Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah 2.0

Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah 2.0 "Satu Suara, Satu Hati"

06/03/2026

Marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran daripada peristiwa turunnya Al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat bagi seluruh umat manusia.

Semoga kita sentiasa istiqamah membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan.

Ikhlas daripada
Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah

07/02/2026
07/02/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Mohd Norif Paival bin Yahya atas pelantikan sebagai Bendahari Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Sabah (PSS PESAKA SABAH).

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti serta komitmen tinggi demi memperkasa dan memartabatkan seni silat di Negeri Sabah.

Sekalung tahniah dan semoga terus maju jaya.

16/01/2026

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya,untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[ Al-Isra’ - 1 ]

16/01/2026

Salam Israk Mikraj 1447H

Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Peristiwa Israk dan Mikraj kepada seluruh umat Islam. Semoga peristiwa agung ini menjadi sumber inspirasi untuk kita terus memperkukuh keimanan, meningkatkan ketakwaan serta memperbaiki hubungan dengan Allah SWT dan sesama insan.

Marilah kita mengambil iktibar daripada perjalanan mulia Rasulullah SAW sebagai pedoman dalam kehidupan seharian, khususnya dalam menunaikan ibadah solat yang menjadi tiang agama.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan-Nya.

Selamat Tinggal 2025, Selamat Datang 2026!Semoga tahun baharu ini membawa sinar kejayaan, kesihatan dan keberkatan kepad...
01/01/2026

Selamat Tinggal 2025, Selamat Datang 2026!
Semoga tahun baharu ini membawa sinar kejayaan, kesihatan dan keberkatan kepada seluruh warga Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah.

16/12/2025
Alhamdulillah, satu penghargaan buat insan yang banyak berjasa. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada Mohd Fadzilah b...
10/12/2025

Alhamdulillah, satu penghargaan buat insan yang banyak berjasa.

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada Mohd Fadzilah bin Husin atas 25 tahun curahan bakti bersama Silat Cekak Pusaka Hanafi Sabah Zon Tawau (2000–2025).
Semoga perpindahan dan tugasan baharu di Kolej Vokasional Besut, Terengganu terus dipermudahkan dan diberkati.

Jasamu tetap dikenang, bimbinganmu terus memberi makna. Terima kasih atas segala ilmu, masa, dan pengorbanan.

Tahniah & Syabas! Sekalung tahniah kepada semua peserta dan ahli keluarga besar Silat Cekak Pusaka Hanafi Sabah yang tel...
09/12/2025

Tahniah & Syabas!

Sekalung tahniah kepada semua peserta dan ahli keluarga besar Silat Cekak Pusaka Hanafi Sabah yang telah menjayakan Majlis Marhaban, Cukur Jambul dan Doa Kesyukuran.

Majlis penuh barakah ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, tetapi juga menjadi tanda syukur kita kepada Allah SWT atas nikmat dan rezeki yang berpanjangan. Terima kasih kepada semua yang hadir, menyumbang tenaga, masa dan sokongan sehingga program berjalan dengan lancar dan meriah.

Semoga ukhwah yang terbina terus kukuh, dan segala usaha kita dalam memartabatkan seni budaya warisan bangsa sentiasa diberkati.
Tahniah sekali lagi kepada semua!

08/12/2025

Address

Block C22 (Corner 2nd Floor, Grand Plaza Putatan Penampang
Putatan
88200

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:30
Tuesday 08:00 - 22:30
Wednesday 08:00 - 22:30
Thursday 08:00 - 22:30
Friday 08:00 - 22:30
Saturday 08:00 - 22:30
Sunday 08:00 - 22:30

Telephone

+60132565859

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah 2.0 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah 2.0:

Share