Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Putatan

Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Putatan Sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar secara rasmi di bawah ROS. Agensi dakwah Putatan

16/04/2026

ARAK DAN ROSAKNYA PERADABAN

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَیۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسࣱ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّیۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."

(Surah al-Māʾidah: 90)

Tragedi berdarah berulang kembali. Pemandu mabuk melanggar penunggang motosikal sehingga terpelanting di udara lalu maut di tempat kejadian. Video yang sempat dirakam oleh sebuah kereta, menarik simpati ramai dan menyifatkan perbuatan pemandu mabuk itu sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Tragedi maut yang menghantui jalan raya ini bukan sekali tetapi sudah acapkali berlaku. Punca utamanya sering kali cuba dikaburkan, namun hakikatnya ia berakar daripada arak.

Arak bukan sekadar cecair yang mengalir di kerongkong; ia adalah mukadimah kepada kehancuran, seperti kehancuran akal, kebinasaan jiwa, dan keruntuhan tamadun. Setiap titisan yang diteguk adalah langkah sumbang yang semakin menjauhkan pelakunya daripada nilai kemanusiaan sejati. Syarak telah meletakkan garis sempadan yang sangat jelas, segala sesuatu yang memabukkan adalah haram, tanpa kompromi, tanpa sebarang pengecualian.

Allah SWT tidak mengharamkan sesuatu melainkan wujud hikmah dan perlindungan yang besar di sebaliknya. Arak diharamkan kerana fitrahnya yang membinasakan seperti najis dan kotor. Arak bukan sahaja keji pada zat fizikalnya, malah mengotorkan rohani dan moral manusia.

Selain itu, arak boleh membunuh kewarasan akal, lalu merencatkan akal fikiran, merampas kebijaksanaan, dan merosakkan tubuh badan yang diamanahkan oleh Pencipta.

Kemudian arak perosak kesihatan. Secara saintifik, kandungan alkohol terbukti menghancurkan sistem imunisasi, meranapkan organ dalaman, dan mengundang maut lebih awal.

Arak juga senjata syaitan. Inilah hakikat yang paling menusuk. Arak adalah 'projek mega' syaitan; senjata paling ampuh untuk menjerat manusia ke lembah kebinasaan iaitu satu jerat maut yang dihulurkan dengan senyuman dan kilauan gelas di tangan.

Jangan sesekali tertipu dengan dakyah bahawa arak hanya merosakkan si peminum. Kesannya membarah jauh, membabitkan keluarga, masyarakat, dan nyawa insan yang tidak berdosa. Antara kesan-kesan arak dalam kehidupan adalah seperti terputusnya talian ketuhanan, hati yang lemas dalam mabuk tidak lagi mampu mengingati dan mengabdi kepada Tuhannya.

Kemudian, sifat kemanusiaan akan luntur, pemabuk hilang rasa malu, sirna belas kasihan, dan lumpuh pertimbangan akalnya.

Malahan harta hangus menjadi abu kerana wang yang sepatutnya menjadi rezeki menyara keluarga lebur demi memuaskan nafsu yang tidak bertepi.

Kemudian arak menjadi sebab menjadi hamba syaitan. Hawa nafsu merampas takhta akal, manakala syaitan selesa duduk di atas singgahsana hati yang telah ditinggalkan iman.

Akhir sekali, hidup terus bergelumang maksiat, berisiko mati dalam pengakhiran yang suul khatimah (buruk).

Ada yang angkuh berkata, "Saya minum sendiri, tiada kaitan dengan orang lain." Ini adalah satu kebodohan yang sangat berbahaya! Pemabuk di belakang stereng bukan sahaja mempertaruhkan nyawanya sendiri, malah dia sedang berjudi dengan nyawa ibu yang pulang dari pasar, bapa yang menjemput anak di sekolah, dan kanak-kanak yang sedang melintas jalan. Satu cawan arak mampu merentap puluhan tahun masa depan insan yang tidak bersalah.

Seperti yang kita saksikan; keganasan rumah tangga, penderaan, dan pergaduhan berdarah, dan anda akan temui botol arak di penghujung 'jalan' tersebut.

