IKRAM Sabah

IKRAM Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from IKRAM Sabah, Non-Governmental Organization (NGO), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Sabah , Lot F1-1(F36), Tgkt 1, Blok F, Lrg Grand Plaza , Putatan 2, Grand Plaza Putatan, , Putatan., Putatan.

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Sabah adalah sebuah pertubuhan dakwah, tarbiah, khidmat & islah yang prihatin terhadap urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup islam.

๐ŸŒ™ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๏ทบ ๐ŸŒ™Dengan penuh kesyukuran, Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sabah mengucapkan Selama...
25/08/2026

๐ŸŒ™ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๏ทบ ๐ŸŒ™

Dengan penuh kesyukuran, Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ๏ทบ kepada seluruh umat Islam.

Maulidur Rasul menjadi ruang untuk kita kembali menghayati perjuangan, akhlak dan sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dalam kehidupan.

โœจ โ€œSesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu.โ€
โ€” Surah al-Ahzab: 21

Marilah kita memperbanyakkan selawat, menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ serta berusaha menzahirkan akhlak Baginda dalam kehidupan seharian โ€” dalam keluarga, masyarakat dan negara.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ๏ทบ menjadi sumber kekuatan untuk terus membawa nilai rahmah, keadilan, persaudaraan dan kebaikan kepada semua.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ

๐ŸŒฟ Salam Maulidur Rasul ๏ทบ daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sabah.





๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐‰๐€๐‹๐€๐๐Š๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sabah merakamkan ๐ฌ๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข-๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐ญ๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐ฎ๐œ๐š๐ฉ๐š๐ง...
19/08/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐‰๐€๐‹๐€๐๐Š๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sabah merakamkan ๐ฌ๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข-๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐ญ๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐ฎ๐œ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ฆ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐ค๐š๐ง ๐š๐ฆ๐š๐ง๐š๐ก kepada YBrs. Tuan Haji Abidin bin Haji Marjan atas pelantikan sebagai ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐’๐š๐›๐š๐ก.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh hikmah, integriti dan komitmen dalam memperkukuh mutu pendidikan serta melahirkan generasi anak-anak Sabah yang berilmu, berakhlak, berdaya saing dan berketerampilan.

Kami di ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ฎ๐›๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐’๐š๐›๐š๐ก mendoakan agar YBrs. Tuan Haji sentiasa diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan kemudahan dalam memimpin sektor pendidikan Negeri Sabah ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก, ๐˜๐๐ซ๐ฌ. ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐€๐›๐ข๐๐ข๐ง ๐›๐ข๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Œ๐š๐ซ๐ฃ๐š๐ง.
๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ฆ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐ค๐š๐ง ๐š๐ฆ๐š๐ง๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ž๐ฆ๐ข ๐ฉ๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐š๐ง๐š๐ค-๐š๐ง๐š๐ค ๐’๐š๐›๐š๐ก.

Daripada,
๐๐ž๐ซ๐ญ๐ฎ๐›๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐’๐š๐›๐š๐ก

Merdeka Jiwa daripada Politik Ketakutan dan Kebencian"...Orang Melayu dibimbangkan bahawa kedudukan Islam dan hak Bumipu...
18/08/2026

Merdeka Jiwa daripada Politik Ketakutan dan Kebencian
"...Orang Melayu dibimbangkan bahawa kedudukan Islam dan hak Bumiputera akan terhakis. Masyarakat Cina p**a dibimbangkan bahawa peluang ekonomi dan pendidikan mereka semakin mengecil. Masyarakat India sering berbicara tentang keterpinggiran..."
Baca artikel penuh di ruangan komen๐Ÿ“ฒ

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐‰๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ก ๐Š๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐Œ๐ฎ๐๐šOrang muda merupakan aset penting negara dan memiliki kuasa besar dalam menentukan hala ...
14/08/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐‰๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ก ๐Š๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐Œ๐ฎ๐๐š

Orang muda merupakan aset penting negara dan memiliki kuasa besar dalam menentukan hala tuju masa depan Malaysia. Kuasa ini perlu dimanfaatkan dengan penuh tanggungjawab, ilmu dan kebijaksanaan demi membina sebuah negara yang lebih sejahtera dan progresif.

