19/08/2026
Di sini, sebuah padang hoki di dalam institusi pendidikan kita kini mendapat pengiktirafan International Hockey Federation (FIH). Trek sintetiknya p**a diiktiraf World Athletics Facilities Class 2.
Ini bukan kemudahan yang kita selalu jangka ada di sebuah kolej matrikulasi.
Kolej Matrikulasi Kelantan mula beroperasi pada tahun 2013. Dalam tempoh lebih sedekad, kolej ini berkembang bersama-sama ribuan anak muda yang datang membawa cita-cita.
Apabila jumlah dan keperluan pelajar berkembang, infrastrukturnya juga mesti berkembang bersama. Sebab itu Projek Pembangunan Fasa 2 Kolej Matrikulasi Kelantan bukan sekadar menambah bangunan.
Dua blok asrama baharu menyediakan lebih banyak ruang penginapan. Pusat sehenti pelajar, kafetaria, kuarters, dewan dan pelbagai kemudahan lain melengkapkan kehidupan sebuah kampus. Kemudahan sukan dan rekreasi p**a dinaik taraf sehingga mencapai piawaian antarabangsa.
Saya mahu anak-anak yang datang belajar di institusi pendidikan kita merasakan bahawa mereka diberikan ruang dan kemudahan terbaik untuk kembangkan potensi diri. Kerana pendidikan tidak hanya berlaku di dalam bilik kuliah.
Kita bukan sekadar membina bangunan untuk hari ini. Kita sedang menyediakan ruang untuk anak-anak kita membina masa hadapan mereka.