Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia Biro Kebajikan dan Kesukarelawan

Call Directions Contact the organization

Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia Biro Kebajikan dan Kesukarelawan PUSPANITA JABATAN PENERANGAN MALAYSIA Biro Kebajikan dan Kesukarelawan

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 🇲🇾Hari ini kita meraikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian buday...
16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 🇲🇾

Hari ini kita meraikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, adat dan tradisi, namun tetap bersatu sebagai satu keluarga.

Semoga semangat kebersamaan dan kasih kepada tanah air terus mekar dalam diri kita semua.

Selamat Hari Malaysia!
16 September 2026 🇲🇾

31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026! 🇲🇾

Kemerdekaan yang dikecapi hari ini menjadi amanah untuk terus memelihara perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan bersama.

Dengan semangat Malaysia MADANI, ayuh terus memperkukuh kebersamaan agar kemajuan negara dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. 💝🇲🇾




31/08/2026
25/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🌙

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati dan meneladani akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati dan membawa keberkatan kepada kita semua.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati.”

Ikhlas daripada
Pengerusi dan Barisan AJK
PUSPANITA Jabatan Penerangan Malaysia




20/08/2026

PUSPANITA JAPEN SERTAI PROGRAM ROAD TO EVAW 2026

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2026 – Pengerusi PUSPANITA Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Puan Hasnah Ahmad, bersama ahli PUSPANITA yang mewakili bahagian di Ibu Pejabat dan JAPEN Wilayah Persekutuan telah menghadiri Program Santun Kasih Pemandiri Keganasan Rumah Tangga (SARI@KRT): Road to Elimination of Violence Against Women (EVAW) 2026 di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur.

Program anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Antara pengisian program ialah slot “Krisis di Balik Pintu Terkunci”, bual bicara “Genggam Kasih, Bukan Kekerasan: Memperkasa Hak Wanita” serta Sesi K-Chat.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keganasan rumah tangga, hak dan perlindungan wanita serta kepentingan sokongan kepada mangsa dalam membina kehidupan yang lebih selamat dan berdaya tahan.

07/08/2026

🎉 SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN 😃
YBrs. Encik Erwin Khairul Ahmad 🎉

Pengerusi, Barisan Ahli Jawatankuasa serta seluruh ahli PUSPANITA Jabatan Penerangan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YBrs. Encik Erwin Khairul bin Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, usia yang diberkati, dipermudahkan segala urusan serta dilimpahkan rezeki dan rahmat-Nya. Semoga terus sukses dalam menerajui JAPEN.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, YBrs. Tuan! 🎂🎊

Ikhlas daripada,
Pengerusi, Barisan AJK & Ahli-ahli
PUSPANITA Jabatan Penerangan

03/08/2026

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Dato' Mohd Sukari bin Ab Hamid.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

21/07/2026

📣 JOM MERIAHKAN PUSPANITA STYLE SWAP BAZAAR 2.0! 👚👜👠

Ayuh singgah ke PUSPANITA Style Swap Bazaar 2.0 dan nikmati pelbagai pilihan barangan menarik dengan harga yang berpatutan!

🛍️ Antara barangan yang dijual:
👗 Pakaian wanita, lelaki & kanak-kanak
👜 Beg tangan & dompet
👠 Kasut & sandal
🧕 Tudung & aksesori fesyen
💄 Kosmetik & produk penjagaan diri
📚 Buku, permainan & barangan kanak-kanak
🏠 Barangan rumah & dekorasi
🎁 Pelbagai barangan pre-loved yang masih berkualiti

📅 Tarikh: 24 Julai 2026 (Jumaat)
🕚 Masa: 11.00 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: Anjung 32, Menara Komunikasi, Putrajaya

✨ Jual • Tukar • Jimat • Bergaya

Mari bersama-sama menyokong usaha PUSPANITA JAPEN dalam menggalakkan amalan guna semula, berjimat cermat dan mengeratkan silaturahim sesama warga.

Jumpa anda di sana! ❤️

22/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Erwin Khairul bin Ahmad atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN).

Semoga pelantikan ini akan terus memacu kecemerlangan JAPEN sebagai peneraju komunikasi kerajaan yang berwibawa.


Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Puan Wan Saidatul Shafina Mohd Amin atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah...
22/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Puan Wan Saidatul Shafina Mohd Amin atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Malaysia berkuat kuasa pada 22 Jun 2026, ikhlas daripada seluruh warga kerja Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN).

Address

Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD)
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389114927

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia Biro Kebajikan dan Kesukarelawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia Biro Kebajikan dan Kesukarelawan:

Shortcuts

Share