Wanita ISMA Cawangan Putatan

Wanita ISMA Cawangan Putatan Gerakan wanita yang memimpin masyarakat dengan memperkasakan jati diri wanita

30/04/2026

FESTIVAL AIR: PENGANJURAN AWAM PERLU SELARI DENGAN NILAI AGAMA DAN BUDAYA

Malaysia sedang berdepan dengan pelbagai ujian dan konflik di peringkat global yang memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian.

Sebagai contoh, ketegangan yang melibatkan negara seperti Iran, Amerika Syarikat dan Israel, termasuk isu penutupan Selat Hormuz, telah membawa implikasi besar sehingga memaksa negara kita menilai semula beberapa dasar dan polisi penting.

Pada bulan Mac yang lalu, sebahagian kawasan di Malaysia turut dilanda kemarau, sehingga kerajaan menyeru rakyat agar berjimat cermat dalam penggunaan air dan tenaga, selaras dengan saranan antarabangsa.

Baru-baru ini, di Kampung Bahagia Sandakan p**a, telah dilanda kebakaran yang memusnahkan hampir 200 buah rumah atas air.

Kejadian ini menyebabkan ramai mangsa kehilangan tempat tinggal dan harta benda, hingga tinggal sehelai sepinggang.

Pada masa yang sama, umat Islam sedang membuat persiapan untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Haram, dengan penerbangan jemaah berlangsung hampir setiap hari.

Suasana menghantar jemaah haji juga dapat dilihat meriah di seluruh pelosok negeri di Malaysia.

Namun begitu, penganjuran festival air yang berunsur budaya luar di Kuala Lumpur dilihat sebagai satu langkah yang kurang sensitif terhadap realiti semasa umat.

Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam sewajarnya lebih berhati-hati dalam memilih bentuk hiburan agar tidak bercanggah dengan nilai agama serta suasana spiritual yang sedang dirasai oleh umat Islam di seluruh dunia.

Walaupun terdapat jaminan bahawa festival ini akan dipantau dengan ketat, pengalaman menunjukkan bahawa program seumpama ini sering membuka ruang kepada unsur-unsur yang boleh membawa kepada kemaksiatan, pergaulan bebas dan pengabaian adab.

Budaya yang dibawa juga tidak berakar daripada tradisi tempatan, malah berpotensi menghakis identiti masyarakat.

Lebih membimbangkan, aktiviti ini boleh menormalisasikan perkara yang bertentangan dengan nilai Islam dan budaya setempat seperti yang digariskan dalam visi Malaysia Madani.

Tidak dapat dinafikan, golongan muda merupakan kelompok yang paling terdedah dan berpotensi untuk menyertai festival yang dianjurkan ini.

Persoalannya, tidakkah suasana semasa sudah cukup mencabar sehingga kita perlu menambah lagi unsur yang boleh merosakkan jati diri generasi muda?

Dari sudut kenegaraan, perkara ini wajar dinilai dalam kerangka Rukun Negara yang menjadi asas perpaduan dan jati diri rakyat.

Prinsip pertama, Kepercayaan kepada Tuhan, menuntut agar setiap penganjuran awam selari dengan nilai keagamaan. Begitu juga prinsip Kesopanan dan Kesusilaan yang menekankan adab serta batas pergaulan dalam masyarakat.

Maka dengan itu, sebarang aktiviti yang berpotensi melanggar prinsip-prinsip ini perlu dinilai semula demi memelihara keharmonian dan maruah negara.

Sebagai seorang Muslim, tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran serta memelihara maruah diri dan masyarakat bukanlah satu pilihan, tetapi suatu kewajipan.

Kita dituntut menilai setiap perkara berdasarkan neraca syariat, bukan sekadar hiburan atau keuntungan ekonomi semata-mata.

Justeru, festival yang dirancang ini wajar dibatalkan dengan segera sebagai usaha mempertahankan nilai, akhlak dan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dihormati.

Marilah kita menghayati pesanan dan nasihat yang telah direkodkan dalam Hadis di bawah ini:

Daripada Zainab binti Jahsy RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم دَخَلَ عليها فزِعًا يقولُ: لا إلَهَ إلَّا اللهُ! ويلٌ للعَرَبِ مِن شَرٍّ قدِ اقتَرَبَ؛ فُتِحَ اليومَ مِن رَدمِ يَأجوجَ ومَأجوجَ مِثلُ هذه. وحَلَّقَ بإصبَعِه الإبهامِ والَّتي تَليها،

قالت زَينَبُ بنتُ جَحشٍ: فقُلتُ: يا رَسولَ اللهِ، أنَهلِكُ وفينا الصَّالِحونَ؟

قال: نَعَم، إذا كَثُرَ الخَبَثُ.