Rasulullah ﷺ tidak hanya melarang perbuatan meminumnya sahaja, bahkan Baginda menebarkan jaring laknat yang jauh lebih luas bagi menutup terus pintu kerosakan ini.

"Baginda ﷺ melaknat sepuluh golongan yang terbabit dengan arak: orang yang memerahnya, yang meminta diperahkan untuknya, yang meminumnya, yang membawanya, yang meminta dibawa kepadanya, yang memberi minum kepada orang lain, yang menjualnya, yang mendapat hasil daripadanya, yang membelinya, dan yang meminta dibelikan untuknya."

(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmizi)

Perhatikan keluasan laknat ini. Tiada seorang pun terkecuali, sama ada pembekal, penjual, pengangkut, atau penyedia yang dapat mencuci tangan dengan alasan, "Saya hanya terlibat secara tidak langsung." Semuanya terpalit dosa yang sama.

Kerajaan tidak boleh sekadar menjadi pemerhati melihat rakyat terus musnah. Tindakan tegas wajib dilaksanakan tanpa berdolak dalih:

1. Hentikan penjualan arak secara terbuka: Hentikan penjualan arak secara terbuka kepada orang awam, khususnya di kawasan majoriti penduduk muslim.

2. Sekatan Lesen Premis: Hadkan pengeluaran lesen baharu dan perketatkan syarat-syarat operasi premis sedia ada.

3. Gempur Minda Masyarakat: Lancarkan kempen kesedaran awam secara agresif tentang ancaman arak dari sudut agama, perubatan, dan keselamatan sosial.

4. Tegakkan Hukuman Syariat: Laksanakan hukuman 40 atau 80 kali sebatan tanpa ragu bagi umat Islam yang disabitkan kesalahan meminum arak.

5. Kawal Selia Premis Bukan Islam: Kuat kuasakan had umur yang ketat, pastikan aktiviti minum arak tidak terbuka kepada tontonan umum, dan ambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang melanggar syarat.

6. Hukuman berat kepada pemandu mabuk: Jika pemandu mabuk memandu secara sambil lewa sehingga menyebabkan kematian, dia wajib menerima hukuman setimpal (dibunuh balas mengikut lunas syarak) dan warisnya wajib membayar pampasan kepada keluarga mangsa. Jika menyebabkan kecederaan, pemandu mabuk wajar dikenakan hukuman penjara mandatori, denda maksimum, pembatalan lesen seumur hidup, dan tuntutan ganti rugi tanpa sebarang tolak ansur.

Tokoh ulamak tersohor, Ibn 'Ataillah as-Sakandari RHM pernah berpesan:

"Sekiranya engkau tahu bahawa syaitan itu tidak pernah lupa padamu walau seketika, maka janganlah sedetik pun engkau leka dan alpa kepada Allah yang nasibmu berada dalam kekuasaan-Nya."

Syaitan tidak pernah berehat dan dia tidak mengambil cuti. Setiap saat syaitan merancang strateginya, dan arak adalah antara jeratnya yang paling halus; dibungkus kemas dengan alasan 'keseronokan', diselit licik dalam pergaulan sosial, dan dipermudahkan aksesnya di merata tempat.

Isu arak bukan lagi masalah peribadi, tetapi masalah ummah, barah masyarakat, dan krisis tamadun. Selagi kita berdiam diri membiarkannya berleluasa, selagi itulah darah insan tidak berdosa akan terus tumpah, institusi keluarga terus hancur, dan generasi muda terus diracuni.

Seluruh masyarakat, keluarga, ulama, pemerintah, dan individu wajib bangkit bersama-sama membendung wabak ini sebelum ramai lagi terkorban. Kita mahu melahirkan bangsa yang membina negara dan berbakti kepada agama; bukannya melahirkan generasi pemabuk yang membunuh orang lain di jalan raya, sambil menempah tiket kebinasaan diri di atas altar syaitan.

Dan bukan lahirkan pemimpin yang teguk arak dan pertahankan arak!

