Jabatan Amal Malaysia Kawasan Putatan

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Putatan Jabatan Amal PAS Putatan, Jabatan Amal Malaysia terlibat dalam khidmat masyarakat seperti membantu mangsa kebakaran, banjir besar dan sebagainya.

Tangan Berpautan
Ikatan persaudaraan, semangat ukhuwah
dan membantu sesama manusia


Bendera Amal & Globe
Membawa panji-panji 'Amal' kepada semua kaum
dan bersifat global

Mahkota Al-Amal, Bulan & Bintang
Mengutamakan tugasan 'Amal' berdasarkan
prinsip rukun Islam dan teras 'Amal'

Jabatan Amal Malaysia atau lebih dikenali sebagai “Unit Amal” merupakan salah satu jabatan atau Lujnah di bawah Organ

isasi Dewan Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) Jabatan Amal ini berfungsi sebagai sebuah pasukan kebajikan sukarela beruniform yang dianggotai oleh pemuda dan ahli Parti Islam se-Malaysia. Penubuhan Unit Amal adalah selaras dengan keperluan dan kehendak anak muda masa kini yang sentiasa ingin melibatkan diri dalam masayarakat dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawan dan kebajikan. Jolokan “Tentera Merah” telah diberikan kepada mereka ketika rakyat Johor ditimpa musibah banjir besar beberapa tahun lepas, “tentera merah” ini lah yang pertama turun membantu dan menjalankan tugas- tugas penyelamat. Bencana Banjir besar yang melibatkan beberapa negeri di Pantai Timur baru-baru ini telah menyebabkan ramai penduduk yang terputus bekalan makanan, hilang tempat tinggal dan juga tiada keperluan asas untuk hidup


Selain itu, Unit Amal juga terlibat membantu penduduk di semua tempat yang mengalami bencana ribut dengan membantu penduduk membaiki dan membina rumah-rumah mangsa akibat dilanda banjir, hujan yang lebat berserta angin yang kuat. Kerja-kerja khidmat masyarakat lain seperti gotong royong bersama masyarakat setempat juga antara objektif awal penubuhan Unit Amal ini

28/11/2025
28/11/2025
28/11/2025

Esok adalah hari penting untuk Petagas.

Ikut panduan ini langkah demi langkah. Pastikan undi anda sah dan tepat.

Tanda X pada kotak
CALON NO.3, N23 Petagas
Dr. Afifi Saif
Perikatan Nasional.

Mari kita pilih pemimpin yang bersih, bekerja dan benar-benar peduli.





28/11/2025
28/11/2025
28/11/2025
28/11/2025
28/11/2025

PUTATAN: Menjelang hari pengundian yang berlangsung esok, calon PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi DUN Petagas, Dr Afifi Saif, mengingatkan para pengundi agar tidak mudah terpedaya dengan budaya ‘gula-gula politik’ yang lazim diberikan saat-saat akhir kempen.

Beliau menegaskan bahawa pemberian berupa wang atau barangan bukanlah tanda keikhlasan, tetapi strategi untuk membeli undi dan mengikat pengundi kepada kepentingan pihak tertentu.

“Kalau mereka bagi sejumlah wang hari ini, lima tahun nanti mereka akan kaut semula berkali ganda,” tegas Dr. Afifi ketika berucap dalam siri ceramah kelompok dalam DUN Petagas.

Menurutnya, maruah rakyat tidak boleh ditukar ganti dengan tawaran sementara yang akhirnya merugikan masyarakat sendiri.

“Kalau kita terima pemberian dan undi mereka, mana maruah kita? Kita yang menanggung beban lima tahun nanti,” katanya.

Beliau turut menyentuh realiti politik di Sabah yang sering dibelenggu budaya sogokan.

Namun, jelasnya, pengundi kini semakin matang dan sedar hakikat permainan politik wang tersebut.

“Zaman sekarang sudah berubah. Pengundi Petagas dan Putatan ni sudah pandai. Mereka tahu politik wang ini merosakkan generasi kita,” ujar beliau.

Beliau turut menyampaikan mesej yang sering diulang dalam kalangan rakyat pada musim kempen pilihan raya: ‘Kalau dikasi gula-gula, ambillah, itu duit rakyat juga. Tapi undi tetap kepada PERIKATAN NASIONAL’.

Katanya lagi, kata-kata seperti ‘tiada duit, tiada undi’ adalah bukti bagaimana sebahagian pihak telah merosakkan demokrasi sehingga rakyat mula jemu dan muak dengan janji yang tidak pernah ditunaikan.

Beliau menegaskan, perubahan politik Sabah hanya boleh berlaku sekiranya rakyat mengundi berdasarkan integriti, bukan imbuhan.

“Rakyat kita sudah muak dengan politik janji kosong. Kita mesti walk the talk, bukan sekadar bercakap, tetapi kena ada bukti,” tegasnya.

Dr. Afifi menyeru seluruh pengundi Petagas untuk keluar mengundi esok dengan penuh kesedaran, memilih masa depan yang bersih, stabil dan berintegriti.

https://harakahdaily.net/2025/11/pengundi-diingat-tidak-terpedaya-dengan-gula-gula-politik/

27/11/2025
27/11/2025
27/11/2025
Innalillahi waiinalillahi rojiun.Dimaklumkan Milson Jamson telah meninggal dunia sekitar jam 9 malam semalam. Al-Fatihah...
08/09/2022

Innalillahi waiinalillahi rojiun.

Dimaklumkan Milson Jamson telah meninggal dunia sekitar jam 9 malam semalam. Al-Fatihah.

Address

Putatan
88200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Malaysia Kawasan Putatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Amal Malaysia Kawasan Putatan:

Share