Munadi berharap lebih ramai warga pendidik menyertai kedua-dua skim berkenaan dalam usaha mencapai sasaran ditetapkan menjelang hujung tahun ini.
Katanya, golongan pesara juga boleh menyertai Skim Kasih dengan syarat umur tidak melebihi 64 tahun sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk mendapat perlindungan hayat dan penyakit sehingga 69 tahun.

“Pelaksanaan dua skim baharu itu juga sebagai penghargaan kepada warga pendidik yang sentiasa menyokong usaha YGMB untuk memelihara kebajikan mereka.

“Kita mempunyai keahlian melebihi 100,000 warga pendidik di seluruh negara sejak lima tahun lalu dan menyasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan guru menyertai skim yang ditawarkan YGMB,” katanya.-UTUSAN

SUMBER DAN BERITA LANJUT ; https://www.utusan.com.my/berita/2026/03/sasar-20000-warga-pendidik-sertai-dua-skim-baharu-ygmb/

KHAIRAT KEMATIAN YGMB BANTU KELUARGA RAMBO CASTELLO LAKSANA BADAL UMRAH, HAJIKOTA BHARU – Keluarga pempengaruh media sos...
03/03/2026

KHAIRAT KEMATIAN YGMB BANTU KELUARGA RAMBO CASTELLO LAKSANA BADAL UMRAH, HAJI

KOTA BHARU – Keluarga pempengaruh media sosial, Rambo Castello akan melunaskan hasrat Allahyarham untuk mengerjakan badal umrah dan haji menggunakan sebahagian wang khairat kematian Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) berjumlah lebih RM52,000.

Rambo Castello atau nama sebenarnya Ahmad Radzli Che Ngah, 59, yang merupakan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jeli meninggal dunia akibat serangan jantung di Yogyakarta, Indonesia pada 17 Oktober lalu.

Anak bongsu arwah, Norfadzliana, 23, berkata, Allahyarham bapanya berniat untuk menunaikan umrah dan haji bersama ibu, Asiah Abdullah, 56, selepas dia bersara pada bulan April ini.

Menurutnya, arwah sebelum ini menyatakan hasrat untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci selepas majlis konvokesyennya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di Johor Bahru, Johor pada November ini.

“Arwah abah banyak kali bercakap bahawa dia akan menunaikan umrah selepas saya tamat konvokesyen. Jadi, kami sekeluarga mahu melunaskan hasrat arwah dengan mengerjakan badal umrah dan haji buatnya selepas menerima sumbangan khairat kematian YGMB,” katanya ketika ditemui pada Pelancaran Skim Sejahtera dan Skim Kasih Warga Pendidik YGMB di sebuah hotel di sini semalam.

Pada majlis itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Siti Norina Muhamad menyampaikan sumbangan khairat kematian YGMB kepada Norfadzliana dan Asiah.

Allahyarham Ahmad Radzli menyertai skim YGMB pada Ogos 2024 sekali gus melayakkan ahli keluarganya menerima khairat kematian berjumlah lebih RM52,000.

Norfadzliana memberitahu, wang khairat itu juga digunakan untuk menampung perbelanjaan pengajiannya selain beberapa keperluan lain yang perlu diselesaikan.

SUMBER DAN BERITA LANJUT : https://www.kosmo.com.my/2026/03/02/khairat-kematian-ygmb-bantu-keluarga-rambo-castello-laksana-badal-umrah-haji/

Address

Z1-07-11, Menara Ochre Putrajaya, No. 2, Jalan Alamanda, Presint 1
Putrajaya
62000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60192645675

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Official Yayasan Guru Malaysia Berhad - YGMB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Official Yayasan Guru Malaysia Berhad - YGMB:

Share