Semoga Allah SWT memelihara kita, keluarga kita, dan negara ini daripada fitnah arak dan segala yang memabukkan. Ameen Ya rabb.

Mohamad Anwar Shahir Bin Abdul Shukor
Aktivis Persatuan Belia Islam Nasional Malaysia (PEMBINA)

Assalamualaikum w.b.t..‎تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ"Selamat Hari Raya Aidilfitri! Semoga Allah menerima amal ibada...
20/03/2026

Assalamualaikum w.b.t..

‎تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

"Selamat Hari Raya Aidilfitri! Semoga Allah menerima amal ibadah kita dan mengampuni dosa-dosa lalu. Maaf zahir dan batin".

Daripada kami:
Jawatankuasa ISMA Cawangan Putatan.

19/03/2026

PENGUMUMAN TARIKH HARI RAYA AIDILFITRI 1447H

Tarikh rasmi Hari Raya Aidilfitri bagi negeri-negeri seluruh Malaysia jatuh pada 21 Mac 2026M (Sabtu), 1 Syawal 1447H.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bertaqwa.

PENGUMUMAN HARI RAYA AIDILFITRI 1447H..
19/03/2026

PENGUMUMAN HARI RAYA AIDILFITRI 1447H..

16/03/2026

🌙 Pek Indahnya Ramadan 2026 Sebarkan Kasih, Berkat Diraih 🤲

Tidak semua anak menyambut Ramadan dan Syawal dengan kegembiraan yang sama.

Di luar sana, ada anak-anak yatim yang membesar tanpa tempat bergantung. Ada yang terpaksa berjimat dalam setiap perbelanjaan, ada yang hanya berharap dapat menyambut Ramadan dengan sedikit kegembiraan seperti kanak-kanak lain.

Bagi mereka, bantuan kecil daripada kita membawa makna yang sangat besar. Pek Indahnya Ramadan bukan sekadar sumbangan makanan atau keperluan asas, tetapi juga tanda bahawa mereka tidak dilupakan.

Dengan sokongan anda, mereka yg memerlukan ini dapat merasai kegembiraan Ramadan dan menyambut Syawal dengan lebih ceria.

Ayuh bersama kami melalui Kempen Indahnya Ramadan!

——————————————
Sumbangan anda walau serendah RM10 mampu membawa harapan kepada mereka dalam projek ini:
https://app.seedkind.my/campaign/view/indahnya-ramadan
https://app.seedkind.my/campaign/view/indahnya-ramadan
https://app.seedkind.my/campaign/view/indahnya-ramadan

🌙 Pek Indahnya Ramadan 2026 Sebarkan Kasih, Berkat Diraih 🤲"Saya terpaksa tolak beberapa tempahan menjahit atas faktor k...
15/03/2026

🌙 Pek Indahnya Ramadan 2026 Sebarkan Kasih, Berkat Diraih 🤲

"Saya terpaksa tolak beberapa tempahan menjahit atas faktor kesihatan. Kaki saya sakit. Saya takut tak mampu siapkan tempahan menjahit yang banyak."

Itulah kata-kata dari hati Puan Sahyah, 49 tahun yang tinggal bersama 6 orang anaknya selepas kematian suami tahun lepas. Kesihatannya mengehadkan pergerakannya dan menyebabkan beliau menolak tempahan untuk menjahit baju.

Ketika menerima Pek Indahnya Ramadan, beliau kelihatan sangat gembira. Bantuan ini sangat menggembirakan hatinya dan meringankan sedikit beban kehidupan mereka sekeluarga. Tambah lagi bantuan ini dapat menyinarkan syawal mereka yang bakal tiba.

Ayuh bersama kami melalui Kempen Indahnya Ramadan!

——————————————
Sumbangan anda walau serendah RM10 mampu membawa harapan kepada mereka dalam projek ini:
https://app.seedkind.my/campaign/view/indahnya-ramadan
https://app.seedkind.my/campaign/view/indahnya-ramadan
https://app.seedkind.my/campaign/view/indahnya-ramadan

11/03/2026
11/03/2026

Address

Putatan
Putatan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Putatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Putatan:

Share