Kelas Latihan Putrajaya - Silat Cekak Malaysia

Kelas Latihan Putrajaya - Silat Cekak Malaysia Putrajaya. GPS2.942663, 101.681545

Kelas Latihan Putrajaya
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

Hari : Isnin & Rabu
Masa : 9:30pm ~ 11:30pm

Alamat : Blok 4D, Jalan P9G, Fasa 4, Presint 9, 62250 Putrajaya, W.P.

20/03/2026

๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Bunga melur di tepi laman,
Harum mewangi sepanjang hari;
Salah tutur kami mohon kemaafan,
Moga ukhuwah kekal abadi.

Ikhlas daripada
PSSCM Kelas Latihan Putrajaya ๐Ÿค

18/03/2026
18/03/2026

Innalillahi wa inna ilaihi rajiโ€™un.

Dukacita dimaklumkan bahawa Saudara Shukri Janudin (Penyelidik PSSCM) telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 pagi tadi.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ ๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ž!!!"๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐‘๐š๐ฃ๐š, ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ"๐๐„๐‘๐€๐๐ˆ || ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡ || ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ.  #๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ๐‚๐ž๐ค๐š๐ค๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค #๐’๐ž๐ง๐ข๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ๐‚๐ž๐ค๐š๐ค๐Œ๐š...
03/03/2026

๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ ๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ž!!!

"๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐‘๐š๐ฃ๐š, ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ"

๐๐„๐‘๐€๐๐ˆ || ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡ || ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ.


#๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ๐‚๐ž๐ค๐š๐ค๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค
#๐’๐ž๐ง๐ข๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ๐‚๐ž๐ค๐š๐ค๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š
#๐Š๐ก๐š๐ณ๐š๐ง๐š๐ก๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐๐ฎ๐๐š๐ฒ๐š๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š
#๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง
#๐’๐ž๐ง๐ข๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š
#๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ






Assalamualaikum wbt.

Ampun Tuanku

Merafak sembah takzim, setinggi-tinggi tahniah bersempena

Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah
Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin
D.K., D.M.K., D.S.D.K., S.S.S.

Raja Muda Kedah

Pada
2 Mac 2026 (Isnin)
Bersamaan 12 Ramadan 1447H

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya buat Duli Yang Teramat Mulia Tuanku, serta dikurniakan usia yang berkat dan kesihatan yang sentiasa walafiat.

Sembah Takzim Daripada,
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

Daulat Tuanku.

Kedah Royal Family





Kongsi Berita PSSCM๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ ๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ž!!!"๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐‘๐š๐ฃ๐š, ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ"๐๐„๐‘๐€๐๐ˆ || ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡ || ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ.  #๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ๐‚๐ž๐ค๐š๐ค๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข...
03/03/2026

Kongsi Berita PSSCM

๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ ๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ž!!!

"๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐‘๐š๐ฃ๐š, ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ"

๐๐„๐‘๐€๐๐ˆ || ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡ || ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ.


#๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ๐‚๐ž๐ค๐š๐ค๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค
#๐’๐ž๐ง๐ข๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ๐‚๐ž๐ค๐š๐ค๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š
#๐Š๐ก๐š๐ณ๐š๐ง๐š๐ก๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐๐ฎ๐๐š๐ฒ๐š๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š
#๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง
#๐’๐ž๐ง๐ข๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š
#๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ






10 RAMADAN 1447H | 28 FEBRUARI 2026Presint 15, Putrajaya - Majlis Berbuka Puasa PSSCM Kelas Latihan PutrajayaAlhamdulill...
28/02/2026

10 RAMADAN 1447H | 28 FEBRUARI 2026
Presint 15, Putrajaya - Majlis Berbuka Puasa PSSCM Kelas Latihan Putrajaya

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya majlis berbuka puasa pada hari ini dengan kehadiran sekitar 50 orang yang terdiri daripada ahli kelas serta ahli keluarga masing-masing.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat persaudaraan serta memperkukuhkan nilai kebersamaan dalam kalangan warga PSSCMKLPj, khususnya di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Selain menjadi platform merapatkan silaturahim, program ini juga memberi ruang untuk memperkukuh jati diri dan semangat kekeluargaan dalam suasana yang harmoni dan penuh rasa syukur.

Pengisian majlis dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas dan doa selamat sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan dan kesejahteraan buat semua. Seterusnya, para hadirin berbuka puasa bersama-sama sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah, diikuti solat Isyak dan Tarawih. Program diteruskan dengan sesi moreh sebagai penutup majlis dalam suasana santai dan penuh kemesraan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang hadir serta keluarga yang turut sama memeriahkan majlis. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada tetamu jemputan khususnya wakil dari Kelas Sungai Besi dan Kelas Cheras atas kesudian memenuhi undangan dan menyemarakkan lagi semangat kebersamaan.

Semoga ukhwah yang terjalin terus kukuh dan segala usaha kita diberkati serta dipermudahkan pada masa akan datang.


Alhamdulillah, Kelas Tunas Cekak PSSCM Kelas Latihan Putrajaya bagi bulan Februari 2026 telah berlangsung dengan penuh s...
08/02/2026

Alhamdulillah, Kelas Tunas Cekak PSSCM Kelas Latihan Putrajaya bagi bulan Februari 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat di Presint 16 dan Presint 11.

Saksikan sendiri kesungguhan anak-anak tunas mempelajari ilmu mempertahankan diri warisan bangsa, membina disiplin, keyakinan dan jati diri sejak usia muda. ๐Ÿฅ‹โœจ

Kelas kini direhatkan sementara sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia.

InsyaAllah, kita akan bertemu kembali selepas Ramadhan dengan latihan yang lebih mantap dan bersemangat.

Inilah masa terbaik untuk ibu bapa dan yang berminat bersedia menyertai keluarga besar Silat Cekak!

Untuk maklumat lanjut & pendaftaran, sila hubungi wakil rasmi Kelas Tunas Cekak PSSCM Putrajaya seperti tertera di bawah:

Cikgu Asreen : http://www.wasap.my/60139750826/kelastunaspresint16

Cikgu Syed : http://www.wasap.my/60197366560/kelastunaspresint11

06/02/2026

Seni Silat Cekak Malaysia,
Silat Diraja, Bangsa Berdaulat.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Silat Cekak yang ke-60 (1965 - 2025).










Alhamdulillah Syukur. Tahniah Datuk Dr. Mohd Azam
06/02/2026

Alhamdulillah Syukur. Tahniah Datuk Dr. Mohd Azam

Syukur Alhamdulillah.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan tahniah buat YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026.

Syabas dan tahniah dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia

24/01/2026

Esok ada kelas Tunas Cekak Presint 16. Jemput mai warga Putrajaya. Nak tengok-tengok dulu sebelum hantar anak pun boleh. ๐Ÿ˜

24/01/2026

Pagi Warga Putrajaya ๐Ÿ˜‰
ada ke yang follow pages ni ? Komen sikit ADA ๐Ÿ˜

Address

Fasa 4, Blok 4D, Presint 9
Putrajaya
62250

Opening Hours

Monday 21:30 - 23:30
Wednesday 21:30 - 23:30

Telephone

60178801157

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Latihan Putrajaya - Silat Cekak Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelas Latihan Putrajaya - Silat Cekak Malaysia:

Share