Maksudnya:

“Celakalah orang Arab daripada kejahatan yang semakin hampir. Pada hari ini telah dibuka daripada tembok Yakjuj dan Makjuj sebesar ini…”

Zainab bertanya: “Adakah kita akan binasa sedangkan dalam kalangan kita ada orang-orang soleh?”

Baginda SAW menjawab:

“Ya, apabila banyaknya kemungkaran (kejahatan).”

(Riwayat Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim).

Ustaz Muhammad Afif bin Idris
Ketua Pemuda ISMA Nilai

Alhamdulillah, pada 27 April yang lalu, wakil daripada Wanita ISMA Cawangan Putatan  dan Kelab Iffah Putatan  berkesempa...
28/04/2026

Alhamdulillah, pada 27 April yang lalu, wakil daripada Wanita ISMA Cawangan Putatan dan Kelab Iffah Putatan berkesempatan menghadiri Simposium Muslimah Sabah 2026 yang bertempat di Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.

Simposium bertemakan “Kelibat Anggun Generasi Unggul” ini telah dihadiri oleh pelbagai persatuan NGO termasuk kakitangan awam serta agensi kerajaan negeri.

Antara pengisian yang memberi kesan adalah perkongsian oleh Prof. Dr Sharifah Hayaati kepada para wanita sebagai benteng dalam menghadapi cabaran digital dalam mendidik anak-anak. Beliau menekankan kepentingan:

1. Ilmu
2. Kasih sayang
3. Contoh teladan yang baik
4. Persekitaran kehidupan yang sihat
5. Penghayatan beragama

Program turut diserikan dengan persembahan nasyid serta slot ibrah, sebelum ditutup dengan forum bertajuk “Wanita Biasa, Semangat Luar Biasa” yang menampilkan Ustaz Mohd Hariri sebagai moderator, bersama panel Prof. Dr Sharifah Hayaati dan Ustazah Nazirah Abu Bakar.

Semoga program seperti ini dapat terus dilaksanakan dalam usaha membentuk muslimah yang bukan sahaja anggun dari luaran, tetapi juga kuat dari segi iman, bijak menghadapi cabaran semasa, dan berperanan besar dalam membina generasi unggul masa hadapan.

Alhamdulillah wakil dari Wanita dan Srikandi Iffah Putatan diberi kepercayaan untuk mengetuai Majlis Khatam Al-Qur’an Ke...
11/03/2026

Alhamdulillah wakil dari Wanita dan Srikandi Iffah Putatan diberi kepercayaan untuk mengetuai Majlis Khatam Al-Qur’an Kelas Mari Mengaji (KMM) Putatan dan Perkump**an Perempuan Sabah pada minggu lalu.

Antara sedikit kelainan dalam majlis khatam adalah elemen Tadabbur Al-Qur’an. Penghayatan ayat-ayat Al-Qur’an untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Semoga konsep tadabbur ini terus diamalkan oleh semua yang mencintai dan mengamalkan Al-Qur’an.

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

Maksudnya: (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?
[Surah Muhammad: ayat24]

Terima kasih pihak Kelas Mari Mengaji (KMM) Putatan dan Perkump**an Perempuan Sabah (PPS) atas kepercayaan yang diberikan.

Semoga dengan program sebegini akan menambahkan lagi kecintaan kepada Al-Quran, di samping menjadi asbab untuk kita semua terus memperbaiki bacaan, memahami maknanya serta mengamalkannya dalam kehidupan.


’an

KELAS HAYAT KINI KEMBALI!Sempena Ramadhan 1447HAlhamdulillah! Tahun ini kita bawakan semula Kelas Hayat dengan tema:🌼 5 ...
11/02/2026

KELAS HAYAT KINI KEMBALI!