Bertepatan dengan matlamat tersebut, IKRAM Muda Sabah telah mengendalikan Program Jelajah Kuasa Orang Muda, sebuah inisiatif anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui agensinya, IMPACT. Bagi edisi 2026, IKRAM Muda Sabah sekali lagi diberi kepercayaan untuk melaksanakan program ini di negeri Sabah.

Siri pertama program telah berlangsung pada 21 Julai 2026 di Management & Science University (MSU) Kota Kinabalu dengan penyertaan seramai 60 orang peserta. Program kedua p**a diadakan pada 12 Ogos 2026 di Politeknik Kota Kinabalu dan berjaya menghimpunkan hampir 500 orang peserta.

Sepanjang program, para peserta didedahkan kepada asas sistem pentadbiran negara yang berteraskan demokrasi, termasuk peranan tiga cabang utama kerajaan iaitu legislatif, eksekutif dan kehakiman. Mereka juga diberi kefahaman tentang kepentingan penglibatan aktif orang muda dalam proses demokrasi serta peranan mereka sebagai warganegara yang bertanggungjawab.

Maklum balas yang diterima amat memberangsangkan. Rata-rata peserta menyatakan bahawa program ini telah meningkatkan kesedaran mereka tentang betapa pentingnya suara dan penyertaan golongan muda dalam proses pilihan raya dan sistem demokrasi. Mereka kini lebih memahami bahawa penglibatan aktif orang muda mampu memberi impak yang besar terhadap hala tuju serta masa depan pentadbiran negara.

Empati Selektif: Ujian Ihsan dan Rahmah di Media Sosial"Dalam ruang kehidupan seharian yang serba pantas ini, kita serin...
12/08/2026

Empati Selektif: Ujian Ihsan dan Rahmah di Media Sosial
"Dalam ruang kehidupan seharian yang serba pantas ini, kita sering diuji dengan pelbagai peristiwa yang mencabar tahap kesabaran, fikiran dan kedalaman emosi."
"...Secara semula jadi, psikologi manusia memang lebih mudah mengalirkan rasa kasih, simpati dan kelembutan kepada perkara-perkara yang menyenangkan pandangan mata."
Baca artikel penuh di ruangan komen๐Ÿ“ฒ

Ahad 08 Ogos 2026 - Keningau :Wanita IKRAM Sabah (Kawasan Papar) telah menganjurkan program Solat dan Wanita dengan kerj...
09/08/2026

Ahad 08 Ogos 2026 - Keningau :
Wanita IKRAM Sabah (Kawasan Papar) telah menganjurkan program Solat dan Wanita dengan kerjasama Syukbah Wanita, Masjid Jamek al-Hikam Kg.Menawo Ulu Keningau.

Program ini telah disertai oleh seramai 52 orang peserta dan 10 orang daripada AJK IKRAM Kawasan Papar. Ceramah khas Solat dan Wanita telah disampaikan oleh Ustazah Norshahidah Zakaria, Pensyarah Akademik di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Kent, Tuaran yang juga merupakan ahli IKRAM Papar.

Program singkat ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh Ustazah Roslinawate Jamal, Ketua Wanita IKRAM kawasan Papar kepada Ustazah Halisa Japin, Pengerusi HELWA masjid al-Hikam Kg Menawo Ulu.

Diharapkan program ini dapat menyedarkan dan membimbing wanita untuk kembali menyempurnakan solat sebagai sumber kekuatan. Wanita IKRAM Sabah (Kawasan Papar) komited membangun masyarakat wanita Rahmah khasnya di Kg. Menawo Ulu dan di Sabah amnya.

