03/06/2026
2 Jun 2026
Bukan selalu berpeluang untuk berkumpul. Alhamdulillah, dapat mengadakan perjumpaan kecil bersama beberapa orang jemaah yang berkelapangan bagi meluangkan masa berbincang serta bertukar pandangan mengenai beberapa perkara dan isu yang berkaitan.
Setiap pertemuan, walaupun ringkas, mempunyai nilai yang besar kerana daripada perbincangan seperti inilah lahirnya kesepakatan, kefahaman dan perancangan yang lebih tersusun demi kebaikan bersama.
Membina sebuah empayar mungkin kelihatan mudah, namun untuk mengekalkan kekuatan, kesatuan dan kelangsungannya bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia menuntut pengorbanan, kesabaran, keikhlasan serta komitmen yang berterusan daripada semua pihak.
Hakikatnya, ramai yang mampu memulakan perjalanan, tetapi tidak semua mampu bertahan hingga ke penghujungnya. Mereka yang terus istiqamah, kekal setia dalam susah dan senang, serta mampu mempertahankan perjuangan ketika diuji, itulah insan-insan yang luar biasa.
Semoga ukhwah yang terjalin terus diperkukuhkan dan segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan serta rahmat daripada Allah SWT. Insya Allah
MJK - Simpang 3 Keramat