Sempena Ramadhan 1447H
Alhamdulillah! Tahun ini kita bawakan semula Kelas Hayat dengan tema:

🌼 5 SIRI, 1 PERJALANAN JIWA🌼

Disusun khas untuk bantu para muslimah:
✅ Faham ayat Al-Quran dengan lebih jelas
✅Ambil ibrah peristiwa besar dalam Ramadhan
✅ Jadikan Ramadhan sebagai turning point hidup
✅Kekal istiqamah selepas Ramadhan

📍Gabungan sesi fizikal & online
🎟 Yuran percuma
🧕🏻 Terbuka kepada semua muslimah

Peluang untuk upgrade diri sepanjang Ramadhan ❤️

Link Pendaftaran
🔗https://forms.gle/QkZE3szhi8Wm2d7F6

Atau hubungi
📲0111-7952902 (Puan Asmah)

Jemput daftar & ajak kawan sekali.
Kita hidupkan Ramadhan dengan ilmu 💛

11/01/2026
AKAN BERLANGSUNG ESOK ‼️‼️‼️🌸 PICNIC 2.0: “Reflect 2025, Ready 2026”🌸🗓️ Ahad, 21 Disember 2025🕓 3.30 pm – 6.00 pm📍 Panta...
20/12/2025

AKAN BERLANGSUNG ESOK ‼️‼️‼️

🌸 PICNIC 2.0: “Reflect 2025, Ready 2026”🌸

🗓️ Ahad, 21 Disember 2025
🕓 3.30 pm – 6.00 pm
📍 Pantai Tanjung Aru, KK
🧕 Tema: Kuning & Hitam
👛 Yuran: Percuma
Jemput kongsi rezeki dengan membawa juadah potluck ringkas 🥰

Klik link untuk mendaftar https://forms.gle/HEpCRZfEvDQWmEdt7

Jemput masuk group
https://chat.whatsapp.com/HSg8otwP0hC38DaTLhax3l?mode=hqrt2

Boleh bawa anak-anak sekali 😊


.0

PENDAFTARAN KINI DIBUKA ‼️Rasa malu nak mula mengaji semula?Tenang, sini tempatnya 💕Kelas santai khas untuk Muslimah mud...
10/12/2025

PENDAFTARAN KINI DIBUKA ‼️

Rasa malu nak mula mengaji semula?
Tenang, sini tempatnya 💕
Kelas santai khas untuk Muslimah muda yang nak perbaiki bacaan dari asas Iqra’ sampai lancar Al-Quran.

✨ Percuma & eksklusif untuk wanita 18–40 tahun!
Dibimbing oleh Ustazah Musdalifah, (pemegang tauliah JHEAINS)

*Pilihan :*
• Bersempuka: Sabtu, 9–11 pagi
• Online: Jumaat, 8 malam

🎁Bonus pelajaran Fardu Ain untuk kelas bersemuka

Tempat terhad ⚠️
Kami juga buka tabung infaq untuk yang nak menyokong dakwah ini.

💌 Klik atau scan QR untuk daftar sekarang.
https://forms.gle/VaMQA3ScBcL1QkpRA

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0195175930.

Jemput share ✨

𝗦𝗘𝗥𝗪𝗔𝗡𝗜𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗝𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗶 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗶𝗻𝗮𝗯𝗮𝗹𝘂𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗕𝗔𝗟𝗨, 𝟴 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Seminar Wanita Islam 202...
08/12/2025

𝗦𝗘𝗥𝗪𝗔𝗡𝗜𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗝𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗶 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗶𝗻𝗮𝗯𝗮𝗹𝘂

𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗕𝗔𝗟𝗨, 𝟴 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Seminar Wanita Islam 2025 (SERWANIS) telah berlangsung dengan jayanya di Raia Hotel Kota Kinabalu, Sabah dan menghimpunkan kira-kira 150 peserta daripada seluruh negeri. Program bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang dan diakhiri dengan pembentangan resolusi oleh Pengarah Program, Ts. Dr. Wahidatul Husna binti Zuldin.

Resolusi tersebut dirumuskan melalui akronim 𝗜.𝗟.𝗠.𝗨, yang merangkumkan empat teras pengisian utama seminar, iaitu:

• 𝗜 – Individu Muslim Hebat: Penekanan kepada pembinaan keperibadian wanita sebagai asas kepada kekuatan keluarga dan pembinaan ummah.
• 𝗟 – Latih Diri Kawal Emosi: Pengurusan emosi ditekankan sebagai elemen penting dalam meningkatkan ketahanan dalaman wanita.
• 𝗠 – Masalah Kita Dikurangkan: Penekanan kepada kemampuan wanita mengurus cabaran kehidupan termasuk isu kewangan dan tekanan harian.
• 𝗨 – Urus Kehidupan Kita: Pengetahuan pengurusan diri dan kehidupan sebagai asas untuk melahirkan wanita yang tersusun, produktif dan berfokus.

Bertemakan “𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗦𝘂𝗿𝗶 𝗜𝗱𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗨𝗺𝗺𝗮𝗵”, SERWANIS 2025 menawarkan rangkaian slot yang menyentuh aspek kekeluargaan, pengurusan emosi, kewangan, serta kecekapan pengurusan kehidupan, selaras dengan keperluan semasa wanita Islam.

