Anuar Zain

Anuar Zain Berkongsi jalan manfaat.

BIL ELEKTRIK NAIK 1 JULAI 2025? Lama saya tengok gelagat kawan-kawan FB saya pasal ini. Saya sengaja tunggu bil elektrik...
06/08/2025

BIL ELEKTRIK NAIK 1 JULAI 2025?

Lama saya tengok gelagat kawan-kawan FB saya pasal ini. Saya sengaja tunggu bil elektrik bulan Julai keluar untuk saya buktikan itu penipuan berniat jahat.

Ini bil elektrik saya bertarikh 2 Ogos 2025 bagi penggunaan bulan Julai. Rumah saya ada 4 unit aircond, 1 unit peti ais, 1 unit freezer, 1 unit penapis air Coway dan 1 unit TV 60 inci, selain lampu dan kipas.

Bil menunjukkan penggunaan elektrik saya adalah 744 kWh. Caj semasa adalah RM316.86. Boleh bandingkan dengan rekod penggunaan dan caj bagi bulan Jun yang dibilkan pada 2 Julai 2025, penggunaan 750kWh dan caj adalah RM321.05.

Saya cuba juga buat kiraan kalau penggunaan bulan Julai tersebut menggunakan kaedah kiraan pada bulan Jun 2025, caj bil saya mungkin RM320.XX. Apa alasan korang menghalalkan fitnah itu?

Yang canang bahawa bil elektrik naik ni ramai saya tengok ORANG ISLAM BERBANGSA MELAYU. Apa tujuan korang fitnah ni? Nak menimbulkan kebencian? Korang faham tak kesan FITNAH ni? Korang belajar Agama macammana?

Fitnah itu dimulai oleh si pembenci, dipanjangkan oleh si dhaif, dan diterima bulat-bulat oleh si bodoh.

Semak bil korang yang keluar pada bulan Ogos ini. Korang akan faham bahawa ketaksuban politik telah membodohkan korang.

29/07/2025
24/07/2025

*KERTAS KERJA INISIATIF PROGRAM SARA BERSAMA RAKYAT: “RM100 KITA, REZEKI MEREKA*

*1.0 TAJUK PROGRAM*

Inisiatif SARA Bersama Rakyat : “RM100 Kita, Rezeki Mereka”

*2.0 PENDAHULUAN*

Kerajaan melalui Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian bantuan tunai RM100 secara one-off kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas melalui inisiatif SARA UNTUK SEMUA.

Namun begitu, terdapat sebahagian daripada rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan sederhana dan tinggi, yang merasakan mereka tidak memerlukan bantuan ini.

Kertas kerja ini mencadangkan satu inisiatif sukarela untuk menggerakkan kumpulan tersebut agar menyumbangkan bantuan RM100 ini kepada individu atau keluarga yang benar-benar memerlukan.

*3.0 OBJEKTIF PROGRAM*

* Menggalakkan semangat empati dan solidariti rakyat Malaysia.

* Menggerakkan mereka yang berkemampuan untuk menyumbang bantuan kepada golongan memerlukan.

* Menyalurkan sumbangan RM100 secara berkelompok dan tersusun kepada penerima terpilih.

* Menyediakan pengalaman membeli barangan keperluan harian bersama penerima sumbangan.

*4.0 SASARAN*

*Penyumbang:* Rakyat Malaysia yang menerima RM100 tetapi tidak memerlukan bantuan tersebut (disasarkan 100–1,000 orang dalam satu batch kumpulan).

*Penerima:* Golongan asnaf, ibu tunggal, keluarga miskin bandar, warga emas tiada pendapatan tetap.

*Sasaran kutipan:* RM10,000 – RM100,000 setiap kumpulan.

*5.0 MODUS OPERANDI / PELAKSANAAN PROGRAM*

5.1 Penubuhan Kumpulan Sumbangan

Setiap kumpulan akan dinamakan contohnya “Kumpulan Derma SARA – Putrajaya Batch 1”.

Setiap ahli menyumbang RM100 secara one-off (wang bantuan daripada kerajaan).

Sasaran kutipan ditetapkan mengikut kemampuan dan bilangan penyumbang.

5.2 Penyaluran dan Agihan

Senarai penerima dikenal pasti melalui kerjasama dengan agensi kerajaan, persatuan penduduk, NGO, surau, JKKK, atau agensi kebajikan tempatan.

Agihan bukan dalam bentuk tunai, sebaliknya dalam bentuk pembelian barangan keperluan seperti beras, minyak masak, lampin bayi, susu, dll.

5.3 Hari Membeli-Belah Bersama

Tarikh khas ditetapkan (contohnya hujung minggu) untuk setiap kumpulan dan penerima keluar bersama membeli barangan keperluan.

Ahli kumpulan akan membantu dan membayar di kaunter melalui hasil kutipan RM100.

Setiap penyumbang akan dapat melihat sendiri manfaat bantuan yang disumbangkan.

*6.0 KEPERLUAN SUMBER DAN LOGISTIK*

* Sukarelawan (penyumbang)

* Senarai penerima (daripada NGO/agensi)

* Pasaraya atau kedai runcit yang terlibat

* Penyelaras kumpulan (untuk atur pertemuan dan pembelian)

* Pengangkutan (jika perlu untuk bawa penerima)

*7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN*

Tiada perbelanjaan pentadbiran – semua RM100 akan digunakan untuk penerima.

Opsyen: Sebahagian dana boleh diperuntukkan untuk logistik jika diperlukan (dibincang bersama kumpulan).

*8.0 KEJAYAAN YANG DIHARAPKAN*

* Menyalurkan bantuan yang diterima kepada penerima yang benar-benar memerlukan.

* Membangunkan semangat kemanusiaan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

* Menjadi model amal rakyat berteraskan keikhlasan dan tanggungjawab sosial.

*9.0 PENUTUP*

Bantuan RM100 yang mungkin kecil bagi sesetengah individu boleh menjadi sinar harapan kepada insan lain. Marilah kita bersama-sama menjadikan bantuan ini sebagai “rezeki berganda” dengan menyumbangkannya kepada mereka yang lebih memerlukan.





Disediakan oleh :
Anuar 01113226822

Address

Putrajaya
62250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anuar Zain posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Anuar Zain:

Share