02/12/2025
Ramai yang marah UPKO sokong GRS bentuk kerajaan.
Jangan terus marah, cuba kita tengok dan fahami dulu kenapa UPKO memilih untuk sokong GRS.
1. Tengok kerusi dulu baru marah, sebab politik bukan pertandingan siapa paling kuat menaip di FB.
Keputusan PRN Sabah.
• GRS – 29 kerusi
• WARISAN – 25 kerusi
• BN – 6 kerusi
• BEBAS – 5
• UPKO – 3
• STAR – 2
• PKDM – 1
• PH – 1
• PN – 1
Lepas tengok angka ini, semua pun boleh nampak.
- Hanya GRS dan WARISAN yang layak memimpin.
- Tapi dua-dua ini memang tidak mungkin duduk satu meja. Sebab sejarah, ego politik, dan pertembungan sebelum ini. Kalau kamu suruh dua parti ini bergabung, senang lagi mungkin suruh harimau makan sayur.
2. Dua Pilihan Saja untuk Bentuk Kerajaan. Ini realiti, bukan drama di FB
Selepas keputusan keluar, pilihan sebenar hanya dua.
Pilihan A (Majoriti kukuh parti lokal)
GRS 29 + UPKO 3 + STAR 2 + BEBAS 5 + PH 1 = 40 kerusi
Pilihan B (Rapuh & banyak parti luar)
WARISAN 25 + BN 6 + UPKO 3 = 34 kerusi
Bezanya jelas macam siang dan malam.
• Blok A = Majoriti kukuh parti lokal.
• Blok B = Banyak parti luar.
3. Kenapa Warisan tidak bentuk kerajaan dengan semua parti tempatan?
Ini soalan paling kerap muncul dari orang yang
tidak faham bagaimana politik Sabah bergerak.
Jawapannya mudah.
- STAR memang lebih condong kepada GRS.
- Ramai calon BEBAS pun datang dari blok GRS.
- UPKO pun lebih dekat dengan GRS daripada Warisan.
Maksudnya, Warisan memang tiada nombor untuk bentuk kerajaan lokal melainkan bersama BN.
Kalau Warisan buang BN dan buang GRS,
di mana mau korek 37 kerusi? Dalam mimpi kah? Dalam group Whatsapp penyokong kah?
4. Kenapa semua kasih salah UPKO?
UPKO baru 3 kerusi saja bah. Parti 3 kerusi dituduh.
• Jual Sabah.
• Khianat.
• Penentu kerajaan tumbang
Kalau UPKO betul sekuat itu, patut dia lah jadi Chief Minister sekarang.
UPKO cuma buat keputusan berdasarkan.
• Blok lokal paling kuat.
• Gabungan paling stabil.
• Angka paling logik.
• Hala tuju Sabah First.
Jangan harap kapal terbalik tapi salahkan dayung.
5. Prinsip Sabah First BUKAN Slogan Bermusim
UPKO kekal parti tempatan. UPKO tidak dipimpin “remote control”. Keputusan sokong GRS dibuat atas dasar:
• Suara Sabah lebih kuat dalam blok lokal.
• Kerajaan mesti stabil cepat.
• Agenda Sabah First hanya boleh dijalankan dari dalam kerajaan.
Kalau mau perjuangkan Sabah,
mesti ada kuasa, bukan sekadar ada line internet untuk marah dalam Facebook.
Datuk Ewon berulang kali cakap dalam jelajah Sabah Firstz
“UPKO akan berada di barisan hadapan membela hak Sabah.”
Kalau mahu berada di hadapan,
mestilah berada dalam kerajaan, bukan pembangkang yang tidak cukup kerusi pun.
6. “Kenapa UPKO tidak tunggu dulu?”
Sebab Sabah bukan restoran, tidak boleh tunggu order 2 minggu baru sampai.
• Ekonomi terhenti
• Arahan kerajaan tergantung.
• Bajet negeri tidak boleh bergerak.
• Pelabur lari.
UPKO ambil langkah realistik, bukan langkah emosi.
7. Kesimpulan Yang Orang Patut Faham.
• UPKO tidak khianat sesiapa.
• UPKO kekal parti lokal Sabah.
• UPKO pilih gabungan paling stabil.
• UPKO kekal pada prinsip Sabah First.
• UPKO sokong blok lokal paling besar, bukan parti luar.
• UPKO pilih realiti, bukan fantasi politik.
Dan paling penting. Kalau kita mahu Sabah maju, kita kena berhenti buat keputusan berdasarkan emosi. Kita kena tengok fakta dalam bentuk angka.
Kalau tidak, besok lusa kita marah lagi benda yang kita sendiri tidak faham.
Akhirnya begini saja kalau kita mahu Sabah maju, kita kena belajar beza antara fakta dan fantasi. Sebab selama ini, yang paling kuat bising pasal “Sabah First” selalunya orang yang tidak pernah kira kerusi, tidak pernah baca perlembagaan. Tapi paling laju buat kesimpulan dari poster WhatsApp. Jangan sampai Sabah jadi mangsa emosi orang yang tidak faham angka. Sebab negeri ini tidak jatuh miskin kerana kurang bijak tapi kerana terlalu ramai yang memilih untuk marah sebelum mereka memilih untuk faham..