๐ŸŒฟ PROGRAM C.E.L.O.T.E.H IKRAM JUNIOR: WARKAH CILIK ๐ŸŒฟAhad, 02 Ogos 2026: IKRAM Junior Sabah (Kawasan Papar) yang bernaung...
06/08/2026

๐ŸŒฟ PROGRAM C.E.L.O.T.E.H IKRAM JUNIOR: WARKAH CILIK ๐ŸŒฟ

Ahad, 02 Ogos 2026: IKRAM Junior Sabah (Kawasan Papar) yang bernaung di bawah sayap WANITA IKRAM SABAH telah menganjurkan Program Ihsan Pada Fauna dan C.E.L.O.T.E.H yang berlangsung di Pusat Pengajian al-Quran, Pekan Papar.

Program ini telah disertai oleh24 orang kanak-kanak berumur 9 hingga 12 tahun bersama 4 orang fasilitator. Antara pengisian yang dijalankan ialah aktiviti mewarna bertemakan fauna, hafazan Surah al-Fil, penerangan ringkas mengenai pengajaran Surah al-Fil, serta aktiviti C.E.L.O.T.E.H (Cakap, Explore, Lukis, Olah, Terjemah, Empati dan Harapan) melalui projek Warkah Cilik.

Melalui aktiviti ini, para peserta diberi ruang untuk berkongsi pandangan, meluahkan idea dan menzahirkan harapan mereka secara kreatif melalui penulisan serta lukisan. Program ini turut menanam nilai ihsan terhadap haiwan, sesama manusia dan seluruh ciptaan Allah SWT, di samping memupuk sifat empati, kasih sayang dan keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak.

Semoga usaha kecil ini menjadi langkah awal dalam melahirkan generasi yang berakhlak mulia, penyayang, berani menyuarakan pandangan serta sentiasa membawa mesej kebaikan kepada masyarakat.

โœจ "Mendidik dengan kasih sayang, membina generasi dengan nilai ihsan."

Jom mendaftar!
29/07/2026

Jom mendaftar!

Dalam dunia yang penuh krisis dan penderitaan, masih ada insan yang memilih untuk peduli, melangkah lebih jauh dan berdepan pelbagai cabaran demi membawa suara kemanusiaan. Di sebalik setiap misi, ada perjuangan, cabaran dan harapan yang terus dinyalakan.

Jom bersama kita hayati sebuah perkongsian istimewa bersama:

๐ŸŽ™๏ธ Dr Noorhasyimah binti Ismail
Ahli Misi FFC Break-The-Siege ke Gaza 2025
Pengerusi Rose2Rose

Dengarkan sendiri pengalaman dan perkongsian tentang sebuah misi kemanusiaan yang penuh dengan cabaran โ€” serta bagaimana sebuah usaha kecil boleh menjadi sebahagian daripada harapan yang lebih besar untuk Palestin. ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

๐Ÿ—“๏ธ 9 Ogos 2026 (Ahad)
๐Ÿ•“ 4.00 petang โ€“ 6.00 petang
๐Ÿ“ Pejabat Operasi IKRAM Sabah, Putatan

๐ŸŽŸ๏ธ Penyertaan adalah PERCUMA!

๐Ÿ“ฒ Jom daftar dan hadir bersama.
https://bit.ly/BantuanTanpaSempadan

Mungkin kita tidak mampu berada di setiap tempat yang memerlukan bantuan, tetapi kita sentiasa mampu memilih untuk peduli, memahami dan terus membawa harapan.

Bilik Darjah Pasif, Gaya Kilang Rosakkan Mental Anak? (Bhg. 1)โ€œโ€ฆ.. Kita akan menyelami bagaimana acuan bilik darjah yang...
27/07/2026

Bilik Darjah Pasif, Gaya Kilang Rosakkan Mental Anak? (Bhg. 1)
โ€œโ€ฆ.. Kita akan menyelami bagaimana acuan bilik darjah yang menyekat pergerakan ini sebenarnya telah mencetuskan krisis kesihatan mental yang parah di sekolah, sehinggalah kepada kegagalan melahirkan generasi yang mampu bertahan dalam asakan ekonomi digital hari ini.โ€
Baca artikel penuh di ruangan komen

Address

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Sabah , Lot F1-1(F36), Tgkt 1, Blok F, Lrg Grand Plaza , Putatan 2, Grand Plaza Putatan, , Putatan.
Putatan
88200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IKRAM Sabah:

Shortcuts

Share