Majlis turut diserikan dengan 𝗚𝗶𝗺𝗶𝗸 𝗣𝗲𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗹𝗮𝘁 𝗧𝘂𝗻 𝗙𝗮𝘁𝗶𝗺𝗮𝗵 serta persembahan khas daripada 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗯 𝗔𝗻𝗮𝗸-𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗛𝗲𝗯𝗮𝘁 (𝗡𝗮𝘇𝗶𝗺) 𝗣𝘂𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻, yang menambah nilai pada penganjuran acara tahun ini.

Penganjur merakamkan 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶-𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮𝗮𝗻 kepada para peserta, barisan urusetia serta tetamu jemputan atas komitmen dan sokongan terhadap penganjuran SERWANIS 2025. Adalah diharapkan agar segala ilmu yang dikongsikan menjadi manfaat serta panduan dalam memperkukuh peranan wanita dalam keluarga dan masyarakat.

LIVE UPDATE!!Slot 4: Wanita & Pengurusan Hidup (Puan Siti Rahmah Binti Rolla)Puan Siti Rahmah menekankan bahawa bulan Ra...
07/12/2025

LIVE UPDATE!!
Slot 4: Wanita & Pengurusan Hidup (Puan Siti Rahmah Binti Rolla)

Puan Siti Rahmah menekankan bahawa bulan Ramadan adalah masa terbaik untuk “refresh” dan reconnect dengan Allah SWT.
Ia menjadi peluang untuk kita mengenal kembali diri, memperbaiki hati dan meningkatkan taqwa, yang akhirnya memberi kesan kepada cara kita mengurus kehidupan seharian. 🌙✨

Ramadan menjadi permulaan baru untuk berubah menjadi baik.
Dengan pengurusan hati yang baik, maka pengurusan hidup selepasnya akan lebih teratur dan lebih mudah.

Antara pesanan utama:
🕌 Fahami doa dalam solat, kerana setiap lafaz mendidik jiwa dan membawa kita dekat dengan Allah.
🕌 Jangan tinggalkan solat, walau sesibuk mana sekalipun.
🕌 Solatlah seakan-akan itu solat yang terakhir, hadirkan khusyuk dan kesungguhan.
🕌 Hadirkan zikir dalam solat, agar hati sentiasa hidup dan tenang.


LIVE UPDATE!!Slot 3 - Ilmu Bijak Kewangan (Encik Wellmexsion Bin Marayal)Antara pesanan penting yang ditekankan:❌ Tidak ...
07/12/2025

LIVE UPDATE!!
Slot 3 - Ilmu Bijak Kewangan (Encik Wellmexsion Bin Marayal)

Antara pesanan penting yang ditekankan:
❌ Tidak digalakkan menutup hutang dengan hutang.
Perbuatan ini diibaratkan seperti “gali lubang, tutup lubang”. Terlihat menyelesaikan masalah, tetapi sebenarnya menambah beban.

Ketenangan yang dirasa hanyalah sementara.
Apabila berlaku bencana, kecemasan, atau kehilangan pekerjaan, beban hutang itu akan kembali menghimpit dan boleh menjejaskan keluarga.

Pesanan utama:
✨ Urus wang dengan jujur dan berdisiplin
✨ Elakkan pinjaman baharu untuk menutup pinjaman lama
✨ Rancang bajet, bina simpanan, dan berbelanja ikut kemampuan

Kebijaksanaan kewangan hari ini adalah keselamatan keluarga pada masa hadapan. 🌿


LIVE UPDATE SERWANIS 2025 ❗️❗️Slot 2 : Wanita Penuh Emosi : Fakta atau Andaian ? (Dr Rozanizam Bin Zakaria)Sesungguhnya ...
07/12/2025

LIVE UPDATE SERWANIS 2025 ❗️❗️
Slot 2 : Wanita Penuh Emosi : Fakta atau Andaian ? (Dr Rozanizam Bin Zakaria)

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (Surah At-Tin:4)

“ALLAH telah menciptakan semua perbezaan dengan asbab dan hikmah-Nya tersendiri.”
Begitu jugalah perbezaan dari segi emosi, cara berfikir, dan cara bertindak antara lelaki dan wanita. 🌿


Address

D27, 1ST Floor, Block D, Grand Plaza Putatan
Putatan

Telephone

+60133350228

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita ISMA Cawangan Putatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Wanita ISMA Cawangan Putatan:

Share